Showing posts with label Makan Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makan Makanan. Show all posts

Wednesday, June 18, 2008

Rahsia Penjagaan Berat Badanku

Bangun tidur
minum air
segelas
dua gelas
termenung

Dah lama tak timbang la

Naik ke atas penimbang

"Maik aih!!!" aku terjerit

"Apo pasa?" mak aku bertanya dari dalam

"Tade pe," aku menjawap perlahan

Banyaknya naik
aku berfikir dalam hati













Hah!
aku dah tau dah jawapannya
patutlah naik semacam
cuba tengok entri ini







Patutlah pun...

Ok, aku perlu berusaha untuk turunkan ia pula

Sunday, June 8, 2008

Sumimasen..Arigatou

"Boleh tanya tak?"

"Boleh, boleh,"

"Iidako ni apa?"

"Oh, Iidako itu baby octopus,"

"Baby octopus! Hoo,"

"Ya, ia sangat kecil,"



Teruskan bacaan.



"Udon?"

"Udon itu mee besar punya. Kalau ramen, mee kecil punya," terangnya penuh setia dengan tugasnya. Yang bertanya angguk-angguk.

"Macam mee dengan mihun la," ujarnya kepada rakannya yang di depan.


Tukar mukasurat.


"Chuka ni?" sambil menunjuk ke perkataan tersebut.

"Chukka," dia membetulkan sebutan.

"Chukka itu macam jeruk la."

"Oh, kurage ni?"

"Itu jelly fish,"

"Jellyfish! Oo, boleh boleh,"


Belek lagi.


"Erm, unage ni apa?"

"Unage itu belut,"

"Uih belut!" sambil membeliakkan mata melihat ke arah dammit. Kedua-duanya mempamerkan wajah teruja. Sesaat kemudian, gelak terhambur.

"Maki?" sambil gelak-gelak lagi.

"Maki itu gulung."

"Oh maknanya kalau ini," tunjuk ke satu gambar "timun gulung la eyh?" sambil buat gaya mengggulung. Tiga rakannya yang lain gelak.
Begitulah jadinya bila berkunjung ke restoran makanan jepun bersama orang yang mempunyai daya inkuiri yang tinggi. Oh lupa untuk khabarkan makanan yang disajikan adalah enak-enak belaka! Sangat!

Wednesday, June 4, 2008

Ini Betul Punya Kecewa

Ingat entri ini?
ia berlaku pada hari Sabtu
24 Mei
selepas kami bersuka-ria
bersama ketam-ketam tersebut
dalam perjalanan pulang ke kereta
kami merentasi
alias melalui
sebuah kedai diberi nama
Kedai Makan Encik Makdi

Jaed (pembaca, sila ingat nama ini!)
telah berjaya mendapatkan
beberapa kupon untuk kami menyertai
Big Mac Chant Challenge
ada lebih sepuluh kupon

Ok sambung cerita
semasa melalui
Kedai Makan Encik Makdi
Din teringat akan kupon-kupon
yang Jaed beri kepada kami
dan berkata
"Weh, jom a try Big Mac free ni dowh!"
penuh semangat
tangan seluk poket
keluarkan kupon

Aku yang sudah sedia teruja
mengambil kupon dari tangan Din
dan
selajur kupon bertukar tangan
aku teringatkan waktu tawaran
3pm - 8pm
"Petang jela," aku ujarkan pada Din

"A'a. 3 sampai 8 malam," Dammit sambung

"Takpe takpe. Cuba kau try dulu," Din suruh aku
sambil keluarkan telefon bimbit
untuk menetapkan masa

"Ready? Ok, start!"

Dan dengan pantasnya aku sebut satu-persatu
"Two all beef patties
special sauce
lettuce cheese
pickles onions
on a sesame seed bun"
mengikut irama dalam iklan di televisyen

"Weyh, 3.6 saat dowh!" Din menyatakan
dengan penuh rasa takjub dan teruja
dammit menyeneh di tepi din
ingin melihat catatan masaku

"Sekali lagi, sekali lagi," Din kata

"Ha!" din beri isyarat
dan aku sekali lagi
membacakan mantera ajaib itu
"3.2 saat john!!!" kali ini separuh menjerit
bercampur dengan gelak gembiranya

"Macam ni aku hantar kau jela. Kita ambil sampai dapat sepuluh Big Mac! Haha," katanya lagi dengan tawa yang masih lagi belum reda

"Kita tunggu jaed balik la," aku beri cadangan

"Oh ok, kita celebrate lepas exam mid sem," (29 Mei-exam midsem)

"Cantek~"

----------------------

Tengahari selepas peperiksaan pertengahan penggal
di bilik Dammit

"Wei, jom! Big Mac sepuluh biji," aku menyeru

"Haa jom!" Din menyahut

"Try sekali din," kata Dammit

"Two all beti, sepishakh... Uih, da lupa dowh!" Din buat muka terkejut camur risau

"Uih, takpe takpe. Aku ada. Haha. Bak kupon kejap,"
aku belek-belek terma dan syarat
untuk memastikan tiada syarat
menghalang aku menebus sebanyak sepuluh kali
sekali gus

"Yes, boleh!" aku hulurkan kembali kupon kepada Din

"Uiii, sedap dowh sepuluh Big Mac! Makan besar kita malam ni! Haha," Jaed penuh keujaan dalam jiwa

Tiba-tiba!!!
Din tanya
"Wei, hari ni berapa hari bulan dow?" nada rata. Plain.

"29," ringkas jawapan Jaed

"Da habis dowh." ujar Din lemah sambil hulur tiket kepadaku
aku belek-belek

Sheet!!!

Aku tak nampak pulak syarat yang inisyarat yang mengecewakansampai 28 Mei sahaja!
Wadda..





"Aaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrggggggghhhhhhhhhhh!!!!!!!!"

Jaed. Ini semua sebab tunggu kau a ni!
Dayem!

Wednesday, May 14, 2008

Keperluan, Nafsu , Keperluan Nafsu?

Entri berkaitan: Thought of the day

+ + + + + + + +

5 Tahun lepas,

"Ok, baiklah. Hari ini kita akan belajar tentang ekonomi." berpaling dan melihat murid-murid.

"Dalam ilmu ekonomi ni, ada dua perkara yang paling penting, atau dua perkara asas." berhenti seketika melihat reaksi murid-murid sebelum menyambung. "Pertama keperluan dan yang kedua adalah kehendak. Ok? Ingat tu, keperluan dan kehendak. Saya rasa tak perlu saya huraikan lagi apa itu keperluan dan apa itu kehendak. Perlukah?"

Murid-murid (termasuk seorang genius) semua geleng kepala.


+ + + + + + + +


Semalam,

5 lelaki
3 daripadanya pemblog
(ada orang persoal; "perlu ke mention")
sedang menjamu selera

Atas meja ada
2 lamb chops
2 lemon chickens
2 fish n chips
2 mushroom soups
1 salmon steak
satu nasi putih
semangkuk ayam masak kari hijau
sepinggan ayam masak pedas

Okay, tukar menjamu selera ke melantak.


+ + + + + + + +


Sedang makan
dammit buka cerita
cerita fakta

"Kau tahu tak, dulu aku belajar dalam kemahiran hidup dia cakap ada dua jenis perkara penting yang perlu kita fahami, keperluan dan kehendak atau nafsu," sambil tunjuk dua jari telunjuk dan hantu. Jarinya ditunjuk kepada Hazimir (bukan nama sebenar) yang sedang khusyu' melapah ikan salmon.

Aku teringat ilmu ekonomi tingkatan 4. Tajuk pertama.

Dammit sambung, "cuba kau tengok kita ni," merujuk kepada pinggan-pinggan di atas meja. "Kau agak kita kategori mana?" cuba berkias dengan Hazi (bukan nama manja).

Hazi toleh kepada dammit dan dua jarinya yang masih tegak. Dia cantumkan kedua-dua jari itu dan jawap, "keperluan nafsu!"

Dammit terpana.
Aku tersedak. Air epal jus suam hampir terkeluar dari mulut. Habis kutelan, aku gelak besar.
Jaed gelak geleng-geleng kepala.
Bu gelak mengekeh.

Kemudian, masing-masing pegang perut. Sakit perut makan+gelak.

Pihak kedua yang mengalami keuntungan
Pihak pertama? Kami berlima
hehe

Jus Epal Suam, Jus Limau Ais, Cappucino Kisar Bersama Ais