Monday, January 25, 2010

Siri KJ: Dera Anak

Bukan khutbah Juma'at baru ni pun. Juma'at 3 minggu lepas.

Khutbah hari ini dimulakan dengan sedikit introduksi dengan memetik beberapa kes dera yang hangat di media masa. Kita sendiri sedia maklum, baik kanak-kanak didera amah, amah didera majikan, mahupun anak sendiri didera ibubapa adalah antara berita-berita yang tidak putus di ruangan berita semasa nasional.

Tidak pernah tamat.

Dan seringkali pabila mendengar tentang berita sebegini, kita menuduh ibubapa atau amah yang mendera kanak-kanak tersebut sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan, lebih teruk dari binatang, dan sebagainya.

Kita kasihan melihat anak sekecil 2 tahun sudah dibelasah bagaikan bukan hidupan. Kita tumpang sedih. Ada yang sehingga menitis air mata melihat keadaan mangsa dera.

Tetapi, khutbah juma'at hari ini, mengajak kita berfikir, andai kanak-kanak tersebut dibiarkan hidup. Dilimpahi kasih sayang.

Hingga satu ketika, bila mana Si Ayah bangun pagi mahu ke masjid, dilihatnya Si Anak sedang nyenyak tidur di ruang tamu. Dek sayangkan Si Anak, Si Ayah lantas start enjin motor, dan terus Subuh di masjid. Katanya, "Kasihan anakku penat. Biarlah dia tidur. Agaknya tengok bola malam tadi."

Apakah kita merasa kasihan kepada mereka ini. Kita kasihan kepada anak-anak yang membesar menghadapi penderaan fizikal. Apakah kita kasihankan anak-anak yang didera secara spiritual (aku tak pasti terma ini betul atau ada terma yang lebih sesuai).

Jika kita ingin melihat masa depan sesuatu bangsa, lihatlah kepada remajanya.

Bila aku dengar khutbah ini, aku rasa sedikit sebanyak ada kaitannya dengan isu nama Tuhan. Kita boleh tengok ada dua golongan. Golongan membangkang dan golongan menyokong.

Abaikanlah apa pun pendirian kita. Agak-agak, kalau rayuan tu ditolak nanti. Atau dalam erti kata lainnya, Kristian boleh menggunakan perkataan Allah dengan maksud Tuhan, apakah kita bersedia untuk tempoh masa lima atau sepuluh tahun akan datang?

Agak-agak boleh jawap ke soalan-soalan cepumas anak-anak kita nanti? Atau sekadar mahu jadi seperti Ibu Ameena?

6 comments:

wordsmith said...

panjang.tp...
hm.

wordsmith said...

mcm makan ayam phirod yg xpedas.

shamel said...

hmm.. see. Seriously kitorg pon tabley answer in case anak2 tanye mase depan nanti. Good khutbah review. Eh, buat la slalu. Bagus utk org yang.. well.. tertido.

Kuey-san said...

Siri KJ datang lagi :)

apa khatib tuh cuba sampaikan? Ayah biar anak tdo sebab kesian anak tdo lambat tgk bola? Tp tak kesian anak berdosa dek terlepas solat subuh?

camtuh ke?

Matematis Muda said...

wierdsmith,
thanx

shamel,
kalau aku tak tido boleh a buat review hehe

kuey-san,
itu bukan khatib ckap,itu aku cakap..cuba bagi contoh diberi kasih sayang scr duniawi dgn mengabaikan ukhrawi..
kelak anak itu membesar dgn x kisah tinggal solat..

Anonymous said...

teringat kisah nabi khidir dgn nabi musa. nabi khidir bunuh anak muda tu sebab takut nanti bile die besar, die akan pengaruh mak ayah die yang muslim tu. macam applicable je dengan situasi sekarang.