Saturday, January 9, 2010

Hujan Emas Hujan Batu







Keesokannya, aku kembali lagi ke Messaieed. Kali ini bukan untuk menunggang 'motor' empat tayar, tetapi untuk bermain pasir. Haha.

Markov sekeluarga telah menjemput sekali beberapa kenalan Malaysia dan Indonesia untuk ramai-ramai turut serta bermain pasir. Tempat kami bermain pasir ni diberi nama Singing Sand Dunes.

Cuma ada lebih kurang 30 tempat di dunia ini yang ada fenomena ini. Pasir menyanyi. Dan salah satu tempatnya ialah di Qatar. Adapun para saintis berbeza pendapat tentang punca nyanyian ini, Marco Polo telah pun menyatakan pendapatnya tentang punca bunyi ini. Nyanyian Syaitan.

Cara bermain pasir di sini senang sahaja. Panjat bukit pasir itu, (nota: adalah sangat memenatkan mendaki bukit pasir itu) dan menggelongsor turun. Semasa sedang menggelungsur itu akan kedengaran bunyi yang seakan "wooo~ wooo~" (nota: cara membuat bunyian ini hendaklah menggunakan hidung. Disebut "wo" bukan "wu" dengan harakat yang cukup) . Maka mengertilah aku mengapa Marco Polo kata macam bunyi nyanyian Syaitan.

Seronok juga dapat berpeluh mendaki bukit pasir ini. Maklumlah, musim sejuk ni susah sikit nak berpeluh.

No comments: