Friday, October 31, 2008

Video Di CDR

[kemaskini 1 Nov]

Aku post dalam keadaan tergesa-gesa semalam
maka
kurang genius judgement aku
bagaimana untuk meletakkan video
di sini

Setelah
beberapa penganalisaan

Akhirnya
terimalah

http://www.youtube.com/watch?v=IM_pTyW6mLA

Silalah
klik dan tonton

Sesuai di kala peperiksaan begini



Aik diam diam!

Wednesday, October 29, 2008

Siri Gambar Bercakap

[gambar#1]
Aku yang sedang memandu ATOZ mempamerkan muka cuak manakala Ash di tempat duduk sebelah mengacukan pistol ke dahiku. Lokasi ialah sekitar Lebuhraya Utara Selatan.

[gambar#2]
3 penumpang dibelakang sedang tidur. Zar melentok manja ke bahu Dude. Mail melentokkan kepala ke tingkap.

[gambar#3]
Gambar papan tanda menunjukkan Persimpangan Skudai. Motif?

[gambar#4]
Gambar Pengantin lelaki dan perempuan di atas pelamin. Pengantin Lelaki segak dengan pakaian ala kesultanan Melayu Johor di sebelah Pengantin Perempuan anggun berpurdah. Ooo sexy!

[gambar#5]
Gambar aku berdiri di sebelah Pengantin Perempuan sambil Pengantin Lelaki di sebelah Ash memerhatikan aku dengan ekspresi wajah "oy, itu bini aku la!"

[gambar#6]
Gambar empat lelaki di atas bukit menghadap Singapura berlatarbelakangkan matahari terbenam di Masjid Sultan Abu Bakar, masjid negeri Johor. Azan maghrib sedang berkumandang, tapi tak masuk dalam gambar la.

[gambar#7]
Gambar empat lelaki dari belakang menghadap tulisan "DANGA BAY". Dengan tema "we were here"

[gambar#8]
Gambar tiga lelaki di atas tangga kebosanan di Danga Bay, menunggu Mail. Oh ya, Man Utd baru sahaja seri dengan Everton waktu ini. Tak kisah pun.



Hah
macam kenal ya tajuk entri ini
hehe
ini versi CDR punya

Entri ini
sepatutnya bergambar
tapi sewaktu pulang ke rumah
Bapak memberi khabar bahawa
cermin keretanya dipecah orang
lalu hilanglah kamera dan kasutnya
yang menetap di dalam kereta tersebut

Apa pun
gambar-gambar semua
ada dengan Ash
tapi
kena pergi Gombak lah kalau nak ambil gambar
huhu



notakaki: Tajuk sebenar entri ini ialah "JB: Satu Ekspidisi Cinta". Rombongan kami berlima menghadiri kenduri kahwin seorang rakan di JB. Sambil mengeksplorasi tempat2 menarik di sana. Semestinya!

Monday, October 27, 2008

Ini Bukan Entri

Habis tu apa?

Heh

Sekadar untuk tidak mungkir janji
dalam entri kat bawah ni
yang aku dah cakap
aku akan sambung CDR macam biasa
hari Isnin (iaitu hari ini)

Maaf ketandusan sumber internet
buat masa ini

Masa juga seakan mengintip aku
begitu cemburu dia
terhadap hubungan aku dan CDR
urghhh

Mungkin lagi dua tiga hari
baru aku boleh kembali menaip

Selamat berjuang dalam peperiksaan akhir semester
buat yang sedang mendudukinya sekarang



[kemaskini]
oh ya
komen2 nanti aku balas ya

Saturday, October 25, 2008

Cerita Dongeng Lagi?

w'salam
ok
first aku nak cakap terima kaseh
sebab sudi juga email aku
2nd aku tak tau korang betul2 kenal ke aku
atau aku kenal ke tak korang
tapi tengok ke nama kat email ni aku tak cam a siapa kalian neh

sebenarnya tujuan sebenar aku suruh korang email
bukan sebab aku berdendam atau
sebab nak cari gaduh
dak aih
just nak permudahkan perbincangan je
rather than
dok kelam kabut kat dalam blog tu
orang lain baca pun tak seronok

pernah dengar tak term
one step at a time?

.......


Si anony dah email aku
berikut adalah aku punya reply
yang dot dot dot tu
sambungan diskusi lah
tak perlu lah kot
aku tunjuk kat sini

Macam aku cakap
bukan aku berdendam
atau nak cari gaduh
saje je buat drama
nak tutup apa semua tu

Baru la CDR
hehe

Ok
sorry again
for the drama
CDR will continue as usual
on monday

I got a wedding to attend

Haih



notakaki: Tidak lupa untuk diberitahu, si anony tu dah minta maaf secara terbuka kat entri ini. Nak maafkan ke tak? Korang decide la. Hehe

[kemaskini Nov 28]
Maaf, aku dah memadam semua komen dalam entri ini, memandangkan ada unsur ketidakperluan komentar-komentar tersebut wujud.

Friday, October 24, 2008

CDR Akan Ditutup!

Harap maaf kepada semua peminat
cheywah
bukan senang nak dapat cakap macam ni
hahaha

Takde lah
aku nak minta maaf
kepada semua pengunjung
yang memberi nasihat supaya
aku tak tutup CDR

Apa boleh buat
kekasih pun cakap
dah tak best dah

Tapi aku tak cakap
aku akan berhenti menulis

Hehe

Kisah penutupan ini
tiada kaitan dengan masalah
'strong' atau tak 'strong'

Ia hanya lah sekadar
respon
kepada
tindakan anonymous
yang menimbulkan masalah
baru-baru ini

Kalau tak mahu CDR ditutup
ada satu syarat sahaja
aku nak anonymous
hantarkan email peribadi
kat aku

Bukan
email anonymous ok

Jangan bimbang
identiti kau
aku takkan dedahkan
sebagaimana kau paksa aku dedah
cerita 'sebenar'

Jadi
siapa-siapa yang kenal dia
sila suruh dia berbuat demikian

Ada apa-apa lagi
yang pembaca lain nak request dari dia?
minta maaf secara terbuka mungkin?



notakaki: Aku tak berdendam pun ok. Just to make it fair. Ke tak patut? Sukati aku a. Nabil jahat tau! Haha (gelak jahat)

notakukukaki: Oh buat anonymous, kalau betul kenal Nabil, email kat email peribadi dia. Kalau tak tau, email sebelah ni ada :)

Thursday, October 23, 2008

Gila Panjang

Ampun

Gila panjang entri bawah ni
maaf la ye

Aku main tulis je
luah apa yang ada dalam kepala otak aku

Aku tak draft pun
aku tak plan ke
apa ke
sume tak

Aku duduk depan laptop
pasang lagu Gun N Roses
taip taip taip

Ok
kalian baca lah time cuti nanti ke
bila-bila bosan nanti ke
ya?

Selamat membaca

[kemaskini]
aku sangat kecewa dengan tulisan di bawah ini
sangat tidak menyelerakan untuk dibaca
tapi aku berharap sangat kalian baca
jadi
do spend some time to read it
tenkiyuk

Selamat final exam!

Tau Tak Kenapa Aku Guna Nama Pena?

Aku main tulis je, jadi sangat berterabur. minta maaf.
sangat panjang. panjang giler!
bacaan hujung minggu mungkin.

Ok fine
ramai dah tahu identiti sebenar MatematisMuda
sebagai Nabil
dan ramai juga yang mengenali Nabil di dunia luar

Dan Nabil yang mereka kenal
mesti begini dan begitu

oh kejap
lupa nak bagi intro

entri ini adalah berkaitan dengan 
komen dan tulisan
dalam entri ini
dan juga entri ini

Ok sambung

Aku menulis
ada matlamat
bukan sekadar berkongsi cerita kehidupan seharianku
tentang
aku makan apa
aku jumpa siapa
aku bercinta dengan siapa
atau apa apa lah

Bukan sakadar itu sahaja
aku tak kongsi benda yang tak perlu
atau tak menarik
atau mungkin menarik tapi tak perlu
atau wuteff
tapi yang penting
semuanya mesti ada matlamat

Aku, Jaed, Dammit, Jagatraya
kami seangkatan
kami punya matlamat yang berbeza
dan cara yang berbeza
kalian pun

Aku
sebelum berblog
aku dah tetapkan siapa target readers aku
apa yang akan aku tulis
bagaimana reaksi yang aku inginkan
dan sebagainya

Ia bukan sekadar tulisan

atau
mungkin lagi sedap
kalau disebut begini;

Ia bukan sekadar blog

Memandangkan cik anonymous telah memberi komentar sedemikian rupa dalam dua entri tersebut, maka terpaksalah aku bongkarkan kisah sebenar.

Sebenarnya, kisah cinta aku dan Jenny adalah palsu semata-mata. Ya palsu! Tipu! DUsta! Gelarlah apa kamu suka, hakikatnya ia tidak benar. Segala cerita yang ada kaitan dengan Jenny aku reka (termasuk cerita ABC tu. Anony, silalah tersipu-sipu hehe). Situasi tersebut tak pernah berlaku. kami cuma kenalan sahaja. Kami dah pakat. Tugas Jenny ialah memainkan watak perempuan. (Kudos to Jenn for her cooperation). Dan aku tulis apa aku ingin tulis. 

Mengapa perlu aku menipu? Sebabnya, sasaran pembaca aku, bukan orang yang mengenali aku. Ya, bukan kamu anonymous. Bukan juga kamu yang seadng membaca ini, yang mengenali diri ini. 

Jadi sekarang kamu tahu kan, kenapa aku bangkitkan isu isi tersirat dalam entri ini. Bagus.

Huraian lagi mengenai kisah cinta aku dan Jenny. Aku ingin menulis tentang hubungan lelaki dan perempuan. Tapi mesti bosan kan? Siapa nak baca? Kamu rasa berapa ramai yang akan baca kalau blog CDR jadi macam blog agama. Berbincang tentang isu fiqh, isu hukum hakam, isu tauhid dan sebagainya. Bukan tak ada. Tapi yang datang pastinya yang mencari atau yang ingin kan nya.

Itu lah sebabnya aku sampaikan dalam bentuk cerita. Dan cerita kena ada watak. Nak bagi best, watak dia mesti dua-dua blogger. Nak kurangkan karenah, watak laki dan perempuan tak boleh satu universiti. Nanti jenuh nak menjawap di universiti. Jadi ringkas kan cerita, aku pilih Jenny, sebab dia pun sempoi dan boleh tahan gila-gila gak.

Jadi sekarang kalian pergi baca balik semua entri tentang aku dan Jenny, dan baca di antara dua baris.

Cerita cinta sebenar aku, biarlah rahsia. Hakikatnya, memang rahsia pun. Tak percaya tanyalah teman-teman serumah denganku. Kalau ada pun seorang sahaja yang tahu, sebab dia macam serabut sikit (haha). Even jiran-rumah-sebelah pun tak tahu. Percaya tak? Percayalah. Lagipun ada hadith bunyi lebih kurang, "rahsiakanlah pertunangan, iklankanlah pernikahan." Malam tadi baru aku tahu hadith ni lemah. Tapi sebab part "iklankan pernikahan" itu sangat kuat, ulama' tetap sebarkannya.

Bagi aku, kalau dah berpasangan, eloklah ia dibiar rahsia dahulu. Sebabnya, even kalau dah bertunang pun masih tidak halal untuk kita berpegang-pegang tangan atau bermanja-manjaan.
Inikan pula baru bercintan-cintun. Petuih! Hehe.

Cerita selingan

Malam 18 Syawal lepas
aku ke UIA Gombak dengan Jaed
dia jumpa kawan

Lama

aku bosan tunggu sebab bila aku pergi ke bilik kenalan di sana, kenalan tiada di bilik. Jadi, aku hubungi bekas kekasih dan kami bertemu. Ya, bekas kekasih pelajar kampus Gombak, pergilah selidik sekarang. hehe. Ia adalah pertemuan pertama setelah kami mengisytiharkan hubungan kami tidak lebih dari kawan.

Balik dari pertemuan itu, sebelum tidur, aku menggatal dengan kekasih aku sekarang. Kemudian, tidur. Bangun pagi esok, ada dua mesej. Mesej pertama dia tegur aku sebab menggatal. Mesej kedua dia cakap, "Nak cakap macam tu boleh, tapi lepas kahwin la," aku senyum-senyum. perasan diberi klu ajak kahwin. Haha.

Sangat perahsantan. Hehe

Ok kembali ke entri asal. 

Oh ya, kenapa mesti cerita cinta? Sebab manusia sukakan cerita cinta. Terutama yang berbangsa melayu, sebab itu novel melayu hampir semua berasaskan cinta. Jadi aku melihat ia sebagai market, dan aku buat entri cinta.

Erm apa lagi nak cakap? Mungkin aku harus minta maaf sebab menipu. Atau mungkin lebih tepat kalau aku cakap minta maaf sebab memanipulasi status kalian sebagai pembaca. Yang hanya mampu percaya apa yang aku tulis.

Lagi pasal hubungan laki perempuan. Bagi aku, tiada istilah kawan baik antara laki dan perempuan. Itu cuma pendapat peribadi. Aku tak selesa baik atau rapat dengan perempuan. Aku ada nyatakan dalam permainan tag yang ini. Sebab nya? Dengan perempuan, kita terhad. Contoh kalau dia ada masalah, datang luah pada aku selaku teman rapat dia. Kemudian dia nangis. Apa aku boleh buat? Setakat menyedapkan hati dengan kata-kata jela. Memang boleh nak pegang-pegang, 'come cry on my shoulder' pe sume. tapi dosa la kan.

Lagi cerita selingan

Kawan lama aku, luah perasaan dan beritahu masalahnya dengan lelaki. Katanya dia sekarang ada dua boipren, dua-dua dia dah selalu tidur bersama. Dia nak berubah, tapi tak punya kekuatan. Aku cakap, cari la kawan perempuan yang boleh percaya dan berbaik dengan dia.

Dia tak percaya sangat dengan kawan perempuan. Sebab sejarahnya selalu ditikam kawan sendiri dari belakang. Aku tanya apa beza dengan lelaki? Kami buaya. Auum! Dia kata lain, lelaki lagi senang nak nampak buayanya.

Aaa ya sebelum kamu kutuk dia, aku nak ingat kan kalian yang dia kawan aku. Bukan dia sabjek utama di sini. Sabjek yang kita tengah bincangkan ialah hubungan terhad antara laki dan perempuan.

Kamu lihat ya. Perbincangan tadi berlaku di Yahoo Messenger. Cuba bayang kalau aku adalah buaya paling kacak pernah kau lihat. Buaya bermulut super-duper manis. Sekarang bayangkan apa akan terjadi kalau kawan perempuan aku luah masalah sedemikian secara berdepan dengan ku. Kemudian dia nangis, aku main peranan watak supportive, hulurkan bahu, biar dia menangis, tenangkan dia, dan beritahu dia aku akan bimbing dia ke jalan yang lurus. Dan pelan-pelan kayuh, dua tiga kali berjumpa, dia jatuh hati, giliran aku pula dapat mempermainkan dia. Kan?

Oh jangan bimbang. Aku bukan begitu. Aku bukan kaki perempuan sebab kaki aku sasa dan berbulu. Cuma aku takut dengan perempuan. Tapi bukan macam pencinta cheong sam di KB Mall. Huhu. Aku semacam risau dengan mekhluk Tuhan bernama perempuan ini. Perasaan takut seperti kamu rasa mereka akan terkam kamu sebab kamu sangat hot. Uuu takutnya..

Jadi sekarang bila dah jadi begini, dah tak seronok kan? Aku berprasangka, mesti kalian ingat tulisan aku selepas ini mesti tipu lagi. Erm tapi bagus juga kan? Entahlah. Kalau sebelum ini aku berkira-kira untuk mengubah cara penulisan atau penyampaian. Tapi sekarang aku rasa macam nak tutup terus CDR. Sebab dah kurang fun. Kurang thrill nya.

Aku dah terasa macam kes dalam entri magenta yang ini. Kes menipu juga, tapi dia bermotifkan duit. Aku? Bermotifkan tumbuh-tumbuhan. Eh, takde kena mengena. Sori.

Ok aku nak cerita pasal 'ustaz' thingy plak. Macam dalam komen-komen sebelum ini. Ada beberapa yang menyebut tentang, takkan nak tunggu jadi ustaz baru boleh bercerita tentang agama. Ini antara masalah agamawan di antara kita ni. Sebab kita terlalu mengistiadatkan agama. Neem ada cerita pasal benda ni dalam entri ini. Jemput baca. Antara kita juga boleh tahan ramai yang beranggapan agama itu sesuatu yang...yang apa ya..erm kira nya macam Neem cakap lah, tidak menganggap ia sebagai satu cara hidup.

Bagi sesetengah orang, (bukan tuju kat cik anony sahaja, ramai lagi) agama itu hak para ustaz. Kamu doktor pergi rawat pesakit. Kamu dentist pergi cuci gigi. Kamu mekanik, pergi baiki kereta. Matematis, kamu genius. Oh, keluar topik. Selalunya begitu lah. Sedangkan agama adalah milik kita semua. Doktor, akauntan, cikgu bio, cikgu BM, apa sahaja pekerjaan nya, selagi dia Islam, dia perlu menyampaikan. Sebab itu, walau apa jua pekerjaan kita, kita kena tahu tentang agama yang kita anuti ini.

Baca apa keluhan ANNA dalam entri ini.

Ish dah panjang sangat pula rasanya entri aku ni. Dah lah kot.

Chiao

eh silap
Nabil kena bagi salam

Assalaamu'alaikum



notakaki: Aku sarankan kalian baca majalah i edisi oktober ini. Ada temu bual dengan Tok Guru Nik Aziz tentang cinta sebelum berkahwin. Siriyes menarik.

Wednesday, October 22, 2008

MM Nak Bercuti Dari Berblog

Acah ma'enon

Haha

Tengok a camne

Aku tak rasa aku perlu bercuti
atau berehat dari menulis

Jadi
aku akan mula memikirkan idea
untuk entri seterusnya

Sementara itu
kalian boleh baca komentar terkini
dalam entri ini

Akan kuhuraikan
di kemudian hari

Buat masa ini
biar aku beritahu
hasil penelitian dan pengamatan aku
dengan bantuan StatCounter
aku percaya
pengomen adalah seorang perempuan
yang seuniversiti denganku

Cuma aku nak tahu
apa emosi yang sesuai untuk baca komen tu

Walaubagaimanapun
komentar dia
buat aku berfikir seketika
patutkah aku terus menulis
dengan cara ini

Tunggu jawapannya...
minggu depan
theehehe

Monday, October 20, 2008

Aku Tongah Melanguk Depan Laptop

Tiba-tiba
entah dari mana munculnya
jiran-rumah-sebelah

Cakap

"Apasal aku macam dengar kao pasang lagu tu dah banyak kali malam ni ha?"

Aku tengok dia

Tanya

"Eyh? Suka dowh,"

Dan dia pun beredar

Oh ya lagu tersebut ialah
Accidentally in love- Counting Crows

Lagi dua lagu yang semacam menjadi siulan aku sekarang ialah
One step at a time- Jordin Sparks
Lucky- Jason Mraz

Dua lagu terakhir tu
aku cuma akan turut menyanyi
part

"one step at a time"


dan

"lucky i'm in love with my bestfriend"



Ia semacam kena dengan jiwa sekarang ini
blues, mungkin?
atau jiwang? ewe~!

Haih



notakaki: Aku tak bercinta dengan bestfriend aku sebab bestfriend aku semua lelaki. Aku 'straight'.

notakakitangan: Entri ini munkin ada susulan. Kisah cinta mungkin? Mungkin...

notatapakkaki: Mungkin lepas habis pasal cinta baru aku buat tag dari Tuan Caracol.

Thursday, October 16, 2008

Dunia Sekarang Dah Maju

Aku baru lepas main futsal
jam 1.07 pagi

Dalam perjalanan pulang
aku pesan dekat pemandu
singgah di 7-11
aku nak beli minuman isotonik

Sampai
aku masuk
capai air
pergi kaunter
bayar

Juruwang tanya
"De dosen?"

Aku jawap
"De,"

Keluarkan
bagi

Juruwang pulangkan baki
dan cakap
"Seh,"

Aku balas
"Me,"



Kool kan?

Dunia dah maju beb

Sekarang
bukan setakat singkatan dalam mesej sahaja

Percakapan pun dah makin singkat

Haha