Wednesday, May 11, 2011

Cerita Keibuan (Episod 01)

Aku di sebuah firma guaman. Ada urusan tentang rumah Emak suruh selesaikan. Sedang aku menunggu orang ofis tu proses pembayaran aku, telefon berbunyi. (kalau kaurang nak nyanyi lagu WonderGirl Wonder Pet sekarang pun boleh)

Emak di talian.

"Ko kat mana?" Emak tanya nada risau.

"Tengah bayar kat tempat ni la," aku jawap tak berapa betul dengan nada tak teratur. Pelik dengan tona suara Emak.

"Dah siap belum?" Emak tanya lagi.

"Dah bayar. Tengah tunggu dia, erm, print, proses, resit kot. Entah." Aku jawap steady tak steady.

"Ah, cepatlah balik. Simba dah beranak! Terketar ketar lutut Mama ni,"

Dalam hati aku serta merta tergelak kecil. Tengok kucing beranak pun boleh terketar ketar lutut. Hehe. Well, that's my Mom. Comel pe, terketar ketar lutut. Baru lah perempuan. Biar perempuan jadi perempuan, and live the macho macho thing to the man. Hahaha.

Sempena Hari Ibu tempohari.

Bagi aku, lirik lagu Mama dari kumpulan SpiceGirl, aku rasa adalah antara yang terbaik untuk menggambarkan perasaan seorang anak. Lebih lebih lagi, budak nakal macam aku. Heh.

She used to be my enemy and never letting me be free,
catching me in places that I know I shouldn't be,
Every other day I crossed the line
I didn't mean to be so bad,
I never thought you would become a friend I never had

Back then I didn't know why,
Why you were misunderstood (mama),
So now I see through your eyes,
all that you did was love

Sangatlah menyentuh hati ku. Maklumlah, aku selalu 'crossed the line'. Dia selalu larang aku pergi tempat itu dan ini. Tetapi, yang ajaibnya, bila aku cross je line tu, 9/10 dari cubaan aku, akan kantoi. Walaupun, aku anggap diri aku sebagai seorang 'penjanayah terancang' tapi mesti ada flaw. Dang! Emak memang power.

Mungkin itu antara sebab yang menyebabkan aku agak teliti sekarang bila merancang sesuatu. Heh. Kepada siapa lagi aku nak berterima kasih?

Mama, I love you~
Mama, I care~

Dulu, macam agak malu sebab orang lain keluar jalan jalan kat mall dengan member member, tapi aku keluar dengan Emak dan Bapak. Gila bosan. Tapi sekarang, aku tak kisah pun keluar dengan diorang. Rasa macam bangga+seronok pun ada.

Dulu, kalau boleh nak ada jarak bila jalan jalan dengan diorang. Sekarang, aku tak kisah pun nak jalan sambil pegang tangan Emak atau peluk bahu Bapak.

I can't be any prouder to have such a lovely Mama.



notakaki: Episod 02, aku cerita pasal pengalaman menonton Siti Simba beranak.

1 comment:

Azniza Ambrose said...

kan, kan..aku pun camtu jg dgn parents aku dl, hehe. btw, cepat skit type entri siti simba beranak tu. xsaba nk bc :)