Wednesday, May 18, 2011

Lagu Tiga Kupang

Pagi tu, aku baru kemas rumah. Rumah aku kena pecah. Maksud aku, kena pecah betul la. Pecah baik punya. Bedebabow! Pecah. Renovate. So, kena kemas lah barang barang tanak bagi berhabuk.

Dah penat kemas sikit, aku naik atas makan nasi lemak. Emak punya nasi lemak memang adalah terbaek, di seantero benua. Terbukti hingga ke Qatar. Muahahaha.

Oh, selingan. Aku rasa kalau lepas makan nasi lemak, minum susu, rasa dia memang pegi! Nasi lemak dan susu bagi aku adalah satu kombinasi yang terbaik-lazat-dilisyes-yummy! Emak dan Bapak tak setuju. Diorang kata nasi lemak kena pair dengan kopi O, baru pegi. Aku try gak pagi tadi. Tak berapa pegi. Tak boleh lawan susu gak. Susu Dutch Lady plak, fuh.

Ok, sambung.

Tengah tengah kemas tu tetiba perut rasa lapar. Aku pun naik atas nak makan. Ambil pinggan apa semua, senduk nasi. Sambil sambil tu aku nyanyi

"Air pasang pagi, surut pukul lima,"

Aku cedok sambal secukup rasa. Fuh, sambal Emak memang rasa sekali nak lagi! Haha.

"Nyonya bangun pagi, siram pokok bunga,"

Aku pun memulakan suapan. Pergh! Memang pegi! Penat penat lapar layan nasi lemak. Fuh! Tapi aku perasan ada something wrong. I donno what but something wasn't right. Aku toleh kiri toleh kanan. Tak de pape. Aku sambung suap.

"Pokok bunga melor, tanam tepi batas,"

Pergh! Apa kena entah macam syok pula makan sambil nyanyi lagu ni.

"Itik bertelur, ayam menetas,"

Hah! Telur! Aku lupa ameq telur dalam peti ais. Patut lah macam somethin wrong! Cet. Dah nak habis plak makan.

2 comments:

Kelon Eric Bana said...

nanti kalau kawin (saya doakan aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn - hahahha...panjang amin tuh), kita akan lihat MM akan buat enti bayes (bias) pulak.

Hermione Sakura said...

hahahaha..lawak la ko ni