Showing posts with label Kembara Alumni. Show all posts
Showing posts with label Kembara Alumni. Show all posts

Friday, July 4, 2008

Kembara Seorang Alumni: Rancang Perjalanan Anda

Tiba di Kota Bharu
jam 0640
panggil Bakal Akauntan dari IIUM
dia belum tiba lagi
dari Johor
katanya Bakal Akauntan dari UITM
akan menjemput kami berdua
seterusnya
akan bertolak ke tempat berkumpul
bersama Bakal Arkitek dari IIUM

Bagus
well-planned
tengok telefon bimbit
ada pesanan
"berkumpul di MP PC jam 0945"
oh mereka dah terima pesanan ini lebih awal barangkali

Usai Subuh
Akauntan UITM datang menjemput kami
lepak di rumahnya
tengok ulangan KEMENANGAN Jerman
terhadap Turki
(hey, apa aku sokong pun menang what!)

Kemudian
aku tidur
bangun
tengok telefon bimbit
DAH SEPULUH SUKU!!!
bingkas
buka beg
selak selak selak

HAH!?!
o sheet!!




"Erm, li. Erm.. Ko ada tuala lebih tak? Aku terlupa bawa hehe.."

Thursday, July 3, 2008

Kembara Seorang Alumni: Malam Penuh Dugaan

Jam 2240
bertolak ke Terminal Makmur
bersama Miyut
menurut maklumat di tiketku
basku akan bertolak jam 2300
tiba di terminal
jam 2250
solat

Lepas solat
dengar pengumuman

"Bas ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu jam sebelas malam dijangka lewat tiba. Harap maklum."

Aku tenang
buka beg
keluarkan buku
baca

Pap!
Pap! Pap!
Pap! Pap! PAP!!
Siyal! Banyak gila nyamuk!
tutup buku
keluar
jalan-jalan
tengok telefon bimbit
dah 2330

Ambil beg
turun ke tingkat bawah
tunggu di platform
sambil lihat ragam manusia

Kebanyakannya berteman
aku sahaja keseorangan
tak mengapa
buku setia menemaniku

Saat ini
keinginan aku untuk menulis tentang rokok makin tinggi
sungguh
tak mengapa
idea sudah ada
nanti akan kutulis

Akhirnya
bas yang kunanti
kunjung tiba
tengok telefon bimbit
2349
heh
kool bro

Naik
lihat nombor tempat dudukku
di tiket
di tempat duduk
ha sini!

Tengok sebelah
oh perempuan
erm
gadis

Hot! Shhh..

Gadis ini bertemankan seorang lelaki tadi
nasib kau baik gadis
kalau tidak
pasti akan ku korak langkah

Aku duduk
dia tengok
dia keluarkan telefon bimbit
tekan tekan tekan
cakap
bla bla bla bla..babai sayang
sambil mengadap tingkap

Aku keluarkan telefon bimbit (juga)
nak buat apa ni?
(pun) tekan tekan tekan
letak di telinga
mengadap tingkap
merangkap hadap dia
cakap
perlahan
sangat

"Hmm..Nak betolak dah ni.."
"A'a.."
"Yerr..Iyyerr.."
"Okkay..bai..iyyyyyerrr..hehe.."
"Okkay miss yu tu,"
"Wa'alaikumsalam,"

Simpan telefon bimbit
tengok dia
dia tengok
aku senyum
dia sengih

Kau dah berpunya
heh
aku pun lah
pejam mata
tidur



Kota Bharu..Here I come!!!

p/s: Ya! Aku bercakap sendirian!