Aku sebenarnya kagum
dengan insan yang bergelar Bapa
apa jua panggilan
ayah, papa, abah, daddy atau bapak
mereka ini tetap mengagumkan aku
Perasaan ini timbul
sewaktu aku tengok cerita Shrek
tak ingat yang nombor berapa
tapi masa diorang nak dapat anak tu
Bila Shrek cakap dia takmo dapat anak
sebab dia malu dia seorang Shrek (betul ke seorang?)
dan bila dia cakap
anak-anak biasa akan cakap
"My father is great! He's ____"
(isi tempat kosong dengan pujian yang mantab)
Waktu itu aku perasan
aku tak pernah dengar
orang cakap
"My mom is so great! etc etc"
mungkin ada tapi sangat jarang
Atau mungkin sebab aku lelaki
jadi perspektif aku lebih kepada dunia lelaki
Berbalik kepada isu asal
mengapa aku kagum
ya
kekaguman aku timbul
semasa menonton cerita The Water Horse
Kalau kamu pernah tengok cerita ini
kamu akan tahu
yang watak utama tersebut
berbapakan seorang askar
dan dia sangat rindukan bapanya
Di sinilah kekaguman aku timbul
Aura apakah yang wujud pada seorang bapa
aku tak pasti
tetapi walaupun masa yang diluangkan
bersama anak sangat sedikit
tapi anak tersebut tak pernah bosan menunggu
kepulangan bapanya dari kerja
Tak kisah lah kerja apa pun
sebab aku ingat masa kecil dulu
bila Bapak pulang dari kerja
kami adik-beradik pasti teruja
melompat keriangan
sambil jerit
"Ye ye bapak balik, ye ye bapak dah balik,"
Ya, aku tahu
aku memang comel
kan aku dah cakap
dah 18 tahun aku comel
bukan baru setahun dua
Oh jangan lupa pula umur aku baru 18++
Ah menyasar lagi
balik kepada topik asal
walaupun begitu
perkara ini hanya boleh dilihat
pada anak-anak berumur
erm aku tak pasti
8 tahun ke bawah
mungkin
Sebab bila dah besar ni
nak-nak yang berjiwa punk rock atau metal (oh bukan black metal ye)
memang harapan a nak lekat kat rumah
hehe
Tapikan
bila difikir-fikirkan kembali
aku rasa
perbuatan ini tak berapa tepat
dengan hadis Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
Yang mana Nabi menyeru kita
mengutamakan ibu
tiga kali lebih utama dari ayah
Tengok lah
kita sebut pun
ibubapa
mak-ayah
mak-bapak
mom and dad
Kan?
Jadi
sebenarnya apa yang aku nak cakap nih?
21 comments:
utamakan ibu mcm szakif buat
ntah..apa yg ko nk ckp ni??hehe =p
aku pun xtau nape..tp mmg nmpk mcm anak2 smua lg suka ayah dr mak..wpun mak yg lagi kuat jg kita dr time kita kecik..lg byk pngorbanan dr ayah kita..hmm..mystery ni.......
kamu bebel2 apa pagi2 ni..
tuan punya blog xtau dia cakap apa.
yg nk komen pun xtau nak komen apa.
okkkeyy la tuhh
:P
tiba2 nama aku ade dalam ruang komen.
hu~
aku cakap pasal mak, ko cakap pasal ayah. spoil a ko~ :P
jab jab... master J bercakap di atas, atas dasar apa eh? memang ramai ke, from your observation, as what your statement says:
tp mmg nmpk mcm anak2 smua lg suka ayah dr mak
mohon penjelasan yang arif :)
aku pun sebenarnya bersetuju dengan JJ, itulah punca sebenar entri ini wujud
tapi kalau nak kecik kan lagi skop, aku rasa majoriti ANAK LELAKI lebih rapat dengan ayah berbanding emak.
aku tahu,ko dah tak sabar jadi bapak..
Tu je ceritanya..
aku stuju dgn Jagatraya. :P
ko nak goda aku balik rumah kau ke?
kan?
nie tajuk presentation utk kls parenting ye...
menarik gak tajuk nie..
msti dpt markah tggi dp lecturer indon ko...
"Tenang Boy"
wat da efffff?!?!?!
kelas parenting kitorang lum mula lagi. jumaat ni baru mula. ngehehe~
wa.. azmar dah bersedia jadi ibu!
er.. sori jadikan ini chatbox
aku faham keseluruhan entri ni kecuali part 'comel' tu. maaf, itu terlalu sukar utk diterima. haha
adoi~ sebenarnye, baca ruang komen ni lebih lawak drpd baca blog bolog. ahahaha!!!
btw, matila master J ade nama comel yang baru. JJ katanya.
itu, paling comel.
i masih cube pahamkan the whole idea of this post.
esp part being comel tuh.
still get the msg tp comel tuh mmg tak bley di digest dlm badan.
okeyh.
aku rasa, statement ni ada benar nya:
tapi kalau nak kecik kan lagi skop, aku rasa majoriti ANAK LELAKI lebih rapat dengan ayah berbanding emak.
pasal ada la satu blog tuh, tak pasti pernah ke tak dia tulis pasal mak dia. huhu~ asek pasal ikut ayahnya di kerja sana sini jek :P
aku tatau nak jawap pe dah
huhu
hampeh jaed... pedulik ape aku..
Post a Comment