Showing posts with label MM Melancong. Show all posts
Showing posts with label MM Melancong. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

MM Melancong: Berlari

Gambar lama. Waktu aku melancong tahun lepas. Selongkar balik album album lama dalam laptop, terjumpa koleksi ini. Sementara takde apa nak pos ni, apa kata kita imbau kembali zaman kanak kanak bebas dahulu.

Berlari ke sana sini dengan tenaga tanpa had. Kenapa laa budak budak suka berlari ya.

Pernah melepak di sekolah rendah tengok budak tahap satu (darjah 1 sampai darjah 3). Aku tengok ya ampun, dari tangga nak ke kantin tu pun diorang berlari. Nak ke kelas sebelah pun diorang berlari. Nak ke tandas berlari. Ke mana sahaja berlari.

Kita berlari dan teruuskan bernyanyiii. Haha. Tetiba nyanyi lagu SO7 plak. Olskool gak tuh. Memori bebeh.

IMG_0892

IMG_0891

IMG_0884

IMG_0745

IMG_0744

Nanti aku cari gambar tasik tempat aku lepak ni. Cun melecun bebeh.

Saturday, January 9, 2010

Hujan Emas Hujan Batu







Keesokannya, aku kembali lagi ke Messaieed. Kali ini bukan untuk menunggang 'motor' empat tayar, tetapi untuk bermain pasir. Haha.

Markov sekeluarga telah menjemput sekali beberapa kenalan Malaysia dan Indonesia untuk ramai-ramai turut serta bermain pasir. Tempat kami bermain pasir ni diberi nama Singing Sand Dunes.

Cuma ada lebih kurang 30 tempat di dunia ini yang ada fenomena ini. Pasir menyanyi. Dan salah satu tempatnya ialah di Qatar. Adapun para saintis berbeza pendapat tentang punca nyanyian ini, Marco Polo telah pun menyatakan pendapatnya tentang punca bunyi ini. Nyanyian Syaitan.

Cara bermain pasir di sini senang sahaja. Panjat bukit pasir itu, (nota: adalah sangat memenatkan mendaki bukit pasir itu) dan menggelongsor turun. Semasa sedang menggelungsur itu akan kedengaran bunyi yang seakan "wooo~ wooo~" (nota: cara membuat bunyian ini hendaklah menggunakan hidung. Disebut "wo" bukan "wu" dengan harakat yang cukup) . Maka mengertilah aku mengapa Marco Polo kata macam bunyi nyanyian Syaitan.

Seronok juga dapat berpeluh mendaki bukit pasir ini. Maklumlah, musim sejuk ni susah sikit nak berpeluh.

Sunday, December 27, 2009

Rentetan Entri Lepas


Aku kata kepada Markov, "Weh aku buh dalam blog tau gambar ni,"

Markov tanya, "Kau ada blog eyh?"

Aku angguk sambil kata, "A'ah,"

Dia pun buat mimik muka sambil kata, "Gila gay!"

Friday, December 25, 2009

Hujan Emas Hujan Batu









Hari Juma'at pertama aku di sana, aku dibawa berjalan oleh kawan sekolah rendah aku, erm, kita panggil dia Markov, jauh ke selatan Qatar ke satu daerah bernama Mesaieed. Tujuannya? Main benda alah ni. Aku pun tak ingat apa entah nama benda alah ni.

Bukit kat gambar pertama tu ialah bukit pertama dan terakhir aku naik. Sebab masa turun tu aku gelabah sebab brek tak makan dan 'motor' aku menggelongsor ke arah khemah-khemah putih tersebut. Aku baru bercadang nak terjun dari 'motor' tu sebelum enjinnya tiba-tiba mati. Nasib baik. Balik tu aku pusing satu round bukit tu. Haha.

Gambar terakhir pula jurugambar silap timing. Kalau tak boleh nampak aku tengah betul-betul di udara. Memang best.

Ini adalah antara tempat yang seronok aku lawat. Kenapa? Sebabnya, tak sah la datang negara Arab tak jumpa padang pasir. Kan?

Sunday, December 20, 2009

Aku Terlupa Nak Tunjuk Gambar Ni

masa tulis entri memandu di Qatar hari tu.



Boleh dikatakan ini adalah antara gambar yang aku ambil dengan penuh emosional.



Sungguh.





















Tada!




notakaki: Baru lepas menonton Avatar 3D. Adalah terbaik! Aku kira ia sebagai muvi terbaik tahun ini.

Friday, December 11, 2009

Hujan Emas Hujan Batu

Jawapan kepada entri lepas.

Jadi, sebaik aku duduk di dalam kapal terbang, aku mula memikirkan perkara yang aku betul-betul rindu di Malaysia. Oh semestinya selain dari tiga 'K'; Keluarga, Kawan, Kekasih. Atau kalau ikut turutan Keluarga, Kekasih, Kawan. Hehe.

Aku tertanya diri sendiri, adakah aku rindukan Malaysia? Apakah sebenarnya yang aku rindukan? Makanan? Tak sangat. Mungkin sebab di sana, Emak boleh memasak. Jadi sehari paling koman, sekali la makan nasi. Setakat nasi lemak tu, pejam sebelah mata pun Emak boleh buat. Cuaca? Sedikit sebanyak. Tapi seronok juga berada di sana sewaktu musim sejuk. Tengaharinya terik, tetapi anginnya dingin amat.

Akhirnya aku sedar, aku rindu untuk memandu di Malaysia. Aku rindukan memandu dengan kelajuan 120kms di MRR2. Aku rindu memandu di sebelah kiri jalan. Aku rindukan pemanduan dengan kadar bunyi hon yang sangat minimal.

Baiklah, mari kuceritakan pengalaman memandu di Qatar.

Pertama sekali pastinya perlu diperkenalkan konsep pemanduan di sana. Tidak seperti di Malaysia tetapi seperti di Amerika, tempat duduk pemandu letaknya di sebelah kiri dan pemanduan dilakukan di sebelah kanan jalan. Jalan di sana cantik. Tapi banyak bulatan. Roundabout. Macam kat Shah Alam. Tapi kebanyakan bulatan sekarang dalam proses penstrukturan semula menjadi simpang empat. Macam Simpang Ampat kat Melaka. Hehe.
Dan untuk pengetahuan kalian, kereta macam kat atas ni, aku jumpa 6 kali! Semua berlainan warna! Kat Malaysia nak jumpa sekali pun susah. Jadi kalian mungkin boleh mengagak lah kan, kereta di sini murah-murah. Ferrari aku jumpa sekali, Corvette 3 kali, Viper sekali. Samada kereta di sini sangat murah atau orang di sini sangat kaya.

Oh bukan, aku cuma memandu Honda Stream.

Kalau orang tanya "Macam mana drive kat sana?". Jawapan yang pasti ialah "Menyakitkan hati". Sungguh. Ada dua sebab.

Satu, seperti yang aku dah nyatakan, kereta di sana mewah-mewah dan berenjin kapasiti tinggi. Kenbanyakan jalannya pula cantik dan lurus. Masalahnya, spidlimit di sana untuk jalan bersaiz MRR2 ialah 80kms. Lebih teruk lagi, lebih kurang setiap 1-2 kilometer, ada kamera. Kalau nak dinisbahkan kepada MRR2, diorang pasang kamera kat setiap flyover kot. Mana tahan bawak kereta sedap-sedap tapi boleh bawak slow je.

Lagi satu yang menyakitkan hati ialah, sikap pemandu di sana. Secara ringkasnya, macam haram. Kalau dekat lampu merah tu, tangan diorang macam dah sedia nak tekan hon bila lampu hijau. Lepas tu perangai kedekut, tak reti nak bersabar. Aku rasa drive dekat KL kira boleh tahan mencabar dah. Tapi bila sampai sana, ternyata orang KL boleh dikira sangat bersopan-santun di jalan raya.

Lepas tu, saman diorang bukan calang-calang. Kalau kena tangkap dengan kamera pasal hadlaju, biasa je kena QR300. Oh ya, hari tu Emak tukar duit RM1000 dapat QR1100. Lebih kurang jela QR dengan RM. Ok sambung. Yang mautnya, kalau langgar lampu merah. Macam aku cakap tadi, dekat sini banyak bulatan dan banyak yang dah ditukar kepada simpang empat. Setiap simpang empat ada kamera. Every. Kalau kantoi langgar lampu merah, QR3000. Amacam? Aku sempat tengok 2 kali, kereta brek sampai tayar berasap sebab tengah laju nak sampai dekat trafik light. Sekali lampu hijau berkelip, terus kelam kabut dia brek. Siapa tak takut 3000 melayang camtu je.

Aku rasa tu je kot cerita aku memandu kat sana. Minggu pertama tu kekok banyak gak la, sebab belah kanan aku besar. Selalu sebelah kanan pintu. Hehe. Minggu kedua tu dah tak kekok dah. Cuma yang aku perasan, kalau dekat jalan 3 lane, aku masih prefer untuk memotong dari arah kanan. Tapi dekat jalan 3 lane je la. Hehe.

Oh ya, sebaik sampai Malaysia, aku terus bersiap untuk pulang ke Kuantan esoknya. Of kos la memandu. Kekok sikit la. Tak banyak. Sekali-sekala tergelak sebab tangan kanan menggagau cari gear dan tangan kiri terkial nak bagi signal tapi tolak tombol wiper. Itu jela.

Bawah ni ada sikit-sikit gambar aku ambil sambil memandu. Amaran, gambar-gambar diambil oleh jurugambar profesional dalam keadaan terkawal. Jangan tiru aksi ini di Malaysia.






Wednesday, December 9, 2009

Baru Kusedar

Aku ingat aku ada tulis dalam entri terakhir aku dari sana. Bila aku buka blog sendiri, baca balik, baru aku perasan aku lupa nak tulis satu benda.

Sebenarnya aku nak tulis dalam entri terakhir tu apa yang aku nak buat sepanjang perjalanan pulang ke tanah air (peh syahdu la pulak tulis tanah air haha) dalam kapal terbang. Selepas membazirkan masa 3 4 minit berfikir, aku buat keputusan yang waktu dalam kapal terbang adalah waktu yang paling sesuai untuk aku renung balik, apa sebenarnya yang aku betul-betul rindu di Malaysia. Atau apa sebenarnya yang aku rindukan sepanjang aku di perantauan.

Sebab sepanjang aku di sana aku sibuk buat kerja sambilan dan berjalan-jalan melihat alam. Jadi kerinduan aku tidak jelas. Aku sekadar teringat sahaja kalau di sini begini, di Malaysia pula begini. Sekadar buat perbandingan. Tidaklah aku betul-betul "Oh aku rindukan Malaysia. Kalau di Malaysia, pastinya begini dan begini."

Jadi, sepanjang aku dalam kapal terbang, aku mahu fikir benda apa yang aku betul-betul rindu dan aku betul-betul mahu buat sebaik sampai di Malaysia.

Oleh yang demikian, kita tunggu jawapannya di entri akan datang.

Friday, December 4, 2009

Selingan

Esok aku balik Malaysia. Jadi ini kali terakhir aku mengepos entri dari luar Malaysia. Wah!

Kawan-kawan sekampus sekarang sibuk memeriksa keputusan SPM mereka, eh keputusan semester lepas mereka. Aku buat dono je. Sebab semester lepas aku tak bayar yuran dan ada 2 saman aku belum bayar. Saman trafik kampus.

Satu sebab lawan arus. Satu lagi sebab parkir di kawasan larangan. Pakgad yang saman aku tu tak tau kot aku ada blog. Kalau dia tau mesti dia tak berani nak saman punya. Aku pun tak tau kenapa dia tak berani. Aku rasa je.

Dah. Esok dah nak balik Malaysia. Aku rasa canggung pula tak beli apa-apa. Aku rasa macam nak beli buah tangan untuk kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat. Tapi aku jalan-jalan tak jumpa yang berkenan di hati. Esok dah nak balik. Tak sempat lah. Aku bawa balik gambar dan kenangan cukup lah. Kongsi dengan mereka.

Oh ya, masih ada yang bertanya aku ke negara mana. Kalau diteliti gambar plat kereta yang aku pos di sebelah rumah yang ada bendera Malaysia tu, akan kelihatan tulisan jawi berbunyi Qatar.


Oh ya, dalam entri lepas aku ada cerita yang pusat membeli-belah di sini menghadkan kemasukan hanya kepada yang berkeluarga sahaja. Ini ada sedikit gambar. Ditulis ikut tulisan rumi. Dibaca dengan bacaan yang cukup harakat.

Mereka berbual dalam bahasa Melayu. . Yang aku sempat dengar diorang cakap diorang sepupu, jadi ahli keluarga la. Yang lain aku tak dengar sangat. Lorat mereka terlampau pekat. Lorat mereka ni selalu kedengaran di KL sewaktu cuti hari raya.

Sunday, November 29, 2009

Raya Disirami Hujan Emas


Aku rasa macam tahi sahaja entri lepas.

Baiklah, mari cerita elok-elok pengalaman raya di sini. Tidak seperti raya korban orang melayu, di sini sambutannya sangat raya. Maksud aku, betul-betul seperti satu perayaan.

Pusat membeli-belah buat sale. Pokok tamar sepanjang jalan dihias dengan lampu. Sepanjang jalan juga ditanam dengan pokok bunga pelbagai warna. Merah, putih, kuning, merah jambu, ungu, biru, hijau, hitam, kelabu dan sebagainya.

Pusat tumpuan pelancong juga turut mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertunjukan pentas, pertunjukan bunga api di pantai, pertunjukan itu, pertunjukan ini. Pusat-pusat membeli-belah terkemuka pula menghadkan kemasukan hanya kepada yang berkeluarga sahaja. Yang bujang tak boleh masuk.

Nasib baik aku tengah jaga budak-budak ni. Jadi dapatlah aku merasa masuk satu shopping mall semalam.

Tapi nasib tak baik juga sebab tengah jaga budak-budak ni, aku tak dapat nak pergi tengok pertunjukan-pertunjukan di atas. Aku sekadar baca surat khabar arab je la pagi-pagi tengok gambar.

Nak ambil gambar sendiri tak dapat. Huhu.

Cuma satu benda yang aku sangat terkilan. Masjid di sini tak buat korban. Aku tanya orang tempatan kat mana ada buat qorban. Sekali dia jawab kot arab. Mana aku paham. Kalau dia jawab kot jawi tu tau lah jugak sikit-sikit.

Rilek je dia bawak macam tu kambing dia. Masa lampu hijau, menggelabah kambing tu sebab inersia. Habis gugur bulu kambing dia sikit-sikit.

Silap aku tak ikut kereta ni, tengok dia bawak pergi mana kambing ni kan?

Raya

Raya tahun ini, aku diselubungi rasa rindu.

Rindu kat keluarga aku. Keluarga aku yang sangat-sangat besar. Kawan-kawan. Aku mati kutu tak tau nak mengarut dengan siapa.

Aku rindu lembu dan aktiviti korban di Malaysia. Meriah. Sibuk. Seronok.

Rindu nak main bola. Aku rasa macam dah gemuk.

Erm, kat sini solat eid ikut sunnah, solat di kawasan terbuka. Susah nak cari masjid yang solat eid dalam masjid. Tapi di sini bolehla, banyak kawasan lapang. Kalau di Malaysia, padang jela yang lapang. Padang pula basah pagi-pagi.

Emak sibuk cuba buat panggilan ke Bapak di Malaysia. Boleh kata tiap hari Emak asyik nak kol je. Jeles aku. Malam raya pukul 9 lebih, baru Emak dapat kol Bapak. Dekat Malaysia dah dekat pukul 2 pagi dah. Bapak dah atas katil siap berselimut dah katanya. Aku sekadar dengar dari tepi je. Emak buat panggilan guna internet. Guna speaker laptop je bercakap.

Pagi esok aku bangun dalam keadaan keliru. Aku mimpi pasal kekasih. Tak payah hurai la kot. Malu.

Oh ya, semalam hari jadi seorang pemblog. Hari ini hari pertunangan seorang pemblog senior dan juga hari perkahwinan klasmet aku.

Secara jujur, aku cemburu.















Eh, tah pahape la aku rasa entri aku ni. Haha.

Thursday, November 26, 2009

Hujan Emas Hujan Batu








Fuh, susah juga nak curi masa nak apdet blog ya. Hehe.

Hari pertama aku di negara orang dihabiskan di hospital. Sebab anak kepada tuan rumah yang aku tumpang ini demam panas. Lebih 3 jam juga aku di sana. Mula-mula anaknya itu disuruh mandi supaya suhunya turun dari 40 darjah. Kemudian dia diberi 3 suntikan.

Di sini baru nak masuk musim sejuk. Musim sejuk di sini tidaklah bermaksud ada salji. Cuma suhunya lebih dingin. Jadi bila musim sejuk tiba, mereka sangat galak menanam bunga sebab kalau musim panas, kalian sedia maklumlah kan. Gambar di atas semua diambil di hospital sementara menunggu.

Gambar last tu aku bajet boleh buat gambar di kalendar tu. Ahaks.



notakaki: Jangkakan lebih banyak entri gambar. Almaklumlah..

Monday, November 23, 2009

Burtuqal!


Kalau diteliti gambar ini, kalian akan tahu kenapa aku tak apdet kerap sangat.