Monday, September 1, 2008

Niat, Sahur dan Berbuka

Tadi
aku jumpa seorang kawan
kawan lama yang dah lama tak jumpa
kawan zaman 'gelap' dulu

Dia kata
"Wei aku tak puasa dowh,"

Aku terkejut
tanya
"Siriyes? Apahal?"

"Aku lupa nak niat semalam. Haha," dia gelak

Aku mengeluh dalam hati

Sedih

Kecewa

Kebanyakan Muslim di Malaysia
ramai merasa terbeban
dengan masalah NIAT

Benda mudah
yang disusahkan

Sepupu aku dahulu
semasa dalam perjalanan
dari Melaka ke Perak
dia tak solat jama'

Bila aku tanya kenapa
dia kata tak tahu niat

Sedih kan?

Nak salah kan siapa?

Jadi
untuk mengelakkan lebih ramai
yang terjebak dengan gejala begini
mari aku kongsi sedikit
ilmu yang aku tahu

Niat
Datangnya dari perkataan Arab, niyah
aku lebih suka
tafsirkan ia sebagai
plan atau rancang

Mengapa?
kerana itu adalah yang maksudnya yang sebenar
kita melakukan sesuatu perkara
dengan niat
bermaksud
kita melakukan sesuatu perkara yang telah kita rancang
kan?

Jadi
untuk berpuasa
tak perlu lah
bersusah payah
nak baca panjang-panjang
baik kot Arab
mahupun kot Melayu
tanam dalam hati sahaja
lebih kurang azam
atau tekad
or what ever you wanna call it

Contoh ada seorang ustaz ni bagi
semasa kelas
dia tunjuk kepada seorang pelajar
"Kamu, lepas kelas ni nak balik kan?"

Pelajar itu angguk takut-takut

"Jadi sekarang ni kamu dah berniat ke belum?"

Pelajar itu angguk lagi

"Haa, itu lah niat. Kamu tak perlu nak susah-susah lepas kelas ni, baca 'sahaja aku pulang ke rumah sebab baru habis kelas kerana Allah ta'ala'. Tak payah. Tak payah nak kena buat ritual dulu, fokus (sambil dia buat gaya bertapa) apa semua baru nak dikira berniat," terangnya

Jadi
kalian
malam ini
kalau terlupa nak niat lagi
aku tak tahu nak cakap apa

Sahur
Apa yang aku ingin sentuh mengenai sahur adalah
tentang budaya
yang terkenal dikalangan pelajar
atau orang bujang

Budaya sahur awal

Perhatian
yang dimaksudkan dengan sahur
bukanlah
makan nasi 2 pinggan pukul 12 tgh malam
atau pukul 2 pagi
walaupun kita berniat
makan itu untuk sahur

Tidak

Mengapa?
Sebabnya
sahur itu datang dari perkataan Arab (juga)
yang men'specify'kan satu waktu yang disebut sebagia 'as-har'
yakni waktu beberapa jam sebelum waktu Subh

Sahur pula adalah seperti
ghada', futuur atau 'asyaa'
atau kot omputih nya
lunch, breakfast or dinner

Adakah dikira lunch jika kita makan pukul 8 malam?
dan berniat ia sebagai lunch?
adapun mungkin bagi kita ia adalah ya
tapi yang sebenarnya ia adalah tidak

Err paham ke eyh?
aku dah macam pening baca tulisan sendiri
huhu

Sambung
jadi untuk mengejar keberkatan sahur
seperti yang dinyatakan dalam hadis
ayuhlah kita sahur di waktu yang ia dikira sebagai sahur
bukan supper

Ya

Berbuka
Kalau dalam bahasa omputih nya
break fast

Sesuai dengan namanya
yang sepatutnya kita amalkan adalah
make it fast lah

Berbuka cepat-cepat
cepat start dan cepat habis
sebab tu cepat-cepat

Ini pautan untuk berbuka puasa cara Nabi s.a.w
klik sini

Sampai sini sahaja dahulu
nanti ada cerita
aku kongsi lagi

Oh
lupa
kalian perasan tak?
tarikh kali ini sangat menarik kan?
1/9/1429=1/9/2008

Subhanallah

13 comments:

szakif said...

teringat kat gombak, ade sorang international student, roomate aku tanya:

where you wanna break fast?

aku jawab "i don't wanna breakfast la~"
punye la bengong mase tu~ walhal aku yang tak paham soalan dia. huhu~

nurilahi said...

great entry, alhamdulillah

jika kamu pening, takpe, kami tak pening :D

azree Hanifiah said...

Nasib baik pagi tadi aku sahur betul2...

jaed said...

sahaja aku puasa,2 rakaat, kerana.. eh?

alif zai mim ra said...

yg tarikh tu aku perasan. mmg menarik..subhanallah...

leka said...

hmm selalu mnemui mnsie bgitu..kdg2 mreke wt bnde tu sbg alasn..thx 4 d info..btw sy linkkn blog anda hpefuly u dun mind =]

dammit said...

bab niat tu mcm ramai yg confuse kan? fact yang last tu(tarikh) agak menarik.

pandai ko ckp omputih.hahaha

szakif said...

pasal tarikh, dah terperasan sejak praktikal lagi..

hari ni merdeka, esok puasa. dan yang lain cam tak caya fact tu.

walhal takde ape pun dengan "harini merdeka esok puasa" tuh~ puasa tetap jalan gak. merdeka tak sambut pun takpe.

Matematis Muda said...

szakif,
kau kampit
:)

err apa kena mengena dgn hari ni merdeka esk poase? statement apa tu? mcm tajuk debat je..hehe

nmz,
o tak pening eyh
alhamdulillah

azree,
kau sahur betul2
ke kau melantak?
hehe

jaed,
kerana Allah ta'ala

alif,
subhanallah

leka,
ye betul betul
thanx
li desu yo

dammit,
sbb ramai kompius la aku tulis neh
heh
omputih pun blaja dgn aku nak ckp omputih taw
haha

KnowLee said...

Bagus...bagus...
Setuju...setuju...
Insaf...insaf...

szakif said...

nabil..

jangan takut. takde persamaan dengan statement "hari ni menang esok harga minyak turun"

kau kampit gak =)

obor obor said...

ye! saye sgt stuju.. ramai org tak faham konsep niat ni... bg dorang,sume nk ada lafaz.. gerak hati tu sebenarnye dah niat..kan?

nurdini izni said...

bagus mm :D
ramai orang kita tak peka dgn bende2 yg disebutkan dlm blog ni tadi. huhu