Monday, August 10, 2009

Kebarangkalian

Kawan aku, kita panggil dia AZ (ae-zek), bertanya pada satu malam ketika kami; Aku, AZ dan Blogger Boncet (BB), sedang bercakap bantal (baca:pillow talk) di biliknya.

"Mat," macam aku cakap sebelum ini, kawan-kawan terdekat lebih suka panggil aku Mat dari MM.

"Possible ke berlaku eksiden kat udara?" dia tanya aku macam siriyes. Aku cuba baca riak wajahnya.

Betul-betul siriyes ni.

"Accident kemalangan or accident collision?" aku layan dia punya siriyes dengan separa siriyes.

"Kapal terbang berlanggar la," dia kata sedikit tersenyum.

"Haha," belum apa-apa kami dah gelak. Aku dah malas nak siriyes, jadi aku jawap ala ragu-ragu.

"Err, kebarangkalian dia.." AZ dan BB dah mula tergelak kerana sudah maklum dengan isu kebarangkalian ini.

"..kosong poin lima la kot," jawapanku segera disambut gelak bersahaja oleh AZ dan BB.

"0.5 berlaku, lagi 0.5 tak berlaku," BB bercakap dengan nada masih mahu ketawa.

"Tapi siriyes, boleh berlaku ke a?" AZ masih ingin tahu.

"Aku rasa ada, tapi sangat-sangat susah la nak berlaku. Langit luas kan. Banyak sangat tempat boleh lalu," aku bagi pendapat ikhlas aku.

Well, itu cerita beberapa malam lepas. Waktu itu, aku tak berapa nak ambil tahu sangat. Sehinggalah malam tadi berita waktu makan malam menunjukkan kes di NuYok di mana sebuah helikopter pelancong berlanggar dengan sebuah kapal terbang kecil.

Lepas itu aku terus rujuk Syeikh Maulana Wikipedia untuk sedikit maklumat. Hmm, boleh tahan banyak juga kalau dinisbahkan 4 kes ke tempoh sedekad yang lepas.



notakaki: Helikopter dalam bahasa melayu memang helikopter eyh?

notatapakkaki: Hari ini antara hari dalam bulan Ogos yang aku ingat. 1,5,7,10.

6 comments:

Unknown said...

betol la. helikopter memang helikopter dalam BM :D

err.. aku rasa bulan ni ada orang akan kena prank lagi la. bersedia!

Anonymous said...

helicobacter itu lain pula tau...tapi kebarangkalian untuk langgar tinggi pulak kalau culture dalam satu bekas

walkinglikemaryjane said...

kemalangan boleh berlaku di mana sahaja.
cuma kat udara, ada kawalan trafik udara yang penyenggalaraannya tak sama macam kat darat ni.plus, bilangan yg terbang di udara (i.e.: kenderaan) tak lah sebyk kat darat ni..

and as u said, kebarangkalian mmg tipis juga lah...

bila di pk2, wajar juga kat udara kena kwln trafik tiptop. sbb, klu eksiden, tak ke org yg eksiden kat udara tuh malang, yang kat darat pun malang? betul ek? :)

suehanna said...

even if there's a slight possibility of two aircrafts to collide on each other, dorang ada satu macam sensor(ceh tataw nama dia apa, yg macam bulat bulat boleh kira radar tu, kot. siap ada darjah segala macam benda) kan?

Anonymous said...

jgn la collide kt ats tu..doa byk2~

Matematis Muda said...

szakif,
aku rasa diorang pun dah tak larat nak prank2 nih. masing2 dah tua dah haha

blogger,
cuba suruh 10 aircraft terbang sekitar ruang udara perlis sahaja, tengok berapa banyak yang tak eksiden. same goes to the culture :)

walker,
yupp

sue,
err entah la
benda macam tu biasa nampak dalam muvi je hehe

azy,
haha risau kat buah hati nampak hehe insya-Allah tak ameen