Saturday, January 31, 2009

Nanti Bini Nak Beranak Baru Nak Kelam Kabut Panggil Emak

"Ish, susah betul a," aku mengeluh
sebaik masuk ke bilik
letakkan buku-buku ke atas katil
dompet, henfon, sikat dikeluarkan dari poket seluar
letak atas meja
jam tangan dibuka dan dikalungkan ke dompet

Lantas mengambil tempat duduk di katil
tangan dipekup ke muka
seterusnya diselak rambut-rambutnya ke belakang

Satu keluhan kedengaran

Berat

"Pahal kau?" tanya rumetku

"Tak tau a. Aku takleh nak decide nak balik rumah ke tak wiken ni,"

"Hek eleh. Lek lek a. Baru 3 minggu dah kelam-kabut nak balik. Orang sebulan duabulan tak balik, slumber jerk," lelaki bilik sebelah mencelah
kebetulan dia sedang memetik gitar
kepunyaan rumetku

"Masalahnya, aku tanak biasakan diri lama tak balik. Baru jadi student dah sibuk tak sempat nak balik mengalahkan ada kompeni plak. DOk obesi tu lain cerita la,"
aku menjawap panjang lebar

"Ni tengah belajar lagi, belum dah kahwin nanti, ada anak bini, dah kerja sek-sok, tak tau apa nak jadi," aku menyambung

"Ha!"
tiba-tiba rumetku menyampuk
4 keping iris terarah pada nya

"Nanti bini nak beranak baru nak kelam-kabut panggil mak!"
dia sambung

"Ha!"
aku berbunyi tanda menyokong

"Jeng jeng jeng," lelaki bilik sebelah petik gitar
lagu Salem
tanda mengalah



notakaki: Entri ini TIDAK bermaksud untuk memberitahu atau memberi klu aku akan menukar status dalam masa terdekat. Sekian.

Monday, January 26, 2009

Erk

Aaargh
macam mana aku boleh terlupa nak post benda nih!

Ish!!!

Nah
klik sini
untuk informasi

Seterusnya klik sini
untuk panduan
dan juga informasi

Aaargh
harap2 belum terlambat
untuk kalian baca

Ampun~

Saturday, January 24, 2009

Aku Dah Taip Panjang-panjang, Tapi Tak Tahu Apa Sebenarnya Aku Nak Cakap

Aku sebenarnya kagum
dengan insan yang bergelar Bapa
apa jua panggilan
ayah, papa, abah, daddy atau bapak
mereka ini tetap mengagumkan aku

Perasaan ini timbul
sewaktu aku tengok cerita Shrek
tak ingat yang nombor berapa
tapi masa diorang nak dapat anak tu

Bila Shrek cakap dia takmo dapat anak
sebab dia malu dia seorang Shrek (betul ke seorang?)
dan bila dia cakap
anak-anak biasa akan cakap
"My father is great! He's ____"
(isi tempat kosong dengan pujian yang mantab)

Waktu itu aku perasan
aku tak pernah dengar
orang cakap
"My mom is so great! etc etc"
mungkin ada tapi sangat jarang

Atau mungkin sebab aku lelaki
jadi perspektif aku lebih kepada dunia lelaki

Berbalik kepada isu asal
mengapa aku kagum
ya
kekaguman aku timbul
semasa menonton cerita The Water Horse

Kalau kamu pernah tengok cerita ini
kamu akan tahu
yang watak utama tersebut
berbapakan seorang askar
dan dia sangat rindukan bapanya

Di sinilah kekaguman aku timbul

Aura apakah yang wujud pada seorang bapa
aku tak pasti
tetapi walaupun masa yang diluangkan
bersama anak sangat sedikit
tapi anak tersebut tak pernah bosan menunggu
kepulangan bapanya dari kerja

Tak kisah lah kerja apa pun
sebab aku ingat masa kecil dulu
bila Bapak pulang dari kerja
kami adik-beradik pasti teruja
melompat keriangan
sambil jerit
"Ye ye bapak balik, ye ye bapak dah balik,"

Ya, aku tahu
aku memang comel
kan aku dah cakap
dah 18 tahun aku comel
bukan baru setahun dua

Oh jangan lupa pula umur aku baru 18++

Ah menyasar lagi
balik kepada topik asal
walaupun begitu
perkara ini hanya boleh dilihat
pada anak-anak berumur
erm aku tak pasti
8 tahun ke bawah
mungkin

Sebab bila dah besar ni
nak-nak yang berjiwa punk rock atau metal (oh bukan black metal ye)
memang harapan a nak lekat kat rumah
hehe

Tapikan
bila difikir-fikirkan kembali
aku rasa
perbuatan ini tak berapa tepat
dengan hadis Nabi sallallahu 'alaihi wasallam

Yang mana Nabi menyeru kita
mengutamakan ibu
tiga kali lebih utama dari ayah

Tengok lah
kita sebut pun
ibubapa
mak-ayah
mak-bapak
mom and dad

Kan?



Jadi
sebenarnya apa yang aku nak cakap nih?

Wednesday, January 21, 2009

Dulu-dulu

Masa awal-awal berblog dulu
semasa mempertimbangkan hala tuju
dan konsep CDR ni
aku adalah terfikir untuk jadikan ia blog tentang makan-makan

Cambes

Lepas makan kat satu-satu restoran atau kedai
balik tulis dalam blog buat ulasan

Haha

Itu dulu-dulu la

Tapi aku dah disaid untuk guna nama CDR lantas
mengaplikasikan konsep dari nama nya sendiri
jadilah seperti sekarang
tak tentu hala

Haha

Baiklah

Ingat lagi kalian dengan entri aku
tentang Perihal Pemblog?

Kalau tak ingat klik sahaja di sini

Dijadikan cerita
satu malam tu
rakan kelasku hantar mesej

"Slm. MM, aku baca blog ko..hm, kat mae ko beli ns lemak kerang tu?tetibe kami t'liur.huhu"

Lantas aku pun terangkan daireksyen lokasinya
dan dia ucap terima kasih

Kemudian aku usulkan kepada rakan-rakan serumah

"Wei, pagi esok sarapan tengok sun rise kat TC nak?"

"Slumber!" mereka jawap bersetuju

"tapi kena ada orang in-caj la kejut semua," satu lagi suara sambung

[fastforward]

Pagi esok nya
sudah bersiap-siap
sekitar 7 pagi
kami terpaksa menunda perjalanan
sekali gus melepas tengok matahari terbit di tepi pantai nan indah
dek kerana ada seorang rakan ada tadarus

Jadi kami tunggu
sekitar 8 pagi
kami tiba di gerai tersebut

Kosong

Tiada apa-apa

Samada sudah tutup atau memang tidak dibuka pada hujung minggu
jadi aku parkir
tunggu kereta lagi sebuah

Sebaik sampai
kami membincangkan alternatif yang enak
dan kami memutuskan untuk bersarapan di depan MRSM
(boleh usya budak sekolah)

Kereta lagi satu suruh kami lead (lagi)
sebab mereka tak tahu jalan

Dalam kereta kami pula
cuma seorang yang pernah sampai situ
tapi dia pun ingat-ingat lupa

Tapi takpe
panggilan dibuat
dan daireksyen diterima
jadi kami pun mara

Beberapa minit kemudian
kami berhenti
setelah yakin yang jalan yang dituju
akan menghala ke Pantai Balok

Patah balik
pusing pusing pusing

Jumpa!

Tapi..

..dah takde!

Tapak kedai itu sudah tinggal kenangan sahaja
tapaknya pun dah takde
sebab dah kena kambus

Kesudahannya
maplay jelah



Motif entri ini?

Sebenarnya aku nak tahu, mana pindahnya kedai yang jual depan MRSM Kuantan tuh?!

Waaaaaarghh!!
tak sempat aku merasa
dapat dengar orang cerita jela

Ceit!

Sunday, January 18, 2009

Kamu Tahu Apa Maksud Gigih?

Kalau tak tahu
mari aku kenalkan kalian dengan seorang makhluk Tuhan
yang sememangnya gigih yang amat!

Tidak pernah putus asa!

Berpantang maut sebelum ajal!

Oh ya
sebelum itu
masih ingatkah kalian
dengan entri ini?

Ya

Adibah Ahmad kembali

Err kalau nak lagi bes

The return of Adibah Ahmad

Improved version, now with an 'E'
adibah ahmEd
heh heh heh

Maaf lah
lambat beritahu kalian

Aku tahu pun 4 hari lepas
tapi fikir2
kalian pun sudah dimaklumkan sebelum ini
jadi mesti kalian dah pandai

Tapi aku lupa
untuk mengajak kalian FLAG blog tersebut
urghh!! Dayem!
benda macam ni pun boleh terlepas pandang

Baiklah
prosid

Buat makluman kalian
blog adibah ahmad sebelum ini lebih agresif
tidak se'cerdik' adibah ahmed ini

Blog adibah ahmad lebih mudah untuk di flag
kerana ia terang-terangan mengutuk Nabi sallallahu'alaihiwasallam
dengan karikatur
dan tulisan-tulisan yang tiada 'lapik-lapik'

Tapi kali ini
mereka mengkaji dengan teliti
tengok nama blog pun dah kompiusing

Dan tulisan 'mereka' lebih berbelit
dan berdasarkan hujah
walaupun hujahnya merapu
tapi ia tidak terang-terangan mengutuk

Itu yang bahaya

Seperti bahayanya racun yang larut dalam air
berbanding pil yang berlabel 'RACUN'

Kan?

Apa motif entri ini?



Aku memang semak kalau ada Anugerah-anugerah atau apa-apa-yang-lebih-kurang lah, nanti berlonggok makhluk-makhluk depan TV tu tengok rancangan yang tah pahape tuh. Tengok muvi tu tahan lagi. Boleh aku tumpang sekaki. Huahaha.

Keputusan Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu

Manchester United 1 vs Bolton Wanderers 0



Top of the table huh?

Heh heh heh

Thursday, January 15, 2009

Nah Entri Baru!

Apa baru-baru?
takde apa yang baru pun


Pergi main jauh-jauh
aku tengah sibuk sekarang

Tahu sibuk pasal apa?

Mari aku cerita



Sekitar Penghujung 90-an

Gua boleh dikatakan
agak ketagih dengan 'benda' ini

Boleh dikatakan
sehari tak layan
memang tak sedap badan a

Setakat 4 brutal tu
memang mainan gua je

Lagipun waktu itu
gua takde banyak pilihan
'benda' itu sahajalah yang mampu gua layan

Tapi
'benda' itu bukan koman punya barang beb
hot stuff gak a

Tapi itu dulu
lepas aku dipaksa masuk sekolah asrama penuh
aku makin berjauhan dengan 'benda' itu

Jiwa punk rock meronta-ronta
haluan nu metal jadi pilihan

Akhirnya
'kami' berpisah


Sepuluh tahun kemudian


Edisi ke-3 terbit!

Yeeha!
aku dah try

Memang pegi!
dan..



..aku kembali ketagih



Aaargh~!!


Berjam-jam gak a ngadap
asyik kalah je!



Itu dalam game
kalah boleh restart

Sedara kita kat Palestin tu
mana nak restart nya?

Bila nak 'unit ready' nya?

Dah berapa kali "our base is under attack"
dan "unit loss"




[kemaskini]
Ini ada pautan cambes
KLIK SINI
akan membawa anda ke
http://www.othermalaysia.org/2009/01/13/gaza-and-the-liberal-conscience-iv-the-power-of-boycotts/
[kemaskini tamat]

Monday, January 12, 2009

Amacam? Ade Bran?

Pendapat tidak pernah salah
sebab ia hanya pendapat

Mereka kata

Aku pun kadang-kadang kata juga

Sebab ia adalah alasan yang sangat kukuh

Kan?


Ramai yang memberi pendapat
bila isu Palestin ini makin hangat
(padahal dah berdekad-dekad)
mereka beri pendapat dari pelbagai aspek dan tajuk

Ada yang beri pendapat tentang boikot
tentang perhimpunan demonstrasi
tentang mesyuarat pemimpin dunia

Ada yang beri pendapat dari aspek politik
dari aspek agama
dari aspek kemanusiaan

Pelbagai

Aku sendiri punyai pelbagai pendapat
pelbagai pendapat dari pelbagai aspek

Entahlah

Aku sebenarnya tengah bingung dengan isu ini

Dahulu
semasa isu Nine-Eleven pun begini juga
apabila Amerika Jahanam bertindak menyerang Afghanistan
dan kemudiannya Iraq
yang telah membawa kepada pengisytiharan JIHAD

Itulah yang aku fikirkan sekarang

JIHAD

Ia berkait rapat dengan IMAN kita

Jika ditanya
rasanya pasti semua tahu
yang umat Islam adalah bersaudara

Tapi aku rasa kita semua pun sedar
yang kita cakap tak serupa bikin

Kan?

Konon bersaudara
tapi saudara sendiri tengah berperang disana
kita masih memikirkan alasan untuk tidak membantu
atau sedang memikirkan bagaimana untuk membantu
pada kadar yang paling maksima dalam lingkungan minima

Contohnya
markah lulus 50/100
dan kita sekarang sedang ber'usaha'
untuk mencapai 49/100

Kan?

Bercakap memang senang
lebih kurang sama senang dengan menulis

Kan?

Macam aku sekarang lah

Kan?

Satu benda yang jelas
dikalangan kita ni
tak kisahlah tentang apa-apa pun
boikot, demonstrasi atau lain-lain
memang akan ada pihak yang bersetuju dan yang tidak bersetuju

Bagi aku
aku pun tahu ia tidaklah berapa bernas
untuk memboikot atau berdemo
tapi aku tidaklah mengatakan ia tidak perlu
dan aku tak kata ia sesuatu yang sia-sia

Sebab aku memang jenis kisah dalam tak kisah

Tapi aku memang terfikir
kenapa kita tidak bertindak lebih logik
atau lebih agresif
atau lebih-apa-apa-yang-patut

Cuma terfikirlah

Kenapa tidak ditumpukan kepada menolong mereka
dalam erti kata menolong yang sebenar-benarnya

Kenapa sekadar kutukan sahaja?
Kenapa sekadar berdemo sahaja?
Kenapa setakat memboikot sahaja?

Kenapa tiada satu organisasi Islam pun
mahupun Negara Islam
yang mengambil inisiatif
untuk melatih perajurit-perajurit Islam
untuk dilakukan serang balas ke atas mereka

Memang kita kekurangan kelengkapan
memang kita kekurangan kecanggihan

Tetapi apa guna duit yang disalurkan kepada mereka
andai tiada lagi tempat untuk membeli-belah
andai kedai semua hancur musnah

Apa guna ubat-ubatan yang dihantar ke sana
andai cuma mampu menghilangkan kesakitan buat beberapa ketika cuma
sebelum dicederakan semula

atau terus dibunuh!



Iyalah cakap senang

Kan?

Cakap lebat
hu ha hu ha
begitu begini

Tetapi cuba kalau ditawarkan untuk menyertai
angkatan perajurit yang keputusan cuma dua
menang atau syahid-dengan-jaminan-syurga

Win-win situation

Amacam? Ade beran?

Itulah yang berlegar dalam fikiran aku sekarang

Aku pun tak tahu nak jawap apa kalau tawaran tersebut
datang kepadaku

Jadi
dengan iman sebegini
layakkah aku masuk syurga?

Kalau amalan aku banyak gila pun
nak melangkah masuk pintu syurga nanti
umat Palestin ungkit balik
aku tak buat apa pun untuk bantu mereka
sibuk berbahas kebaikan dan keburukan boikot dan demo je
Tuhan nak bagi ke aku lepas?

Itu pun kalau amalan cukup banyak lah

Kalian bacalah entri ini (KLIK!)
tak tercuit ke hati?


Huraian hadeeth, klik sini



notakaki: Sekarang aku tahu mengapa ramai yang mengambil inisiatif menjadi pengebom berani syahid. Kamu tahu?

notaapalagi: Alahai iman~

Saturday, January 10, 2009

Kuciwa

Malam Januari 9
aku bersemangat menonton
Buletin Utama
TV3

Bukan berseorangan
seisi rumah bujang ini
sekitar 20++ orang
turut menyaksikan rancangan tersebut

Satu senario yang sangat jarang berlaku
di rumah ini

Walaubagaimanapun
penantian mereka berhasil
penyertaan kami
Gaza: Perhimpunan Mega
bertemakan "Save Palestine: Do Or Die"
disiarkan di Buletin Utama

Maka bersoraklah seisi rumah

Selepas tamat laporan
aku beredar ke bilik ku dengan rasa kecewa



"Takde pun muka aku! Aku dok depan sekali kot! Dasar TV pendengki! Tanak tunjuk muka kacak macam aku ni! Huh!"

Hehe

Apa pun
mari aku kongsi dengan kalian
lagi video dari YouTube

Tapi buat pertama kalinya
aku memaparkan video lagu melayu
ya
diulangi, LAGU MELAYU!

http://www.youtube.com/watch?v=aW7kNcKI970



Pembikinnya ialah tuan blog ini
ada dia pamerkan video ini di blognya

Buat masa ini aku malas sikit
(bila pulak aku rajen?)
jadi ulasan mengenai
perhimpunan, demonstarasi, boikot
dan sebagainya
aku tak berapa nak tulis
kalian cari sendiri lah ye

Mungkin aku patut kongsi entri ini

Thursday, January 8, 2009

Mereka Panggil Ia Haitus Ya?

atau hayatus?

*********

Aku merasa sangatlah
sangat-sangat tidak berperasaan untuk menulis
sebarang entri baru

Kalau ada pun
aku simpan sebagai draf sahaja
berderet juga
entah bila nak paparkan
aku pun tak tahu

Tapi yang pasti
aku tak rasa nak apdet

Tapi aku akui
perlunya
aku untuk apdet tentang satu perkara ini

Isu kekurang-ajaran Israel!
la'natullah!

Yang ini memang patut dilaknat!

Kalian baca sahaja
apa yang Dammit dah pautkan
dalam entri dia yang ini (klik!)

Aku bukan tulis
sebab ramai yang tulis
bukan sebab ini isu hangat
tapi sebab ia perlu

Bila aku kata perlu
aku merujuk perkataan
yang disebut MUST dalam bahasa engrish

Jadi
kalian PERLU klik pada pautan-pautan
dalam entri ini

Di sini
mari aku kongsi beberapa video dan gambar

http://www.youtube.com/v/lptWol6TG9g&hl=en&fs=1


Ekceli satu video
dan satu gambar sahaja

qunut_nazilah
Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan Yang Maha Penghukun
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka

Bacalah
ameen kan lah

Mari kita berdo'a bersama-sama

Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami para mujahidin di Palestin dan di semua tempat.
Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.
Ya Allah, berilah mereka (cara membuat) makar untuk menghadapi musuh-musuhnya dan janganlah Engkau memberi makar kepada mereka.
Ya Allah, tepatkanlah bidikan mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.
Ya Allah, satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.
Ya Allah, jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
Ya Allah, tolonglah kaum muslimin yang terdhalimi di Palestin dan semua tempat.
Ya Allah, tolonglah mereka (kaum muslimin) dan perbaikilah hubungan mereka.
Ya Allah, binasakanlah Israel dan sekutunya yang zalim, goncangkanlah dan hancurkan mereka.
Ya Allah, cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.
Ya Allah, janganlah Engkau memberikan kedudukani yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
Ya Allah, lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.
Ya Allah, hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka
Ameen Ya Allah..



notakaki: Do'a terakhir diambil dan diubahsuai dari entri ini (KLIK!). Di situ ada beberapa perincian mengenai Qunut Nazilah.