Wednesday, January 13, 2010

Isu Semasa

Aku tak dapat nak apdet sedap-sedap sangat kebelakangan ini sebab kepala aku tengah serabut. Maksud aku, otak aku serabut. Rambut aku memang dah sedia serabai.

Well, semua sudah sedia maklum tentang isu Allah ini. Ramai juga yang secara peribadi bertanyakan pendapat aku. Kalau sebelum entri ini ditulis, jawapan aku begini;

Kes ini aku samakan dengan kes kalau Proton keluarkan kereta baru dengan nama Kancil. Memeningkan bukan? Setiap kali nama Kancil disebut, perlu ditanya Kancil Proton atau Kancil Perodua.

Pun begitu, jika ada yang bertanya lebih lanjut, aku akan jawap aku tiada pendirian tetap lagi (waktu itu). Aku mahu membangkang tapi aku rasa tidak salah juga mereka guna nama ALLAH. Aku mahu menyokong tapi aku rasa ia seakan memeningkan.

Bahagian yang paling memeningkan aku ialah apabila ada hujah yang menyatakan, nama Allah sudah wujud sebelum kedatangan Islam. Lihat sahaja nama ayah nabi kita sallallahu 'alaihiwasallam, Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tetapi pening juga aku bila tau yang musyrikin jahiliah memang refer Allah sebagai Tuhan yang Satu tetapi Ilah dan Rabb untuk Tuhan yang lebih jeneral atau lebih am. Laa ilaaha illallah.

Contoh kepeningan yang bakal berlaku. Kristina berbual dengan Ameena. Kristina kata, "Aku baru lepas beribadat, aku minta pada Allah supaya persahabatan kita berkekalan,". Ameena pun jawab, "Aku juga berdo'a pada Allah moga persahabatan kita berpanjangan,".Ameena dan Kristina pun berpelukan sebelum berpisah.

Balik rumah Ameena beritahu pada ibunya, "Ibu, rupa-rupanya Kristina pun sembah Allah ya ibu? Tadi dia cakap sama Ameena, dia minta pada Allah supaya kami akan berkawan selamanya." Si Ibu pun kata, "Hish, mengarutlah kamu ni Ameena." Si Ibu pun suruh Ameena pergi mandi.

Maka nanti perdana menteri pun mengisytiharkan kempen "satu negara, satu bangsa, satu tuhan, pelbagai agama". Orait?

Tetapi selepas aku dapat onlain malam ini, aku cari sedikit sebanyak bahan bacaan. Aku buka blog-blog ruji yang sudah lama tidak kukunjung. Aku bertemu dengan pautan berikut.


Aku baru terfikir, kenapa sesetengah dari kita berburuk sangka yang kristian mahu dakwah muslim masuk agama mereka dengan isu ini. Kenapa tidak kita ambil kesempatan ini untuk memberitahu mereka Allah kita lebih Agung, lebih Berkuasa dan lebih Hebat. Kita katakan kepada mereka kenapa Allah kita lebih lojik dan lebih relevan untuk disembah berbanding Allah mereka.

Andai kata mereka berpegang Jesus itu anak Allah, aku rasa tak lari jauh lah dengan konsep kita Isa itu Nabi Allah. Maksud aku, Allah yang sama kan? Tetapi kalau diorang kata Jesus itu Allah, haruskah kita berdiam diri atau biarkan sahaja kerana itu juga hak mereka?

Cuma satu aku pesan kepada kalian semua, berhati-hatilah. Jangan sesuka hati mengatakan sebenarnya kita semua sembah tuhan yang sama, bezanya cara sembahan sahaja. Akidah bukan boleh kita kira cincai. Islam itu mudah, benar. Tapi jangan kita mudahkan ia. Jangan sekali-kali kita ambil mudah tentang Islam.

Mengeluarkan kenyataan sedemikian mendekatkan diri ke lembah syirik. Kerana secara tidak langsung kita menyatakan agama lain juga benar dan layak masuk syurga. Hanya Islam agama yang benar di sisi-Nya.

Oh, saat begini aku rasa rugi pula biarkan pembaca CDR lari. Dulu, purata pembaca sehari 50-60, sekarang sekitar 20-30 sahaja. Kan dah susah nak kongsi ilmu.

13 comments:

Kuey-san said...

Itulah, orang dah cakap Siri KJ mendapat sambutan. Tak pun, siri MM 'berdrama' dengan blog reader dulu tuh.

HoHoHo

Saya jugak tak tahu nak beri pendapat pasal isu itu.


ps: Masih perlu banyak membaca

miSyuE's said...

xpe.. ade yg lari, tp ade jg yg baru dtg..
kongsi la ilmu kt cini.. xrugi pom.. insy ade org bace, xkira la pengunjung tegar ataupun org google.. :)

bawangmerah said...

tadi cakap kristina dengan ameena. tapi kenapa tetiba muncul nama najwa?

Darus Interferon said...

aku rasa Ameena tu terkejut Kristina ada Tuhan Allah juga, jadi terus terpengaruh dan tukar nama kepada Najwa.

Itulah kesan buruk yang MM cuba maksudkan.

Aku fikir lah...

Darus Interferon said...

hehehe,




analogi kereta kancil proton tu senang orang nak faham dude

ainunl.muaiyanah said...

oh kenapa tiba-tiba nama ameena tukar kepad anajwa. hairan.. nak uji sikap peka pembaca ke?

Merg@s_Tua said...

tu la..malas sangat apdet blog.kan dah kurang bilangan pembaca CDR..

nk komen pasal isu tu..hmm,patutnye pihak terbabit kena pikir panjang hal ni.sebab isu ni kan sensitif,knapa masih mau 'dijolok sarang tebuan'?knapa mau mengkonpiuskan akidah umat Islam?

haihhh..nk komen lebih2 kang takde pasal aku kena dakwa.huhuhu

nurdini izni said...

:)

takpe mm, biar sikit pembaca tp setia :)

suehanna said...

i like this post, thanks MM. like, i've been trying to let this thing, -the same one as you think, out for quite some time, cause i don't really get it why ppl are so angry with the whole penggunaan-nama-Allah. yg pergi surau ada yg marah, yg tak pergi surau pun mau marah jugak. that are some random things lah that i've read some time ago pasal benda ni.

anyway i guess, kita kena lihat dekat diri sendiri dulu la kan? how faith are we in Him.

Matematis Muda said...

Haha, tak perasan laa..ok dah tuka..
malam ni aku reply komen korang
kalau sempat aku tulis satu entri muahahaha

Matematis Muda said...

kuey-san,
hehe ok Siri KJ on the way

rehe,
aku bukan kisah sangat pasal berapa ramai..tapi siapa yang baca tu aku kisah..huhu

bawang,
tersasul huhu
mungkin sebab dua-dua berakhir dgn 'na' so tiba-tiba tertukar untuk nama seterusnya start dgn 'na' jugak hehe

atau mungkin sebab yang dinyatakan oleh Darus hehe

Darus,
aku pun fikir begitu hehe

ainul,
bukan nak uji..tersasul..huhu

Mergas,
lepas aku fikir2 blk bil baca komen kau kan..aku terfikir..sebenarnya isu ini yang sensitif atau kita yang terlebih sensitif?

Dini,
lagi bagus kalau ramai dan setia hehe

sue,
tepat sekali. ramai yang cakap tak serupa bikin. baik yang menyokong baik yang membantah. tapi aku lagi marah dgn yang membantah la. terlampau mengikut perasaan. pikir singkat.
haih.

MM,
malam ni konon..ini dah dekat tengahari oi! haha

aku rasa aku ni macam sangat kelakar la bila reply komen sendiri
hihi

alif zai mim ra said...

aku suke entri ni. teruskan ya, MM! :)

suehanna said...

ko ingat ko cute habis reply kat comment sendiri? haha :p