Saturday, January 31, 2009

Nanti Bini Nak Beranak Baru Nak Kelam Kabut Panggil Emak

"Ish, susah betul a," aku mengeluh
sebaik masuk ke bilik
letakkan buku-buku ke atas katil
dompet, henfon, sikat dikeluarkan dari poket seluar
letak atas meja
jam tangan dibuka dan dikalungkan ke dompet

Lantas mengambil tempat duduk di katil
tangan dipekup ke muka
seterusnya diselak rambut-rambutnya ke belakang

Satu keluhan kedengaran

Berat

"Pahal kau?" tanya rumetku

"Tak tau a. Aku takleh nak decide nak balik rumah ke tak wiken ni,"

"Hek eleh. Lek lek a. Baru 3 minggu dah kelam-kabut nak balik. Orang sebulan duabulan tak balik, slumber jerk," lelaki bilik sebelah mencelah
kebetulan dia sedang memetik gitar
kepunyaan rumetku

"Masalahnya, aku tanak biasakan diri lama tak balik. Baru jadi student dah sibuk tak sempat nak balik mengalahkan ada kompeni plak. DOk obesi tu lain cerita la,"
aku menjawap panjang lebar

"Ni tengah belajar lagi, belum dah kahwin nanti, ada anak bini, dah kerja sek-sok, tak tau apa nak jadi," aku menyambung

"Ha!"
tiba-tiba rumetku menyampuk
4 keping iris terarah pada nya

"Nanti bini nak beranak baru nak kelam-kabut panggil mak!"
dia sambung

"Ha!"
aku berbunyi tanda menyokong

"Jeng jeng jeng," lelaki bilik sebelah petik gitar
lagu Salem
tanda mengalah



notakaki: Entri ini TIDAK bermaksud untuk memberitahu atau memberi klu aku akan menukar status dalam masa terdekat. Sekian.

8 comments:

Anonymous said...

obesi tu, maksud dia takde kaitan dgn gemuk kan?

As said...

kalau tambah dua huruf kat belakang word obesi tu, maybe ade kaitan kot.

er..patik suggest kamu pulang kot. Patik nak semula benda silver dan benda biru :D

p/s: jangan amik siyes ;)

Unknown said...

ok sila beri perhatian kepada disclaimer di akhir entri itu. itu bohong.

Anonymous said...

kalau tukar status pun apa salahnya..

hei~

Huzai Mansor said...

Baliklah. Kalau rumah dekat, apa salahnya. Nikmat tau dapat balik rumah!

s a L o m a said...

balik tido bawah ketiak mak best ok?kamu berani buat?buat lah sementara mak ada.. :D

Dammit said...

patut laaa macam kenal entri ni. haha

Miyn Amin said...

balek jaaa. aku ni kalau umah dekat pun, mmg tiap2 minggu aku balek. naseb umah jauh ja...tgk ja la org2 umah dekat balek tiap2 minggu.

huuu, rindu mak tiba2.