Sebelum ini, aku berfikir bahawa blog boleh dijadikan medium untuk berbincang dan berkongsi ilmu dan maklumat. Ada beberapa entri yang aku sengaja tulis dengan niat untuk dibangkang. Aku mahu biar pembaca tidak setuju dengan apa yang aku tulis.
Tetapi waktu itu, pembaca mengamalkan sikap kalau-tak-setuju-berambus. Yang mana aku dapati sangat mengecewakan aku.
Cuma lewat ini, aku seronok bila tengok beberapa blog yang ada pembangkang dalam ruangan komennya. Aku seronok membaca hujah-hujah mereka dan bagaimana mereka menjawapnya. Adapun masih ada beberapa yang kurang ajar, atau mungkin lebih tepat kalau kita panggil mereka kurang diajar, yang cuba sedaya upaya kelihatan bodoh di ruangan komen dengan memberi komen berbentuk makian dan carutan.
Aku percaya mereka-mereka ini juga mungkin orang-orang yang pergi berarak dan memaki hamun makhluk Tuhan yang beragama lain. Aku pasti Tuhan sangat terharu dengan tindakan mulia mereka mempertahankan nama-Nya.
Mungkin.
Oh, lari tajuk pula. Baiklah, mulai hari ini, aku sangat berharap lebih ramai manusia yang akan menyatakan pendapat mereka secara terbuka. Lebih-lebih lagi di CDR.
Sekian.
No comments:
Post a Comment