Thursday, May 26, 2011

Pertandingan!

Ok, sekarang aku nak buat satu pertandingan. Pertandingan memberi nama anak Siti Simba. Aku lebih prefer nama mereka satu perkataan sahaja. Bukan macam Siti Simba. Bukan macam Matematis Muda. Bukan macam Mawar Merah. Eh? Abaikan.

Nama tak perlu signifikan. Nak bagi nama pemain bola atau nama permainan pun takpe. Nak bagi nama kot bahasa itali atau latin atau greek atau perancis pun takpe.

Siapa bagi nama paling best aku bagi hadiah. Hoyeah! Oh ya, best di sini bergantung kepada citarasa aku sahaja ya. Citarasa orang lain aku tak ambil peduli. Muahahaha.

Cara menyertainya; tinggalkan sahaja cadangan anda di ruangan komen. Mudah sahaja! Tak perlu isi borang, tak perlu beli barang, tak perlu lengkapkan slogan. Hahaha.

Tarikh tutup pertandingan ialah, erm, ialah, hmm Rabu depan! 1 JUN 2011. Hadiah, nanti aku fikir. Kalau nak request pun boleh hehe.

Nah, gambar terkini sebagai panduan. Yang kiri jantan, ada calit itam sikit atas kepala dan di hidung. Yang betina belah kanan, all-white, hidung pink haha.

Gambar diambil guna kemera henfon sahaja.

19 comments:

nurdini izni said...

timon & pumba :P

Master J said...

haha cdgan kt atas best gak..

my entry:

hakuna & matata =p

Kelon Eric Bana said...

my entry:

matematis dan muda

Hermione Sakura said...

nabil dan nabila

kiki said...

cintot dengan contet

bawangmerah said...

bonnie & clyde

ft said...

jantan = chiko betina = choki

syasya(^*^) said...

dino n donut

kawan rehe. haha said...

laki = brain, pompuan = pinky. haha

sitimasleha CJ said...

suke nama gemol & toney.

Raihan Mahmood said...

laki - kicap
perempuan - tiram

haha, tp aku suka name kicap tu, mcm sesuai je.haha

Kuey san said...

toby dan tora

hadiah boleh post. trimassssss ;p

Anonymous said...

comelnye!

puteri & putera.:)

-enriuel

KiRaNa said...

sgt comel....:D

tora dan dora

orked said...

chris dan medina. hahaha

As said...

as suka yang all white macam bunga melur.

nak bagi nama Bayu dan Melur!

p/s: hidung pink? sweet!
nak klik like 1st para last line ;p

Dammit said...

dammit?

naimsaleh said...

kalo gua, gua prefer nama islam..
tapi gua takde idea nak suggest kat lu..

harap maklum..

STALKER said...

saya pun nak join bagi nama jugak.
kucing perempuan, Siti Stalkerina.
kucing lelaki, Rain.
okey?