Sunday, April 4, 2010

Definisi

April 2. Malam. Gua tengah bercakap telefon dengan Bapak pasal agreement untuk BlackBerry. Bincang punya bincang, tiba tiba mata gua terpandang atas lalu nampak bulan celah celah pokok. Gua pun lari masuk dalam bilik capai kamera. Kepit telefon antara telinga dan bahu. Dan sambil bercakap sambil tangkap gambar.






Lepas tangkap gambar ni semua, gua dah ada definisi baru tentang bulan. Bulan ni cantik. Bukan sebab dia putih, bukan sebab dia berseri seri, bukan sebab dia bulat. Dia cantik sebab dia bulan. Maksud aku sebab peribadi dia tu dah cantik.

Sama juga dengan manusia. Perempuan putih tak semestinya cantik. Rambut panjang tak semestinya cantik. Muka cantik perangai hudoh pun tak cantik.

Ok, cantik tu sabjektif.

Tapi, untuk sesiapa yang ada kekasih hati. Gua percaya dia suka kekasih dia bukan sebab rupa sahaja. Walaupun bulan berkawah sana sini, tapi dia tetap cantik. Peribadi bulan itu sendiri cantik.

Gua rasa gua dah melalut ni. Elok kita terus ke kesimpulan terus. Kesimpulannya, bulan ni macam perempuan. Menggoda. Dayem!



notakaki: Gua ada periksa esok dan lusa. Dua dua kertas maut punya. Jadi, gua kena fokus. Kalau ada rezeki, lusa malam gua apdet pasal MU Chelsea. Kita jumpa di sini.

notakepalakaki: Gua saspek linesman game malam tadi main fantasy football. Dia ada Drogba. Sebab tu dia kasi can Drogba skor. Hantu betul!

notahujungkaki: Aku pun tak tau kenapa tiba tiba ganti nama diri aku jadi gua dalam entri ni. Mungkin sebab MU kalah. Baik gua gi sambung stadi.

Tengok, gua lagi. Siyal punya ref!

notaberapabanyaknotadaa: Kalau klik dekat bulan, nanti boleh nampak gambar 3D. Siriyes.

12 comments:

Anonymous said...

teruk betul ref...gol pakai tangan pun boleh kira ka?

suehanna said...

MM! (:

Matematis Muda said...

kelonericbana,
gol pakai tangan orang panggil 'hand of god'. gol ofsaid kita panggil curi ayam. boo~ haha curi tak berkat. menang piala pun tak lama.

sue,
sue! :)

Anonymous said...

ya ya, hand of god, baru aku teringat cerita Maradona. sebab berkat dia jadi gemuk sekarang.

Master J said...

hahaha ok aku gelak bc notakaki2 ko..haha..

btw..suka entry ni..gud point ;)

enriuel said...

gambar bulan tu cantik.thumbs up!!
ade ala-ala poster new moon.tapi new moon pny lagi cantik.haha

KiRaNa said...

subhanallah..sgt cantik...^_^

alifzaimimra said...

bulan~~~ @_@

aku suke~~ @_@

3p4h said...

Bulan yg mana satu nk klik ni? Xnmpk pn 3D T_T

Matematis Muda said...

kelonericbana,
gemuk lagenda

master j,
err aku pun gelak baca notakaki2 aku sendiri hehe boleh?

enriuel,
new moon? apa tu? ada bulan baru ke? bukan bulan ada 12 je? hehe

kirana,
subhaanallaah

alif,
sila kawal diri anda. ini tempat umum hehe

3p4h,
xde pun. aku tipu~ hahaha (gelak jahat)

As said...

gempakness

in☂an Jun$u said...

sejuk jiwe aku baca entri kamu ni,mat.. :)