Aku main tulis je, jadi sangat berterabur. minta maaf.
sangat panjang. panjang giler!
bacaan hujung minggu mungkin.
Ok fine
ramai dah tahu identiti sebenar MatematisMuda
sebagai Nabil
dan ramai juga yang mengenali Nabil di dunia luar
Dan Nabil yang mereka kenal
mesti begini dan begitu
oh kejap
lupa nak bagi intro
entri ini adalah berkaitan dengan
komen dan tulisan
Ok sambung
Aku menulis
ada matlamat
bukan sekadar berkongsi cerita kehidupan seharianku
tentang
aku makan apa
aku jumpa siapa
aku bercinta dengan siapa
atau apa apa lah
Bukan sakadar itu sahaja
aku tak kongsi benda yang tak perlu
atau tak menarik
atau mungkin menarik tapi tak perlu
atau wuteff
tapi yang penting
semuanya mesti ada matlamat
Aku, Jaed, Dammit, Jagatraya
kami seangkatan
kami punya matlamat yang berbeza
dan cara yang berbeza
kalian pun
Aku
sebelum berblog
aku dah tetapkan siapa target readers aku
apa yang akan aku tulis
bagaimana reaksi yang aku inginkan
dan sebagainya
Ia bukan sekadar tulisan
atau
mungkin lagi sedap
kalau disebut begini;
Ia bukan sekadar blog
Memandangkan cik anonymous telah memberi komentar sedemikian rupa dalam dua entri tersebut, maka terpaksalah aku bongkarkan kisah sebenar.
Sebenarnya, kisah cinta aku dan Jenny adalah palsu semata-mata. Ya palsu! Tipu! DUsta! Gelarlah apa kamu suka, hakikatnya ia tidak benar. Segala cerita yang ada kaitan dengan Jenny aku reka (termasuk cerita ABC tu. Anony, silalah tersipu-sipu hehe). Situasi tersebut tak pernah berlaku. kami cuma kenalan sahaja. Kami dah pakat. Tugas Jenny ialah memainkan watak perempuan. (Kudos to Jenn for her cooperation). Dan aku tulis apa aku ingin tulis.
Mengapa perlu aku menipu? Sebabnya, sasaran pembaca aku, bukan orang yang mengenali aku. Ya, bukan kamu anonymous. Bukan juga kamu yang seadng membaca ini, yang mengenali diri ini.
Jadi sekarang kamu tahu kan, kenapa aku bangkitkan isu isi tersirat dalam
entri ini. Bagus.
Huraian lagi mengenai kisah cinta aku dan Jenny. Aku ingin menulis tentang hubungan lelaki dan perempuan. Tapi mesti bosan kan? Siapa nak baca? Kamu rasa berapa ramai yang akan baca kalau blog CDR jadi macam blog agama. Berbincang tentang isu fiqh, isu hukum hakam, isu tauhid dan sebagainya. Bukan tak ada. Tapi yang datang pastinya yang mencari atau yang ingin kan nya.
Itu lah sebabnya aku sampaikan dalam bentuk cerita. Dan cerita kena ada watak. Nak bagi best, watak dia mesti dua-dua blogger. Nak kurangkan karenah, watak laki dan perempuan tak boleh satu universiti. Nanti jenuh nak menjawap di universiti. Jadi ringkas kan cerita, aku pilih Jenny, sebab dia pun sempoi dan boleh tahan gila-gila gak.
Jadi sekarang kalian pergi baca balik semua entri tentang aku dan Jenny, dan baca di antara dua baris.
Cerita cinta sebenar aku, biarlah rahsia. Hakikatnya, memang rahsia pun. Tak percaya tanyalah teman-teman serumah denganku. Kalau ada pun seorang sahaja yang tahu, sebab dia macam serabut sikit (haha). Even
jiran-rumah-sebelah pun tak tahu. Percaya tak? Percayalah. Lagipun ada hadith bunyi lebih kurang, "rahsiakanlah pertunangan, iklankanlah pernikahan." Malam tadi baru aku tahu hadith ni lemah. Tapi sebab part "iklankan pernikahan" itu sangat kuat, ulama' tetap sebarkannya.
Bagi aku, kalau dah berpasangan, eloklah ia dibiar rahsia dahulu. Sebabnya, even kalau dah bertunang pun masih tidak halal untuk kita berpegang-pegang tangan atau bermanja-manjaan.
Inikan pula baru bercintan-cintun. Petuih! Hehe.
Cerita selingan
Malam 18 Syawal lepas
aku ke UIA Gombak dengan Jaed
dia jumpa kawan
Lama
aku bosan tunggu sebab bila aku pergi ke bilik kenalan di sana, kenalan tiada di bilik. Jadi, aku hubungi bekas kekasih dan kami bertemu. Ya, bekas kekasih pelajar kampus Gombak, pergilah selidik sekarang. hehe. Ia adalah pertemuan pertama setelah kami mengisytiharkan hubungan kami tidak lebih dari kawan.
Balik dari pertemuan itu, sebelum tidur, aku menggatal dengan kekasih aku sekarang. Kemudian, tidur. Bangun pagi esok, ada dua mesej. Mesej pertama dia tegur aku sebab menggatal. Mesej kedua dia cakap, "Nak cakap macam tu boleh, tapi lepas kahwin la," aku senyum-senyum. perasan diberi klu ajak kahwin. Haha.
Sangat perahsantan. Hehe
Ok kembali ke entri asal.
Oh ya, kenapa mesti cerita cinta? Sebab manusia sukakan cerita cinta. Terutama yang berbangsa melayu, sebab itu novel melayu hampir semua berasaskan cinta. Jadi aku melihat ia sebagai market, dan aku buat entri cinta.
Erm apa lagi nak cakap? Mungkin aku harus minta maaf sebab menipu. Atau mungkin lebih tepat kalau aku cakap minta maaf sebab memanipulasi status kalian sebagai pembaca. Yang hanya mampu percaya apa yang aku tulis.
Lagi pasal hubungan laki perempuan. Bagi aku, tiada istilah kawan baik antara laki dan perempuan. Itu cuma pendapat peribadi. Aku tak selesa baik atau rapat dengan perempuan. Aku ada nyatakan dalam permainan
tag yang ini. Sebab nya? Dengan perempuan, kita terhad. Contoh kalau dia ada masalah, datang luah pada aku selaku teman rapat dia. Kemudian dia nangis. Apa aku boleh buat? Setakat menyedapkan hati dengan kata-kata jela. Memang boleh nak pegang-pegang, '
come cry on my shoulder' pe sume. tapi dosa la kan.
Lagi cerita selingan
Kawan lama aku, luah perasaan dan beritahu masalahnya dengan lelaki. Katanya dia sekarang ada dua boipren, dua-dua dia dah selalu tidur bersama. Dia nak berubah, tapi tak punya kekuatan. Aku cakap, cari la kawan perempuan yang boleh percaya dan berbaik dengan dia.
Dia tak percaya sangat dengan kawan perempuan. Sebab sejarahnya selalu ditikam kawan sendiri dari belakang. Aku tanya apa beza dengan lelaki? Kami buaya. Auum! Dia kata lain, lelaki lagi senang nak nampak buayanya.
Aaa ya sebelum kamu kutuk dia, aku nak ingat kan kalian yang dia kawan aku. Bukan dia sabjek utama di sini. Sabjek yang kita tengah bincangkan ialah hubungan terhad antara laki dan perempuan.
Kamu lihat ya. Perbincangan tadi berlaku di Yahoo Messenger. Cuba bayang kalau aku adalah buaya paling kacak pernah kau lihat. Buaya bermulut super-duper manis. Sekarang bayangkan apa akan terjadi kalau kawan perempuan aku luah masalah sedemikian secara berdepan dengan ku. Kemudian dia nangis, aku main peranan watak supportive, hulurkan bahu, biar dia menangis, tenangkan dia, dan beritahu dia aku akan bimbing dia ke jalan yang lurus. Dan pelan-pelan kayuh, dua tiga kali berjumpa, dia jatuh hati, giliran aku pula dapat mempermainkan dia. Kan?
Oh jangan bimbang. Aku bukan begitu. Aku bukan kaki perempuan sebab kaki aku sasa dan berbulu.
Cuma aku takut dengan perempuan. Tapi bukan macam
pencinta cheong sam di KB Mall. Huhu. Aku semacam risau dengan mekhluk Tuhan bernama perempuan ini. Perasaan takut seperti kamu rasa mereka akan terkam kamu sebab kamu sangat hot. Uuu takutnya..
Jadi sekarang bila dah jadi begini, dah tak seronok kan? Aku berprasangka, mesti kalian ingat tulisan aku selepas ini mesti tipu lagi. Erm tapi bagus juga kan? Entahlah. Kalau sebelum ini aku berkira-kira untuk mengubah cara penulisan atau penyampaian. Tapi sekarang aku rasa macam nak tutup terus CDR. Sebab dah kurang fun. Kurang thrill nya.
Aku dah terasa macam kes dalam
entri magenta yang ini. Kes menipu juga, tapi dia bermotifkan duit. Aku? Bermotifkan tumbuh-tumbuhan. Eh, takde kena mengena. Sori.
Ok aku nak cerita pasal 'ustaz' thingy plak. Macam dalam komen-komen sebelum ini. Ada beberapa yang menyebut tentang, takkan nak tunggu jadi ustaz baru boleh bercerita tentang agama. Ini antara masalah agamawan di antara kita ni. Sebab kita terlalu mengistiadatkan agama. Neem ada cerita pasal benda ni dalam
entri ini. Jemput baca. Antara kita juga boleh tahan ramai yang beranggapan agama itu sesuatu yang...yang apa ya..erm kira nya macam Neem cakap lah, tidak menganggap ia sebagai satu cara hidup.
Bagi sesetengah orang, (bukan tuju kat cik anony sahaja, ramai lagi) agama itu hak para ustaz. Kamu doktor pergi rawat pesakit. Kamu dentist pergi cuci gigi. Kamu mekanik, pergi baiki kereta. Matematis, kamu genius. Oh, keluar topik. Selalunya begitu lah. Sedangkan agama adalah milik kita semua. Doktor, akauntan, cikgu bio, cikgu BM, apa sahaja pekerjaan nya, selagi dia Islam, dia perlu menyampaikan. Sebab itu, walau apa jua pekerjaan kita, kita kena tahu tentang agama yang kita anuti ini.
Ish dah panjang sangat pula rasanya entri aku ni. Dah lah kot.
Chiao
eh silap
Nabil kena bagi salam
Assalaamu'alaikum
notakaki: Aku sarankan kalian baca majalah i edisi oktober ini. Ada temu bual dengan Tok Guru Nik Aziz tentang cinta sebelum berkahwin. Siriyes menarik.