Wednesday, September 17, 2008

Semasa 'Cuti'

Ramadhan 2005
semester pertama
aku dalam jurusan Asasi Sains Fizikal

Tahun pertama pengenalan aku dengan dia

Aku ajak dia berbuka bersama
dia bertemankan seorang kawan
aku bertemankan dia
kami bertiga

Ok kita panggil kawan dia sebagai Kay (or K, for Kawan)

Sewaktu berbuka
tiba-tiba perbualan kami
menyentuh pasal 21 Ramadhan
permulaan 10 malam terakhir Ramadhan
malam di mana kita (sepatutnya) mula mengejar lailatulqadr

Dan Kay cakap
"Korang lelaki best lah, takde ABC*. Boleh buat banyak ibadat, qiyam apa sumer,"

Aku tengok Kay
"Kenapa pula?"

"Yela, kitorang punya chance nak jumpa lailatulqadr lagi susah la. Kena time lailatulqadr tu kitorang ABC*, apa je kitorang boleh buat,"

Jenn angguk-angguk
mengalihkan pandangan dari Kay kepada aku
menunggu respon

Aku senyum

"Kita jangan limit kan ibadah kepada qiyam atau solat je," berhenti seketika
suap nasi goreng seafood
Jenn yang rekemenkan menu ini
sedap katanya
sebab banyak melimpah-limpah seafood nya

"Pernah dengar tak cerita pasal Imam Syafe'i yang ada orang jemput dia tidur di rumah sebab nak tengok sendiri bagaimana amalan dia di waktu malam?" aku tujukan soalan kepada Jenn

Jenn geleng kepala tanda tak tahu
aku alih pandangan ke arah Kay sambil angkat kening
Kay pun geleng

"Erm, saya pun tak ingat sangat cerita dia macam mana.." aku ketap bibir sambil cuba perah otak
sudu dan garpu masih dalam genggaman
tapi tak bergerak

"Aa lebih kurang cerita dia macam ni la. Tak silap saya Imam Ahmad bin Hanbal pernah tanya ayah dia mana lagi wara' antara ayah dia dan Imam Syafe'i. Pastu bila ayahnya jawap Imam Syafe'i dia curious la. Sebab ayah dia baek punya wara' pun Imam Syafe'i lagi wara', macam mana, kan?"
dua gadis depan aku angguk-angguk kepala

Aku sedut sedikit air mangga dalam gelas sebelum sambung

"So satu hari tu dia jemput la Imam Syafe'i datang rumah untuk makan malam. Masa makan tu dia tengok Imam Syafe'i makan kemain banyak lagi, licin pinggan. Dia cakap camne punya wara' makan banyak kemain ha. Pastu dia tak puas hati la. So dia suruh ayah dia pujuk Imam Syafe'i tidur rumah sebab dia nak tengok banyak mana amalan Imam Syafe'i time qiyam. Haa teka berapa raka'at Imam Syafe'i qiyam?" aku tujukan soalan pada Kay

Kay angkat bahu

Aku kalih tengok Jenn

"Kosong," Jenn jawap perlahan takut-takut

"Aik, macam mana tau? Kata tadi tak tau?" aku tanya sambil tunjuk dengan sudu

"Ey orang teka jela!" Jenn tepis sudu aku "Betul ke?"

"Hmm, puas member tu tunggu dok tengok Imam Syafe'i tak bangun-bangun solat malam. Sampai la Subuh tak bangun-bangun. Pastu bila Imam Syafe'i dah balik dia pun cakap kat ayah dia lebih kurang, "Ayah, sah dah Ayah lagi wara' pada Imam Syafe'i" sebabnya makan punya banyak, tak zuhud langsung. Pastu solat malam pun tidak, macam mana boleh lagi wara' pada ayah dia," aku berhenti lagi tengok dua gadis depan aku ni

Kemain khusyu' lagi dengar aku cerita
aku pun sambung

"Pastu ayah dia pun cakap sebenarnya Imam Syafe'i dah cakap masa nak balik tadi. Dia cakap dia suka sangat datang sini sebab masa makan semalam dia nampak pada setiap cebisan makanan tu ada keberkatan. Dan masa tidur semalam punya tenang dia tidur dia dapat selesaikan satu masalah umat, yang dah lama dia dok pikir. Last-last time tidur kat sini gak dapat solution dia."

"Haa, masa tu tau lah Imam Ahmad kenapa ayah dia cakap Imam Syafe'i lagi wara' dari dia. Sebab dia lebih mementingkan orang lain. Dia berjasa kepada orang dengan bersusah payah fikirkan permasalahan diorang. Dalam erti kata lain berkorban untuk orang lain. Sebab apa? Sebab kalau solat, kita cuma buat ibadah untuk diri sendiri je. Tapi bila kita berbakti kat orang, pahala dia melibatkan jasa kita kat orang tu lagi. Kena pulak orang tu do'a kan kesjahteraan kita pe sume," aku berhenti
kali ini diorang punya angguk dah macam paham dah
laju semacam je

Aku pun sambung menyuap
saki baki seafood yang ada dalam pinggan

Aku tengok Kay
nampak macam masih berfikir
sambil tangan perlahan je suap spageti
ke mulut

"So kalau ABC* tu jangan lah rasa tak berpeluang nak beribadat. Skop ibadat luas,"
aku sambung

"Banyak benda boleh buat. Kamu tak puasa tolong lah kawan belikan makanan untuk mereka berbuka. Nak pahala lebih sikit, sponsor lah sikit. Kalau time tak cuti, solat terawikh lebih kurang dalam setengah jam kan, so time ABC* allocate lah masa setengah jam tu untuk berzikir dan berdo'a. BUkan tengok TV jer. Ada paham?"

"Yer~," hampir serentak mereka jawap

"Ha dah, habis kan air tu cepat. Dah 7.30 ni, nak solat maghrib pulak. Jangan nak cakap ABC* pulak. Hehe," aku marah-marah manja kat Jenn

"Yela," Jenn tarik muncung

Sambil Jenn hirup perlahan air mangga nya
aku cakap

"Nanti ABC* boleh lah belikan makanan untuk saya eyk?"

Jenn buat mimik muka
kemudian sengih
dan cakap
"Ngade!"



*ABC= Allah Bagi Cuti

12 comments:

Unknown said...

nice religiously-packed story. thanks!

tapi tak tahu plak istilah ABC tuh. huhu~ boleh jadi STBB tuh~

azuaries said...

ko ni kan...
ada je idea nk wat cerita.

azuaries said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

panjang tulis, satu je aku paham.

makan kena habis.

wara' dah kita ni kalau bab makan.

Anne said...

ABC <--- 1st time dgr.

MM kelakar, jaed lagi kelakar. hahha..

Anonymous said...

Padan la Jaed dpt nickname sesuai...

Matematis Muda said...

szakif,
ye, u r welkam
tak tahu aku bitau hehe

azu,
err..ada je time takde idea
hehe

jaed,
ehe
klaka la awak ne
bkn stakat wara' da
aku rasa dah tahap ulama' kot
ulama' makan..bole?

aainaa,
1st time dengar ke 1st time baca ke 1st time nampak?
ke...baru 1st time?!?!
hehe kidddin

knowlee,
nick apa eyk?

Mr Jagatraya said...

Ko ni mmg suka buat shrt form la...Abc*..Anyway,msg ko smpai kt semua.

Dini said...

*applause*

:DD

Anonymous said...

Honestly, our perception about you have totally changed after we read this entry..

in our opinion lah,as muslimahs that stil consider our personal matters(such as ABC)as personal and not to be exposed to the opposite gender,
you are not supposed to talk about this with your so called girlfriend..
and then you publish it to the public
we understand tht u'r intention is good to explain the scope of ibadah to u'r gurlfren n her fren, but u shuld not elaborate the matter (we're not blaming u on the discussion, but we're embarassed with the issue tht has been aroused by tht gurl).We're not being closed minded but there are many 'ustazahs' out there for gurls to discuss this matter with, so theres no need to discuss this matter with males.(except ustazs).that's all.sory if we have made u feel bad.we do enjoy reading ur entries.but we hope u respect the matters concerning the differences between muslim and muslimah.keep on blogging..we are under the same faith..huhu..bye..assalamualaikum

syuhadah dzarawi said...

anonymous juz been too emotional la i guess~i'm biologY student from um. dis topic juz small matter maa...i'm a gal tooo~huhu...nice post, keep it up=)

KiRaNa said...

terkesima bila baca comment anonymous..

anonymous,
u said that u're not closed minded, but obviously, u're ..

Dakwah tu luas n sapa2 pun bole sampaikan dakwah, xsemestinya ustaz or ustazah..
n setiap org ada cara tuk sampaikan sesuatu..

lg satu, kalau si lelaki tau apa yg si perempuan tak tau, apa salahnya dia ckp kan..

k da xnak tulis..nti teremotional plak..

btw, keep on blogging MM..=)
as long as u know wat u're doing is not wrong, don wori of what people say..
may Allah bless u alwez..
wslm..