Monday, March 15, 2010

Pengalaman MM Naik Bas Ekspres

Kuala Lumpur - Kuantan. Cuti Maulud Nabi. Bas bertolak dari KL jam 2130.

Selepas berhenti beberapa puluh minit di Hentian Rehat Temerloh, bas pun nak sambung balik perjalanan. Seperti biasa pemandu bas akan cek penumpang cukup ke tak dulu.

Naik sahaja bas, pemandu pun berdiri tengok ke tempat penumpang. Panjangkan leher sikit. Dan kata,

"Satu, dua, tiga, empat," berhenti sekejap. Panjangkan sikit tengkuk. "Lima! Ok, semua ada. Jom,"

Dan kami pun menyambung perjalanan dengan damai.

5 comments:

bawangmerah said...

takkan lima je?

kinawa said...

prime?

Kuey san said...

MM,

dah macam VVVIP dah. Huhu~
Penuh privacy!

8)

in☂an Jun$u said...

tak heran pon..ahaha :p

Matematis Muda said...

bawang,
yupp.bas 5 bintang 5 orang je boleh naik. sorang ambik satu bintang.

wordo,
prime-mugari?apa ko mencarut daaa

kuey-san,
semestinya..nasib baik seat dia 2 2. kalau disusun 4 rapat rapat, harus aku baring haha

bukan,
tak suruh heran pon~ haha