Wednesday, January 20, 2010

Entri Selingan

Tak habis kalau nak cakap pasal isu sensitiviti orang ni. Tak semua orang boleh guna akal mereka di saat-saat genting. Macam aku cakap dalam entri lepas, kalau berbincang dengan hujah baguslah. Tapi kalau kerja maki-hamun sahaja, tiada gunanya. Buat buruk nama Islam sahaja.

Baiklah, kita rehat sebentar.

Minggu depan cuti pertengahan semester. Insya-Allah, aku berhajat nak susun atur semula CDR. Kemaskini pautan mana yang patut. Buang yang mana perlu. Labelkan entri mengikut yang sepatutnya. Kita tengoklah bagaimana.

Mungkin entri selepas ini ialah tambahan baru dalam Siri KJ. Mungkin.

Untuk entri ini, aku sedang melayari internet sambil kawan-kawan sedang bising-bising cuba padankan alunan sajak dengan runut gitar. Tak susah pun. Main lagu Metallica, baca sajak penuh perasaan.

Tengah kawan-kawan cari runut, nada, intonasi dan padanan dengan gitar, tiba-tiba aku terkenangkan satu lagu yang menjadi bahan ketawa waktu aku tingkatan 5. Hampir 7 tahun lepas.

Mungkin zaman remaja kalian juga pernah di'nodai' lagu ini, aku tak tahu. Cakap banyak tak guna, mari dengar dan tengok.



Cowok matre, cowok matre! Hahahaha!

Lagu ini sangat bodoh. Menjadi penghibur aku dan rakan-rakan di asrama waktu tengah tensyen stadi untuk SPM.

Sebenarnya, lagu ini ialah lagu parodi (aku tak tahu perkataan Melayu untuk ini) untuk menjawap lagu Desy Ratnasari. Lagu Indon. Memang lagu bodoh ini dibikin supaya orang kata bodoh.

Bodoh giler! Haha.

Persoalannya, di Malaysia ada tak band-band yang suka-suka parodi lagu-lagu orang-orang lain?

3 comments:

Jepah said...

lagu ni mmg bodoh pun... hahaha... yg lagu zee avi (kantoi) tu kan ade org jwb... kih9x

QeMz said...

parodi. same tajok entri aku yg lepas -_-"

btw. slame aku tgk parody aku tak pernah jumpe mn2 org malaysia yg buat huhu

ainunL muaiyanah said...

oh ya : Parodi memang ada dalam bahasa melayu.

Ini linknya.

http://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=parodi&ID=Kamus%20dan%20Istilah&muka=5&IMY=111&BIMY=--Semua%20Bidang--&IM=1111&BIM=--Semua%20Bidang--&BSB=--Semua%20Bahasa--&BST=--Semua%20Tema--&entrikamus=2&entribs=0&s=Semua