Kedengaran suara Ibuku memanggil dari dapur
menyuruh aku mengangkat pinggan dan juadah
buat persiapan untuk berbuka
Lebih kurang jam 7
aku dan Adik mengambil tempat di meja makan
aku masih ingat
meja itu
empat segi tepat
aku duduk bertentangan dengan Adikku
Satu persatu juadah
kutatap dengan mata bersihku
bagaikan sedang meratah
segala yang terhidang
"Mata tu jangan dok sibuk tengok makanan je. Banyakkan berdo'a."
Bapakku berpesan sebaik meletakkan
jag air minuman
dan kembali ke dapur
Kali ini agak lama Ibu dan Bapak di dapur
aku sudah habis berdo'a
mereka masih kembali ke meja makan
yalah
baru darjah 4
mana ada banyak benda nak do'a
Jadi
aktiviti meng-usha makanan diteruskan
tiba-tiba
aku tengok Adik capai seketul kuih
dan masuk ke dalam mulut
Aku ternganga
terkejut
tergamam
tengok jam di dinding
belum masuk waktu lagi
"Oy! Belum masuk waktu a!"
aku tegur dengan nada sergah
Adik diam sahaja tidak membalas
Bapak datang tergesa-gesa dari dapur
mungkin disebabkan jeritan aku tadi
"Adik puasa tak?" Bapak tanya Adik
"Puasa," dia jawap ringkas
"Apasal dah makan? Belum masuk waktu lagi ni," sesi soal jawap diteruskan
aku setia memerhati dari seberang meja
Diam seketika
Adik tengok Bapak
"Tak tahan la," dia kata
dengan muka paling seposen
aku pernah tengok
Bapak tergelak
nak marah pun
Adik baru 6 tahun
biar jela
Selepas berbuka (yang sebenar) Bapak beritahu Adik erti kesabaran dan sebagainya
ya
buka puasa paling kuingati
sampai sekarang
8 comments:
bila ko mula start posa?
Bila start ko masuk jawi?
teringt kecik2 dulu slalu curik makan time tgh beli2 juadah berbuke..haha...
at least adik MM berterus terang..ahahah...
ahah..macam aku dulu la MM.
Tapi aku senyap2. Kat blkg kerusi.
Ahaaa. teringat kenangan berpusa. Hu~
Dulu-dulu, aku selalu 'ter'-minum air apabila mandi disiang hari. Bila mak aku tanya kenapa mandi lama sangat waktu pusa, aku cakap "panaslah, umi.." [ketawa]
teringt wktu kecik2 dulu:}
tuan caracol,
aku japa dlm entri laen :D
jenny,
hehe tengok la adik sape~
shamel,
tak maen a blkg kerusi..
depan2 a brani hehe
huzai,
ah banyak a ka punya TER hahaha
kikiey,
iye? hehe
hmm..btl ke citer ni psl adik awak??bkn awak yg mkn n adik awak yg tgur??hee =p
alamak sori la wak
awak salah
hehe
nice try anyway
kikiki
Post a Comment