Wednesday, January 6, 2010

Kesinambungan Dari

entri ini

Perihal kamera refleks lensa tunggal lagi.

Hari Natal. KLCC. Lepas solat Juma'at.

Aku ada temujanji jam 1500 waktu Malaysia. Sementara menunggu jarum pendek sampai nombor 3, aku melepak dahulu di kedai kamera. Aku tak ingat nama kedai tu, tapi dia sebelah kedai Canon.

Sedang aku membelek kamera idaman yang sangat menghornikan, aku terdengar bicara gadis, atau mungkin lebih sesuai dipanggil wanita berkerjaya, di sebelahku.

"I tak suka la kamera besar-besar ni. I kalau ada kamera DSLR yang saiz dia macam kamera dijital je, 10 ribu pun I sanggup bayar."

Jurujual pun menunjukkan ke arah aku seraya berkata, "Ada. Tu,"

Aku tengok wanita berkerjaya. Wanita berkerjaya tengok kamera di tanganku.

Wanita berkerjaya senyap seketika.

"Itu, function dia pun macam DSLR?"

"Mm," jurujual jawap sambil angguk kepala.

"Function semua sama. Lense pun boleh tukar. Macam DSLR la," jurujual sambung lagi.

Wanita berkerjaya senyap. Tengok kamera di tanganku. Tengok DSLR di tangannya.

Aku tergelak dalam hati.

Kaamon. Kata 10ribu pun sanggup bayar. Apasal tak mintak angkat satu terus. Cakap nak lebat. Tapi habuk pun tarak. Haha.

Selepas itu, aku tidak lagi mengendahkan lagi mereka. Aku teruskan dengan soalan-soalan cepumasku kepada jurujual berbangsa Malaysia, muka macam Zhao Wei.

Oh ya, kamera yang berada di depan ku waktu itu ialah; LX3, PEN-2, dan super-duper-horni GF1.

3 comments:

mergastua said...

lor..apsal kamu tak cakap direct je kat dia?

konfem dia malu..haha.

Master J said...

skrg byk kamera2 digital yg ada lens besar mcm SLR kan?? tp mcm pelik plak..slim mcm digicam..lens besar mcm SLR..huhu..

Matematis Muda said...

mergas,
kesian la dia..lagipun hari tu hari Juma'at..hehe

master j,
but still they cant beat 'the' DSLR hehe