Gambar ini berkaitan dengan entri lepas
Selesai menyaksikan
kekalahan tidak sepatutnya
kami bergegas pulang
tangki minyak diisi penuh
dan bertolaklah kami
sebuah ATOZ
dituruti oleh
2 buah LC
Malam
Hujan
Selepas berhenti di Hentian Rehat Gambang
hujan mencurah-curah
turun makin lebat
aku perhatikan cermin pandang belakangku
2 buah motor tadi kelihatan stabil
tapi
2 orang lagi penumpang
di tempat duduk belakang
dah pengsan
"Diorang ok ke hujan ni?" aku bertanya kepada lelaki sebelahku
"Ok je," dia tengok cermin sisi
"Slow sikit a kot," dia usha meter kelajuanku
Aku memperlahankan kelajuanku
kepada sekitar 80-90 kms
sekali-sekala mata menjeling
memantau pemotor di belakang
maklumlah
Malam
Gelap
Hujan
Tiba-tiba
sterengku sedikit terbuang
seakan menggelungsur sedikit keretaku
yang tidak berapa berat itu
serta merta kukejapkan pegangan
cuak
"Apasal?" lelaki sebelahku dapat menangkap perubahanku
"Licin kot," jawabku sambil mata menjeling pemotor di belakang
Seketika kemudian
aku membuka cerita
"Kau tahu tak, aku datang sini ni dengan keadaan cuak sebenarnya,"
"Kenapa lak?"
"Erm, mak aku, kawan dia, anak dia..."
"Anak kawan mak kau?" dia pintas meringkaskan
"Aa, anak kawan mak aku baru meninggal semalam. Eksiden. Dekat MRR2."
Senyap seketika
"Eksiden macam mana?"
"Entah, tapi yang aku taunya, dia naik kereta dengan kawan-kawan dia. Then, eksiden. Kawan-kawan dia minor injury je. Dia seorang je meninggal."
"Uh, yang lain selamat?"
"A'ah,"
"Aku jadi cuak kau tahu sebab apa? Kau cuba bayangkan, kita naik kereta berempatkan. Lepas tu eksiden. And salah seorang kita ni mati. Kau cuba bayangkan kita jadi yang terselamat tu. Apa perasaan kau?"
"Down dowh,"
"Haa tula pasal. Down giler dowh. Uuu takleh bayang siyot,"
"Tobat tak mau bawak kereta dah pahtu,"
"Agak a,"
Senyap
masing-masing melayan fikiran
imaginasi dan bayangan
Kemudian
dia bersuara
memecah hening malam
"Erm, anak kawan mak kau yang meninggal tu duduk seat mana?
Showing posts with label Ekspidisi Pekan. Show all posts
Showing posts with label Ekspidisi Pekan. Show all posts
Wednesday, May 7, 2008
Pekan, Ekspidisi Cinta (Episod Bayangkan)
Entri Ini Adalah Sebahagian Dari Koleksi Siri:
Ekspidisi Pekan
Saturday, May 3, 2008
Pekan, Ekspidisi Cinta (episod pencemaran)
Raja sehari di bawah payung warna di raja
Peserta ekspidisi bergambar bersama pengantin
Sebagai rekod
mereka yang mengikuti ekspidisi ini
adalah pelajar jurusan IRK/BAR
jadi kesempatan itu
kuguna sebaiknya
bertanya itu ini
Perjalanan itu
diisi sebaiknya dengan perbualan
perbualan-perbualan lelaki
tentang bola
tentang politik
tentang babi
tentang perempuan dan sekx
dan banyak lagi
perbualan lelaki
Apabila menyambung perjalanan
selepas berhenti di tol Gambang
lelaki sebelah aku sendawa
kemudian aku tanya mereka
"Ey, sebenarnya ada dalil ke cakap alhamdulillah lepas sendawa?"
Lelaki belakang aku ketawa kecil dan jawap
"Takde sebenarnya. Tapi diorang guna konsep bersyukur. Sebab selalunya sendawa ni tanda kenyang, kan? So, lepas sendawa, tanda kita bersyukur sebab kenyang kita cakap la alhamdulillah." terangnya sedikit sebanyak.
"Oh, cuma sekadar budaya orang kita jela eyh?"
"Ha'ah. Budaya atau adat," kami gelak sikit sorang.
Seketika kemudian aku dapat idea
"Kalau macam tu aku nak cipta budaya baru la," aku jeling ke cermin pandang belakang seketika
"Apa dia?" lelaki sebelah aku tanya ala kadar
kurang berminat
"Konsep yang sama, tapi cakap alhamdulillah lepas kentut. Haa.."
mereka gelak
Tak sampai 10 saat kemudian
"Alhamdulillah.." aku cakap dengan penuh lega
Lelaki sebelah aku tengok penuh curiga
"Sial! Kau kentut eyh!?!?!"
jeritnya sambil buka tingkap
Entri Ini Adalah Sebahagian Dari Koleksi Siri:
Ekspidisi Pekan
Friday, May 2, 2008
Pekan, Satu Ekspidisi Cinta
Hari itu
Berikut adalah beberapa gambar
sebuah perjalanan
kunamakan
ekspidisi cinta
Penunggang dari kacamata cermin sisi

Lelaki sebelah aku
sibuk mengambil gambar
setiap papan tanda dia ambil
terutama yang menunjukkan arah
Gambang/Pekan
Ada beberapa gambar
dia tak sempat snap
tapi
lelaki di belakangnya
tengah pening
dan setiap kali ada papan tanda
lelaki sebelahku akan cakap
"Hah, Gambang"
atau
"Hah, Pekan"
sampai satu tahap
lelaki pening di belakangnya merungut
"Kau ni dari tadi Pekan, Pekan, Pekan. Tapi tak sampai-sampai gak."
Hahaha
Alhamdulillah
1027 bertolak dari Gombak
1333 tiba di rumah pengantin
Dan inilah dia
Pose istimewa dari raja sehari
dikoreogerafikan oleh MatematisMuda
Insya-ALLAH akan kusertakan lagi gambar-gambar dalam entri akan datang
aku pergi kenduri 'arwah'
Siapa meninggal? Bujang
Oh, silap. Kebujangan
Kebujangan seorang sahabatku meninggal
kerana dia telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya
Alhamdulillah
Jangan, tak perlu tanya soalan itu
Hasad dengki itu tidak baik
faham?
Nanti sampai masa kita kahwin la, kan?
Siapa meninggal? Bujang
Oh, silap. Kebujangan
Kebujangan seorang sahabatku meninggal
kerana dia telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya
Alhamdulillah
Jangan, tak perlu tanya soalan itu
Hasad dengki itu tidak baik
faham?
Nanti sampai masa kita kahwin la, kan?
Berikut adalah beberapa gambar
sebuah perjalanan
kunamakan
ekspidisi cinta
Menunggu 2 pemotor sambil bergambar bersama penaja sarapan kami, Mc'D.
Sarapan menggunakan kupon Mc'Muffin percuma untuk penjimatan hebat.
Lelaki sebelah aku
sibuk mengambil gambar
setiap papan tanda dia ambil
terutama yang menunjukkan arah
Gambang/Pekan
Ada beberapa gambar
dia tak sempat snap
tapi
lelaki di belakangnya
tengah pening
dan setiap kali ada papan tanda
lelaki sebelahku akan cakap
"Hah, Gambang"
atau
"Hah, Pekan"
sampai satu tahap
lelaki pening di belakangnya merungut
"Kau ni dari tadi Pekan, Pekan, Pekan. Tapi tak sampai-sampai gak."
Hahaha
Alhamdulillah
1027 bertolak dari Gombak
1333 tiba di rumah pengantin
Dan inilah dia
dikoreogerafikan oleh MatematisMuda
Insya-ALLAH akan kusertakan lagi gambar-gambar dalam entri akan datang
Entri Ini Adalah Sebahagian Dari Koleksi Siri:
Ekspidisi Pekan
Thursday, April 24, 2008
Kahwin
Dua tahun kasih diikat
tiba masa menyimpul ikatan
menghalalkan yang haram
agar hubungan beroleh berkat
moga jodoh kalian berkekalan ke akhir usia
Dua merpati bakal melangsungkan perkahwinan mereka esok
kedua-duanya pernah sekelas dengan aku
biarkan mereka dengan kisah cinta mereka
yang bukan lagi dongengan
tapi kini realiti, kenyataan
Dengki cemburu iri hati
umur lebih kurang sebaya
tapi dia dulu dapat perigi
macam kata dia
Jangan diikut rasa hati
terutama bab kahwin ni
biarlah kahwin kerana hati
macam kata gadis ini
jangan jadi macam lembu
kahwin ikut musim
seekor mengawan
semua mengawan
Kahwin time study huh?
does it sounds interesting or troublesome?
wait for my next entry...
tungguuu
Entri Ini Adalah Sebahagian Dari Koleksi Siri:
Ekspidisi Pekan
Subscribe to:
Posts (Atom)
