Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru Semua

Kalian sudah sedia maklum yang aku telah ke Qatar beberapa minggu sudah. Yang tak semua tahu, selepas aku pulang ke Malaysia, Adik pula menggantikan aku ke Qatar untuk bersama dengan Emak. Kami gilir-gilir sebab cuti kami tak sama. Dulu aku ada cakap, sebaik aku sampai di Malaysia aku perlu terus ke Kuantan kerana semester baru bermula keesokan harinya. Kemudian Adik pula sebaik habis kertas terakhir peperiksaan semesternya terus ke KLIA.

Aku perasan, sepanjang ketiadaan Emak dan Adik, perasaan sayang aku kepada keluarga jadi lagi tinggi. Atau lagi terasa. Atau lagi obvious. Aku tak jumpa kekasih sebulan pun aku tak rasa rindu macam ni.

Erm, abaikan.

Hujung minggu lepas aku dengan Bapak balik Melaka, sepupu aku belah Emak bertunang. Seminggu sebelum tu sepupu belah Bapak bertunang.

Soalan wajib di majlis sebegini ialah, "MM, kamu bila pula?". Semestinya aku jawap dengan senyuman malu-malu sahaja.

Ok, sambung cerita. Kami pulang ke Melaka dan melepak di rumah D.O. Alor Gajah. Bapak sedara aku baru pindah masuk situ. Jadi kami beramai-ramai melepak di rumah itu. Gila ramai! Macam ada pesta kat rumah tu. Petang selepas majlis pertunangan, kami main bola. Malam ada sate dan karaoke. Dia sewa entah dari mana set karaoke tu aku tak ambil peduli.

Semasa yang lain sedang berkaraoke, aku dengan Bapak makan sate. Kemudian kami main karom. Lepas aku kalah dengan Bapak, aku pergi main kamera EOS Mak Su aku dekat tingkat atas. Sebaik turun, aku terkejut.

Bapak tengah nyanyi di karaoke. Lagu ini.


Boleh tahan juga Bapak nyanyi. Tapi of kos la dia nyanyi versi yang takde mengilai macam dalam video ni. Haha. Minit 6:15. Mungkin korang nak skip terus ke minit 8:10.

Oh, ada versi paduan dua gitaris agung, Mark Knopfler dan Eric Clapton. Klik sini.



notakaki: Aku rasa tahun baru dan hari lahir sama sahaja. Ia cuma satu lagi hari. Kita yang tentukan signifikasinya.

3 comments:

EFF said...

nota kaki for this entry is so true.

ekinokunimy said...

wahh~!! lamenye tak bace blog kamu... dah sampai ke qatar rupenye... (^_^)

Matematis Muda said...

farah,
kan?

ekinokunimy,
oi! mana menghilang!!!!haha