Tuesday, August 11, 2009

Cerita Semalam

Malam sebelum semalam, Emak ajak aku puasa keesokan harinya (Isnin) sampai hari Khamis. Memandangkan sepanjang di rumah, kecenderungan untuk aku makan setiap ketika itu tinggi, jadi aku bersetuju. Bapak tak dapat nak menyertai kami kerana dia ada mesyuarat katanya.

Aku duk kat kampus asyik dengar pasal mesyuarat je. Duk rumah pun sama. Hehe.

Jadi pagi itu, aku dan Emak bersahur ala kadar. Emak dengan 4 keping roti, aku dengan 2 keping eh silap, 2 pinggan nasi. Ala kadar.

Kemudian rutin biasa di waktu pagi kecuali sarapan. Buat apa-apa yang patut kemudian tidur semula.

Bangun semula, Bapak dah pergi kerja, Emak di biliknya. Tengok jam dah 1230. Mengeliat sedikit sebanyak. Jalan keliling rumah jap. Duduk di ruang tamu. Emak muncul. Sambil berjalan menuju ke dapur, dia cakap.

"Eh, lupa la. Lepas 15 Sya'ban tak elok puasa,"

Aku senyap. Baru bangun tidur. Betul juga, aku fikir. Aku pun lupa perihal itu. Yang aku ingat, tak elok berpuasa di penghujung Sya'aban sebab Nabi sallallahu'alaihi wasallam larang kita berpuasa dengan niat sebagai persiadaan menghadapi Ramadhan. Lebih kurang la. Jap, aku guugel.

Puasa selepas 15 Sya'ban
Puasa berlatih untuk Ramadhan

Sila baca hingga habis untuk mengelakkan salah faham.

Oh ya. Kami puasa juga semalam. Alang-alang dah puasa. Tapi malam tadi waktu guugel aku jumpa pendapat Imam Syafi'e kata harom. Tapi pendapat jumhur kata makruh je. Ok, hari ni aku tak puasa dah la hehe.

7 comments:

Anonymous said...

ic..

Dammit said...

Oh aku tak pernah tau pasal ni. sebab tu aku tak puasa gak. hahaha

kinawa said...

baru je nak komen tanya reason ko puasa, tapi ko dah btau jawapan. so aku nak komen apa?

Matematis Muda said...

blogger,
c?

dammit,
ah kau x makan kambing tiga rasa apa tau haha

wordsmith,
takyah komen la mangkok

As said...

oh baru nak tanya jugak camni

"bleh eh puasa pas 15 syaaban"
hehe

so da tak jadi tanya tapi nak letak gak sbb tatau nak komen ape
boleh? :P

Mr Jagatraya said...

Ko tgk dammit bagi alasan terbaik.Patutla.Lepas nisfu sya'ban aku mcm ssh nak pose je.Haha.

suehanna said...

ouh thanks! (: