Monday, May 24, 2010

Pengalaman MM Memandu Ke Tempat Kerja

Waktu arwah nenek koma di hospital, Emak jaga dia. Jadi Emak tak pakai kereta. Oleh yang demikian, aku boleh guna kereta beliau untuk ke tempat kerja.

Selama ini aku cuma dengar dari cakap cakap orang sahaja, jam di KL sangat teruk. Jadi, hari pertama memandu ni aku nak lihat sendiri lah bagaimana teruknya jam tu. Betul ke sebuku roti pun tak cukup. Takpe kita tunggu.

Pagi, aku tak nak ambil risiko panch kad merah. Jadi aku bertolak 650. Jalan clear. Lancar je perjalanan sampai 730. Lepak lepak dalam kereta kejap dengar Richard Ray (entah macam mana eja dia aku tak tau) punya gosip. Panch kad. Pergi sarapan.

Petang, lepas panch, solat, balik.

Masuk kereta, start enjin, buka radio. Stesen pilihan aku waktu petang ialah Fly sebab best dengar dia punya Rush Hour. Cuma kadang kadang aku tukar Hitz, Traxx atau BFM untuk dengar lagu.

Keluar dari UPM, lepas tol, masuk MRR2, jalan jam biasa biasa je. Aku meneruskan pemanduan sambil mendengar radio. Kebetulan waktu tu Hitz FM time saving trafic report ka apa namanya entah tengah berkumandang. Eksaited lah aku nak dengar kan. Kot kot jalan clear sempat sampai awal nak main bola.

Aku kuatkan suara radio. Dijay tu pun bagi laporan lalulintas semasa. Dia kata,

"Traffic is heavily congested at the usual spot,"

Dah.

Bingai! Macam mana aku nak tau kat mana 'usual spot' tu, ini first time aku drive kat KL ni. Aku pun cabut radio campak luar tingkap.

11 comments:

Master J said...

haha usual spot..ko mmg xtau kalo ko 1st timer..tp ko dh cmpak radio kan..so pasni konpem ko xkn tau mana usual spot dah haha =p

p/s: survey aku cmana??? ;)

EFF said...

LOL

EFF said...

oh MM, sori sgt, bz ngan exam jadi x baca blog ko.. hoho..
baru je habis exam jumaat lepas, tapi akan memindahkan barang dari kolej dlm minggu ni la.. InsyaAllah boleh jumpe :)
praktikal di mana ye??
nanti contact aku k, no hp dah bagi kan.. :D

Unknown said...

Welcome to KL :P

Matematis Muda said...

master j,
esok tu aku dengar baru dia cakap kat mana usual hotspot dia..naseb baek hehe

pi ess: survey kau x ckup 20 laa..11 ok? huhu

Farah W,
aku praktikal kat jabatan math fakulti sains..aku stay kat kmr..okeh nanti aku roger

szakif,
tq :)

Master J said...

kalau blum ckp xpe..end of the month br aku kutip balik..truskan lah usaha ye =) tq..

in☂an Jun$u said...

err..ayat yg last tu.

are u siriyes campak radio ke luar?gilak kaya..haha!

Huzai Mansor said...

kuat sehh ko! saspek!!!

Matematis Muda said...

j,
staff macam berat hati la nak buat. pg tadi aku gi cek dgn diorang masih belum buat. bz kot. kalau aku bg kat budak budak mardi yg duduk kat upm ni boleh?

mergas,
siriyes tipu hehe

huzai,
memang kuat..sila saspek hehe

Master J said...

blh je bro..xkisah sapa yg isi..as long as diorg menepati syarat2 yg ada..thanks =)

Akmal Azeman said...

hyperbola giler! hahaha