Aku tak dapat nak apdet sedap-sedap sangat kebelakangan ini sebab kepala aku tengah serabut. Maksud aku, otak aku serabut. Rambut aku memang dah sedia serabai.
Well, semua sudah sedia maklum tentang isu Allah ini. Ramai juga yang secara peribadi bertanyakan pendapat aku. Kalau sebelum entri ini ditulis, jawapan aku begini;
Kes ini aku samakan dengan kes kalau Proton keluarkan kereta baru dengan nama Kancil. Memeningkan bukan? Setiap kali nama Kancil disebut, perlu ditanya Kancil Proton atau Kancil Perodua.
Pun begitu, jika ada yang bertanya lebih lanjut, aku akan jawap aku tiada pendirian tetap lagi (waktu itu). Aku mahu membangkang tapi aku rasa tidak salah juga mereka guna nama ALLAH. Aku mahu menyokong tapi aku rasa ia seakan memeningkan.
Bahagian yang paling memeningkan aku ialah apabila ada hujah yang menyatakan, nama Allah sudah wujud sebelum kedatangan Islam. Lihat sahaja nama ayah nabi kita sallallahu 'alaihiwasallam, Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tetapi pening juga aku bila tau yang musyrikin jahiliah memang refer Allah sebagai Tuhan yang Satu tetapi Ilah dan Rabb untuk Tuhan yang lebih jeneral atau lebih am. Laa ilaaha illallah.
Contoh kepeningan yang bakal berlaku. Kristina berbual dengan Ameena. Kristina kata, "Aku baru lepas beribadat, aku minta pada Allah supaya persahabatan kita berkekalan,". Ameena pun jawab, "Aku juga berdo'a pada Allah moga persahabatan kita berpanjangan,".Ameena dan Kristina pun berpelukan sebelum berpisah.
Balik rumah Ameena beritahu pada ibunya, "Ibu, rupa-rupanya Kristina pun sembah Allah ya ibu? Tadi dia cakap sama Ameena, dia minta pada Allah supaya kami akan berkawan selamanya." Si Ibu pun kata, "Hish, mengarutlah kamu ni Ameena." Si Ibu pun suruh Ameena pergi mandi.
Maka nanti perdana menteri pun mengisytiharkan kempen "satu negara, satu bangsa, satu tuhan, pelbagai agama". Orait?
Tetapi selepas aku dapat onlain malam ini, aku cari sedikit sebanyak bahan bacaan. Aku buka blog-blog ruji yang sudah lama tidak kukunjung. Aku bertemu dengan pautan berikut.
Aku baru terfikir, kenapa sesetengah dari kita berburuk sangka yang kristian mahu dakwah muslim masuk agama mereka dengan isu ini. Kenapa tidak kita ambil kesempatan ini untuk memberitahu mereka Allah kita lebih Agung, lebih Berkuasa dan lebih Hebat. Kita katakan kepada mereka kenapa Allah kita lebih lojik dan lebih relevan untuk disembah berbanding Allah mereka.
Andai kata mereka berpegang Jesus itu anak Allah, aku rasa tak lari jauh lah dengan konsep kita Isa itu Nabi Allah. Maksud aku, Allah yang sama kan? Tetapi kalau diorang kata Jesus itu Allah, haruskah kita berdiam diri atau biarkan sahaja kerana itu juga hak mereka?
Cuma satu aku pesan kepada kalian semua, berhati-hatilah. Jangan sesuka hati mengatakan sebenarnya kita semua sembah tuhan yang sama, bezanya cara sembahan sahaja. Akidah bukan boleh kita kira cincai. Islam itu mudah, benar. Tapi jangan kita mudahkan ia. Jangan sekali-kali kita ambil mudah tentang Islam.
Mengeluarkan kenyataan sedemikian mendekatkan diri ke lembah syirik. Kerana secara tidak langsung kita menyatakan agama lain juga benar dan layak masuk syurga. Hanya Islam agama yang benar di sisi-Nya.
Oh, saat begini aku rasa rugi pula biarkan pembaca CDR lari. Dulu, purata pembaca sehari 50-60, sekarang sekitar 20-30 sahaja. Kan dah susah nak kongsi ilmu.