Bunyi tona khatib adalah seperti kebanyakan tona khutbah serata Malaysia. Nada dan tona suaranya, seperti bagi ceramah atau syarahan atau pidato. Lantas, aku terfikir. Ada tak imam-slash-khatib di Malaysia ni, yang bagi khutbah dalam bentuk syair. Atau sajak. Atau gurindam. Atau apa apa yang lebih indah dan merdu lah.
Sebab aku teringat ada satu waktu di Mekah dahulu, aku dengar khutbah jumaatnya, Imam tersebut baca satu surah sepanjang khutbah dia. Surah al-waqiah kalau aku tak silap. Kita semua memang bukan orang yang arif tentang ilmu bahasa arab ni. Atau aku rasa lebih tepat, bukan semua di kalangan kita ni arif tentang ilmu bahasa arab ni. Tetapi aku rasa dan aku percaya semua tahu yang ayat ayat dalam al-quran merupakan satu ayat yang sangat indah dari sudut sasteranya.
Jadi, tindakan imam tersebut (aku rasa bukan imam sudais baca khutbah waktu tu) membaca ayat ayat al-quran menimbulkan rasa seperti mendengar syair dalam bahasa arab. Dia bukan baca macam baca quran style tilawah tu. Dia baca macam baca sajak lah. Sungguh mempesonakan.
Justeru bila aku kaitkan dengan style khutbah kat malaysia ni, aku fikir pasti lebih menarik khutbah jika dibacakan dengan bentuk syair/sajak/gurindam/seloka cak kun cak. Kan? Kan?
Jadi sekarang, siapa yang akan tulis skrip khutbah?
4 comments:
Ko bayangkan imam ulas isu video seks dan tuduhan zina dalam bentuk syair, pastu ko tulis satu. aku nak baca.
aku suka dengar khutbah kat masjid UIA Gombak. ada 3 bahasa sekaligus. hee~
Idea MM sudah makin matang,kacak, bijak, gagah, tampan, jenius, ramai gadis suka, tapi berak keluar tahi..eh idea berak keluar tahi?:)
Bagus idea. Tapi Malaysia takot dengan perubahan, reformasi.
Jadi, rasanya idea nih tak kesampaian.
Yang sampai hanyalah teks khutbah Jumaat yang telah dirangka oleh pihak berkuasa agama setiap negeri ;)
Post a Comment