Thursday, March 18, 2010

Hujung Minggu Lepas Sepupu Aku Kahwin

Aku kecewa.

Bukan kecewa sebab tak dapat kahwin dengan sepupu aku! Astaga, korang ni. Aku kecewa sebab sewaktu dalam bas nak balik rumah dari kampus, aku sangat teruja nak ambil gambar perkahwinan pertama dengan kamera baru aku.

Malangnya, bila sampai rumah, aku nak kosongkan memori kamera aku, bateri takde. Dah la aku tak bawak balik pengejas.

Aku kecewa.

Baiklah, sebenarnya aku nak cerita ini kali pertama aku terlibat dengan perkahwinan berkonsep moden. Yakni, majlis dibuat di dewan atau hotel atau yang sewaktu dengannya. Dan dengan jurumasak yang dibayar. Caterer.

Sesungguhnya, ia adalah sangat tidak seronok. Maksud aku sebagai seorang jurudotdotdot*(rujuk notakaki). Bayangkanlah, selalunya akan ada tugasan tugasan seperti angkat lauk, jaga air, basuh pinggan, kerja itu, kerja ini.

Tetapi semua tugasan tugasan tersebut sudah diambil oleh katerer. Habis sepupu sepapat ramai ramai ni nak buat apa? Mati kutu kami dibuatnya.

Memandangkan majlis diadakan di dewan di tingkat 6 Bangunan Lembaga Jurukur & Tanah, aku jadi penyambut tetamu di lif. Dan beberapa sepupu yang masih belum hafal sifir 12 ditugaskan duduk dalam lif tekan butang 'open'.

Sangat memenatkan. Tak. Tipu je. Tak penat langsung dan membosankan.

Aku rasa perkahwinan cara tradisional lebih seronok dan meriah. Dengan segala macam kerja kerja secara gotong royong samada sesama ahli keluarga mahupun dengan jiran tetangga.

Wah, meriah sekali.


Ini gambar gambar pertengahan tahun lepas. Sepupu aku yang lain kahwin. Gambar aku ambil dengan kamera K770i.

Arwah Sony Ericson K770i dulu banyak berjasa kat aku. Sekarang, henfon pun pinjam orang punya.

Oh ya, ini gambar febret aku.
Kampung habis!



notakaki: Jurudotdotdot tu aku tak ingat gelaran betul dia. Gelaran untuk orang orang yang bagi telur, isi air, basuh pinggan dan sebagainya ni. Orang Kelantan panggil jungkako kot. Yang pasti, aku tak ingat apa terma standard dia. Dayang? Duyung? Apa entah.

10 comments:

Kuey-san said...

salam,

aku suka cara caterer. mls nak berhujah byk, tp aku suka cara begitu. haha~

lg 1, hp SE K770i aku dah uzur.. tp masih menjadi pilihan sebagai mp3 player :)

bawangmerah said...

ok, ni konfem MM kawen nanti tak pakai catering

Zue said...

aku ingat nak pakai catering je, tapi emak aku dah warning siap-siap nanti kalau aku kawen tak bleh guna caterer. haih...

Szakif said...

Nabil, bulan 6 nanti kat Banting ada wedding yang perlukan jungkako.

Sudi?

:D

aKu buKan Merg@sTua said...

istilahnye bukan dayang or duyung..

dugong..yup,tu gelarannye.tp untuk MM sorang je..hahaha!

wordsmith said...

terma sahih ialah: bentara

btw, tuan phone ajak makan gambar last. esok. amacam?

Huzai said...

nama dia PENANGGAH. Kalau ikut tempat aku lah.

Matematis Muda said...

salam,
cara begitu tak best!noktah! buahahaha

aku nye dah bagi kat pencopet. hehe

bawang,
err benda macam tu kita takleh bincang sekarang hehe

zue,
ok kawen cepat hehe

szakif,
erm malu la haha

BukanMergasTapiDugong,
ye tepat sekali hehe

wordsmith,
sahih? ce tengok komen atas ni
cakap kat tuan fon, esok aku nak tidorrr

huzai,
haaa aku pun rasa lebih kurang macam tu bunyi nye

wordsmith said...

ala rilek la, musnad lain lain. sahihain.

panggil_ako_feni_feni_feni said...

wow... it's interested in me.... so cute for the flowers... can i get 1??? hahhhahah