Monday, May 23, 2011

Cerita Keibuan (Episod 02)

Aku di sebuah firma guaman. Ada urusan tentang rumah Emak suruh selesaikan. Sedang aku menunggu orang ofis tu proses pembayaran aku, telefon berbunyi. (kalau kaurang nak nyanyi lagu WonderGirl Wonder Pet sekarang pun boleh)

Emak di talian.

"Ko kat mana?" Emak tanya nada risau.

"Tengah bayar kat tempat ni la," aku jawap tak berapa betul dengan nada tak teratur. Pelik dengan tona suara Emak.

"Dah siap belum?" Emak tanya lagi.

"Dah bayar. Tengah tunggu dia, erm, print, proses, resit kot. Entah." Aku jawap steady tak steady.

"Ah, cepatlah balik. Simba dah beranak! Terketar ketar lutut Mama ni,"

"O yeke! Ok ok!" Aku senyum sorang sorang kat kaunter tu. Uuuu eksaitednya.

Dalam perjalanan semua benda aku fikir. Kena panggil vet tak. Macam mana kalau semua gugur, nanti dia depress bunuh diri kang. Macam macam lah.

Sampai sampai rumah, aku tak kunci kereta. Aku terajang pintu rumah. Terus lari naik atas kat bilik KamarUtama. Siti Simba beranak belakang katil. Puas dah aku ajar dia duduk dalam bakul suruh dia beranak dalam tu. Aku rasa dia ingat aku suruh dia berak dalam tu agaknya.

Jadi, aku perhatikan dengan perasaan bercampur baur. Eksaited. Gembira. Saspen. Cuak. Gabra. Dansebagainya. Danlainlain.

Waktu aku sampai, yang nombor dua baru keluar. Tapi dua-dua dalam kantong entah apa benda entah. Aku tak tau. Macam plastik gitu. Aku tak pasti apa nak buat. Nanti Simba jilat kot kantong tu, aku fikir. Tapi bila aku tengok macam dah lama sangat, aku capai gunting dan koyakkan sikit kantung tu.

Yang kedua berjaya diselamatkan. Yang pertama, gagal. Kecewa.

Aku tunggu sikit lagi. Menurut bacaan aku, Si Ibu akan menjilat anak dia tanda dia terima anaknya itu. Tapi sampai sekarang Simba cuma cium cium ameq bau je. Tak jilat pun lagi. Maka, terpaksalah aku capai kain satu dan lapkan anak nya itu. Seperti yang disarankan dalam artikel artikel yang aku baca.

Aku tengok talipusat dia belum putus lagi. Aku ragu ragu. Tak pasti. Macam mana benda ni putus? Nanti Simba gigit ke talipusat tu? Ke dia putus sendiri. Emak duk sibuk suruh aku gunting. Aku kurang yakin. Aku jenis yang percaya kepada proses semulajadi. Tapi itu bukan yang berlaku. Aku tengok macam dah lama sangat dia duk jilat uri dia je, aku pun guntingkan je talipusat tu. Cit. Keluar darah sikit. Sikit je.

Fuh lega.
Aku duk imajin shuuuu darah memancut. Haha. Nasib baik juga tak jadi macam tu hehe.

Lepas tu, aku ameq bakul yang aku dah sediakan 2 minggu lepas, letak belakang katil. Aku pindahkan Simba, then anak dia, ke dalam bakul tu. Seminit lepas aku letak dia dalam bakul tu, Simba pusing kiri pusing kanan. Pusing depan pusing belakang, cangkung. Plup. Keluar anak nombor tiga!

Dia terus jilat anak dia yang baru ni. Bagus. Senang kerja aku. Yang sulung mati. Yang angah betina. Yang bongsu jantan. Yang hidup, dua dua warna putih. Putih satu badan. Yang sulung tu ada 3 warna, hitam kuning putih. Tapi sayang, umur tak panjang. Kalau hidup yang tu, syok sikit ada 3 abdul. Kalau gaduh gaduh nanti ada tag team. Hoyeah~ haha.

Ini gambar gambar mereka. Booyah! (kenapa ada ekspresi begini, aku tak tahu)

Gambar Siti Simba sehari sebelum melahirkan anak anak nya

Nombor dua baru keluar!

Aku potong talipusat mereka! Hehe.


Seekor di kaki, seekor di tangan. Eh, tangan ke?

Boleh tahan juga aku jadi bidan kucing haha. Tiba tiba aku rasa aku patut jadi vet, bukan matematis. Hmm.




Notakaki: Semalam ulangtahun kelahiran Emak kot Masihi. Kelmarin ulangtahun kelahiran Adik kot Hijri.

9 comments:

As said...

COMEL~!!! ^___^


p/s: moga semuaaaa sekali yang disebut di atas dalam rahmat kasih sayang Allah. Ameen!

bawangmerah said...

apa nama anak siti simba?

Anoneemus™ said...

Tak pernah tgk tali pusat kucing. ada gambar?

needa zainuddin said...

comey la...huu~

Matematis Muda said...

as,
macam tuan dia kan? hehe thanx ameen

bawang,
jeng jeng jeng

neem,
takde. waktu tu tgh fokus. so, tak ambil gambar huhu

needa,
tgk tuan dia la haha

Kuey san said...

Patut amik O & G ! Tali pusat manusia aok boleh potong. Suuuhhhh.. memancut darah. Kekekee.

Btw, koi pun panggil kaki depan sebagai tangan. Hahahaha.

Matematis Muda said...

potong tali pusat manusia cenggitu eh mancut darah. pawa~ hahaha

Anonymous said...

bulatnyeee anak kucennnnnn
suke ai nengoknye
kucen ai pun baru beranak..laa ni umo mereka baru 11 hari..yg seko tu 3 kale..kak long..betina..nak ke? kite tukar2 anak kucen, mau?
hahahaha

in☂an Jun$u said...

ok.aku tau aku paling lewat dpt berita ni..

tahniah!

tahniah sebab berjaya jadi bidan kucing.so nanti kalo ko kawen n bini ko nak beranak,xdela ko takut2.kansss?hee..