Thursday, June 25, 2009

Aku Beria-ia Hidupkan Komputer Riba

Sambungkan talian internet

Klik ikon Mozilla Firefox sampai tiga kali
punyalah excited

Keluar je tetingkap guugel
aku taip laju-laju
blogger dot com

Klik kat butang entri baru



Sekarang aku dah tak ingat apa yang aku nak tulis tadi

Duh~



Orang panggil apa peristiwa macam ni?

Memang menyakitkan hati kan?

Bukan apa
malam tadi perkara macam ni berlaku
di meja makan

Bukan aku
tapi kawan aku

Dia nak cakap satu benda
pastu tetiba terdiam

"Apa dah aku nak cakap tadi..."
dia berkata perlahan
separa bertanya kepada diri sendiri
dan separa diajukan kepada kami

Mana kami nak tahu apa ada dalam kepala dia kan?

Giler spoil kan?

Mood dah setting baek punya nak dengar cerita
tetiba member tak ingat apa nak cerita

Yang lagi sakit hati
bila dia dah ingat
dia akan jerit

"Aaa, aku ingat dah,"
dan kami menoleh ke arah dia
dengan telinga sedia tertadah

"Semalam aku pegi orang kahwin, lewat gile, pukul 4 baru sampai,"



Senyap



"Lepas tu?"
aku beranikan diri bertanya

"Tade pe, tu je,"

See?

Sakit hati gile kan?



Oh ya
aku dah ingat apa aku nak cakap tadi

Pagi tadi aku joging 4 klik (baca: 'four clicks' macam dalam cerita Transformers 2)

Dah tu je

Babai~

Tuesday, June 23, 2009

Entri Panas Badan

Atau lebih tepat
panas atas

warm up

Hehe

Lame~
boo huhu

Baiklah
sementelah ini entri pertama setelah
sekian lama huru-hara

Aku fikir
adalah lebih baik
aku tak tulis panjang-panjang dulu

Kita layan lagu satu raun dulu

Yeeha
haha

http://www.youtube.com/watch?v=KwOPQLgzMBs


Oh ya (lama tak taip ayat ni huhu)
aku kira ini video Kiss versi 'sopan' sikit lah kot
hehe

Bak kata Puteri Rock Malaysia,
"Are you enjoys?"

Haha



notakaki: Terima kasih buat semua yang berkenaan.

Wednesday, June 10, 2009

SPR

Sistem Pesanan Ringkas


Oi oi apdet a blog
Oi kenapa?
Tak aci a
Gila takleh pakai alasan. Apa yang tak aci?
Yela yela boring la hang dah tak menulis
Haa cakap la kau rindu kat aku kan senang hehe
Aku bukan rindu kat hang. Aku nak baca tulisan hang ja.
Buwek~ kao rindu kat aku~
Yela yela aku rindu kat hang. Apdet blog na pasni?
Malas! haha
Na'aram!!!

Friday, May 29, 2009

Masih Lagi Pasal Bola

Dalam entri lepas aku ada sebut
yang aku akan menyertai kejohanan futsal

Tak banyak yang boleh diperkatakan sangat
yang aku boleh cakap
kejohanan ni
taklah besar sangat
tapi tidaklah lekeh sangat
dengan penyertaan individu-individu
yang bertaraf mewakili universiti

Cuma satu perkara
yang betul-betul aku pelajari dari kejohanan ini ialah
kalau nak buat team, kena cari keeper!

Itulah masalah pasukan kami
Forbidden FC

Ditubuhkan semasa kami di pusat asasi
dari kejohanan pertama kami sertai
kami mempunyai masalah keeper
yang mana telah menyebabkan kami tewas perlawanan akhir
pada kejohanan pertama tersebut

Dan setiap kali ada kejohanan
kami akan mula mengintai mana-mana individu
yang boleh/sanggup untuk jadi keeper
untuk Forbidden FC

Hinggalah kami memasuki universiti
perbezaan kampus menyebabkan
pasukan ini terkubur
(padahal aku sorang je kampus lain)

Hinggalah baru-baru ini
ada kejohanan diadakan
dan kebetulan aku mengambil semester pendek
di kampus yang sama dengan mereka
maka kembalilah kami
Forbidden FC re-united (kalau silap baca jadi macam Man United haha)

8 pemain dikumpulkan
dengan pengecualian seorang yang tak dapat turut serta
disebabkan kecederaan
dan cuma memberi sokongan moral dari meja komputernya

Tiba lah hari kejohanan
kami
takde
keeper

Apa nak buat

Salah seorang pertahanan kami
dilantik menjadi keeper secara paksa-rela

Syukur setelah dua perlawanan peringkat kumpulan
kami telah kompom layak ke peringkat seterusnya

Jadi perlawanan terakhir peringkat kumpulan
aku jadi keeper
sebab yang jadi keeper sebelum tu nak merasa gak main

Hasilnya?

Aku telah melakukan kesilapan besar
dengan menampilkan aksi cemerlang
jadi aku di'request' sepenuh hati (pergh ayat boleh bla! haha)
oleh semua pemain Forbidden FC
untuk jadi keeper bagi perlawanan seterusnya

Maka aku jadilah keeper
sampai final
menang 3-0

Rekod aku jadi keeper
cuma bolos 3 kali
dengan 2 daripada 3 gol tersebut adalah gol sendiri

Ucapan tahniah dan terima kasih
buat pasukan Forbidden FC
Bade', Temet, Anep, Hafiz Dasar, Ashrul Amahl, Tuan Azhar, Awang

Kalau nak tengok gambar dan ulasan lanjut
sila berfikir dengan jenius hehe



Entri ini ditulis dengan penuh rasa bangga sebagai penyokong Manchester United
Sekian

Entri Bola Lagi

Aku dah tulis panjang juga sebenarnya tadi
berjela gak la
tapi kemudian
aku tekan Ctrl+A
Del

Hehe

Ok la
macam ni

Kalau aku nak bagi contoh
untuk siapa yang tengok siri House
yang tahu tentang Penyiasat Peribadi
yang House upah tu

Dia akan memberi respon
bukan mengikut hatinya
sebaliknya buat apa yang dia rasa sepatutnya

Sebagai contoh
kalau orang cakap
"Eh kau ni bodoh la,"

Sebanarnya dia tak kisah sangat pun
tapi dia tahu
sepatutnya
orang akan marah bila dikata sebegitu
maka dia akan marah

Sebenarnya aku nak cakap
untuk bukan penyokong Barca
yang sokong Barca semalam

Kalau korang dok kutuk-kutuk
penyokong MU tu
kalau ada yang naik angin
tak payah nak pelik lah

Pikir balik la apa motif korang cakap tu

Bukan ke memang nak sakitkan hati penyokong MU ke?

Jadi kalau ada yang melenting
tak payah a poyo nak cakap
"Itu pun nak emo,"

Sebaliknya cakap
"Ok, matlamat tercapai,"

Ok?



notakaki: TV tempatan tak buat liputan sangat tentang kemenangan Barca bukan sebab diorang bias terhadap MU tapi kita memang bias terhadap Liga Inggeris. Tak kisah lah MU atau Liverfool atau Chel-haktuih-sea atau Arsengal. Sekian. Saya emo.

Thursday, May 28, 2009

MM Adalah Penyokong Pasukan Syaitan Merah

Jadi
MM pergi menonton bola
dengan semangat kesukanan yang tinggi

Di kedai tersebut
MM duduk di meja bersama 5 yang lain

3 penyokong Liverfool
sorang penyokong Shellsea
sorang penyokong refree (berkecuali)

Jadi
MM pun cakap

"Aku tak suka a duduk meja ni. Ada meja lain yang kosong tak?"



Keputusannya
Manchester United buat julung-julung kalinya
menjadi pasukan kedua terbaik

Aku harap kalau ada pemain Syaitan Merah yang tiba-tiba baca blog ni paham lah apa yang aku tulis ni.

Tahniah buat kalian.
Sekian.

Friday, May 22, 2009

Oh Cintaku

Hari ni hari jadi cinta hatiku

Entahlah
selepas tengok cerita Passengers
baru-baru ini
aku jadi lebih mengingati/menghargai manusia-manusia (bukan orang-orang ye)
yang aku cintai

Lebih spesifik lagi
keluargaku

Bakal keluarga aku tak kisah sangat lagi
sebab belum jadi lagi kan
nak sayang lebih-lebih buat apa
haha
kamu kena tunggu turn dulu la ye
hehe

Ops

Jadi
hari ini ulangtahun hari lahir Emak

Hmm...













Aku ingat nak buat entri panjang-panjang
tulis pasal Emak
tentang betapa Emak seorang yang cool, comel, garang, penyayang, pandai masak dan hu ha hu ha sebagainya
tapi bila pikir balik
ditambah dengan kemalasan aku menulis sekarang
idea tu ditolak

Sebab aku rasa
cukup sekadar aku beritahu
bahawasanya
aku sangat bersyukur dapat seorang Emak (dan Bapak)
seperti mereka
kerana hasil didikan mereka
aku berjaya jadi orang

Oh aku sangat bersyukur pada-Mu wahai Tuhanku

Eh aku teringat satu cerita

Dulu masa awal-awal sekolah menengah
aku ada cakap kat kawan aku
tentang apa yang aku nak jadi bila dah besar nanti
bila dia tanya "Apa?"
aku akan jawap

"Aku nak jadi macam bapak aku, hensem. Kerja bagus. Ada bini lawa. Anak-anak comel. Memang bahagia lah."

Tapi kalau sekarang tanya aku
mungkin jawapannya lebih kurang
cuma yang bahagian tebal tu akan ditambah dengan
"...comel, jenius pula tu."

Aku rasa itu lebih tepat,
kan?



notakaki: Wiken ni ada kejohanan futsal. Main dengan makhluk ini. Kalian doakan kami ye. Oh ya jap lagi nak balik rumah jap. Malam esok nak dinner kat KL Tower. Wuhuu~ haha. Jadi, jangan pelik kalau takde apdet dalam tiga empat hari ni ye. Tata~.

Wednesday, May 20, 2009

Seksyen Baru Di CDR

Perhatian
entri ini telah didilit

Harap maaf

Kalau nak tau kenapa
sila baca komen Jaed

Aku rasa aku pun sangat bersetuju dengan dia

Aku rasa tujuan aku buat segmen tu pun
sebab aku nak cari sebab
untuk aku apdet

You see
when people request for it
perasaan perlu untuk apdet itu akan lebih tinggi

Tapi bila pikir-pikir balik
bila masa pulak aku kisah dengan perasaan orang
berapa puluh tag entah aku tak buat

Aku tak buat bukan sebab aku tak suka tag
tapi sebab tag tersebut adalah kena buat
jadi
aku tak suka kena suruh
aku tak buat

Suruh dengan request lain kan?

Ah gasak lah

Pasal segmen tu
biarkan ia menjadi sejarah

Samada sejarah akan berulang atau tidak
kita tengok bila album baru Tomok akan keluar
hahaha



Pape pun
Nani
kau punya idea cambes gak sebenarnya

Kita tengok lah nanti macam mana ye
hehe

Akhir kata
kami dari krew produksi CDR
ingin meminta maaf
atas sikap malas MM yang macam ****** itu

Sekian
minta maaf banyak-banyak

Tuesday, May 19, 2009

Aku Dengar Dia Sebut Macam Hullahup Pun Ada

Haha

http://www.youtube.com/watch?v=xx-Ia0kO-fk


Kenal tak dengan budak comel ini?

Aku rasa ramai je yang kenal dengan si comel
dari Romania yang berumur 7 tahun
bernama Cleopatra Stratan ini

Tapi aku rasa ramai yang kenal dia
melalui lagu/video Githa

Lagu ini dari album kedua dia
yang Githa tu album pertama dia

+-x/+-x/+-x/+-x/+-x/+-x/+-x/+-x/+-x/

Maaf lah lama tak apdet

Bukan aku takde idea
tapi terlampau banyak nak ditulis
dan pada masa yang sama
kepala otak jenius aku ni malas nak berfikir
jadi idea-idea tersebut
tak ubah seperti buah durian yang masak ranum
gugur takde orang kutip

Masuk angin keluar asap je

Aii dok sebut-sebut durian ni terliur la plak

Tak boleh nak menulis dah
kepala otak dok pikir nak cari mana durian ni
haha



Oh lupa nak letak amaran
dalam video tu ada gambar swine
jes in kes takut ada yang tiba-tiba
mengalami geram yang melampau je
melihat swine yang comel minum susu
haha

Haha swine~ swine (sambil geleng-geleng kepala)
comel betul kamu



Oh ya dammit
tak silap aku dia masuk Book of World Record
sebab artis paling muda berjaya buat album

Gila
aku baya dia ni tengah buat album setem kot
tu pun sebab nak tukar-tukar setem dengan aweq kat tadika
haha

Hai Kawan-kawan

Yela yela
petang nanti saya apdet la