Wednesday, March 31, 2010

Kreativiti

Hari tu dekat universiti tempat aku belajar ni, diorang keluarkan pengumuman yang mulai semester depan, pelajar lelaki tidak akan diberi tempat di kolej kediaman atas sebab sebab tertentu.

Lepas dapat berita tu, ramai la yang frust dan kecewa. Tak kurang juga yang maki hamun, sumpah seranah dan sebagainya. Aku tak lah emo sangat. Sebab aku fikir benda sebegini dah normal di IPT lain. Cuma, aku perlu akui yang aku agak kecewa la dengan pihak pengurusan universiti. Tapi takpe.

Aku bukan nak bercakap pasal benda ni sangat pun. Aku tak kisah sangat pun. Yang aku kisah ialah pasal benda lain. Ini cerita sebenarnya.

Macam aku cakap tadi, ramai yang hangin. Jadi, aku follow the flow, aku lempiaskan protes aku dengan meng'photoshop' poster filem filem tertentu secara sinis terhadap pihak atasan. Lepas edit, letak kat Facebook, tag semua orang haha.

Lepas pada tu, ramai la yang komen poster tu. Ada beberapa orang yang puji dan cakap terbaik, smart, kreatif dan sebagainya. Of kos la kembang semangkuk kejap haha. Tapi aku terlintas dekat kepala bila orang cakap kreatif.

Bermula dari pusat asasi, aku banyak buat hasil hasil kerja yang memerlukan kreativiti. Kreativiti dari segi design mendesign seperti buat poster, logo, design tag nama, dan sebagainya. Ada gak aku buat filem pendek, montaj dan benda benda lebih kurang, tapi itu kurang tepat dengan tajuk perbincangan kita hari ini. (Cewah)

Aku harus akui, aku sangat pening kepala bila diberi tugas untuk design mendesign ni. Walaupun aku suka, tapi aku bukanlah jenis yang dari kecik kalau bagi pensil warna suruh lukis lembu, jadi lembu. Kadang kadang jadi kambing atau kuda. Yang selalunya jadi kucing atau arnab. Tapi aku suka dengan benda benda design ni.

Bermula masa dekat sekolah dulu, aku berkawan dengan budak redaksi sekolah. Malam malam lepak kat bilik redaksi tengok diorang buat kerja. Aku kagum dengan ketekunan diorang. Dari nak buat cover majalah, hinggalah ke layout setiap muka surat. Semua diorang buat sendiri secara terperinci.

Eh, apa aku cerita ni. Jap, nak ingat balik motif asal entri ni. Ok, ingat dah.

Ok, aku nak cakap, sekreatif mana pun orang tu, mesti akan tensyen gak bila tak dapat idea untuk design diorang. Tak kisah lah design artwork ke, design calender ke, design cupcakes ke, apa apa. Kalau diorang nak hasilkan sesuatu yang marvellous, diorang akan tekun memerah otak.

Tapi pernah tak kita tengok alam semesta ni sebagai satu design. Penguin warnanya begitu dan dia hidup di tempat begitu. Unta warnanya sedemikian dan dia hidup di tempat sedemikian. Katak warnanya begini, kulitnya begini, dia lepak dekat tempat tempat begini.

Tiada satu pun kita rasa tak masuk. Semuanya sesuai dan padan. Kalau tak kena dengan jiwa kita pun, kita tidak akan rasa ia teruk. Kalau kita nampak pelik pun, kita akan dapati ia pelik tapi menarik. Tidak seperti fesyen Lady Gaga.

Jadi mari kita hayati keindahan ciptaan Tuhan ini. Sayangi bumi, Earth Hour bukan sejam hari tu je. Laptop biar on 27 jam sehari pun tak Earth Hour mana. Banyak lagi benda yang boleh kita buat untuk menunjukkan kasih sayang kepada Bumi.

Sebagai contoh, tengok dia ni.

Friday, March 26, 2010

Petang Semalam Aku Ada Peperiksaan

Nombor meja aku ialah 1. Aku pun tak tahu mengapakah aku selalu dapat nombor meja depan depan sedangkan nama aku bermula dengan M, Matematis Muda.

Lepas duduk, aku cuba tengok papan putih. Meja aku rapat ke dinding depan. Jadi, tak nampak lah apa yang dia tulis di papan putih dan jam. Nasib aku pakai jam tangan mahal yang aku beli di Qatar tempohari.

Aku mulakan menjawap dengan soalan objektif. Yang mana kena fikir sikit, aku langkau. Aku cuma jawap yang sekali baca terus dapat jawapan. Habis 13 dari 40 soalan, masuk bahagian sabjektif.

Baca soalan sekali lalu.

Ok. Part C pula. Baca soalan Permasalahan Kes Syarikat Seimens. (ke eja dia Siemens, lantaklah)

Ok dah. Kembali ke soalan objektif yang aku tinggal tadi.

Baca sekali, dua kali, tiga kali, sepuluh kali, tak dapat. Aku rasa otak aku jam. Tidur tak cukup mungkin. Dari pukul 8 ke pukul 1040 sepatutnya sudah mencukupi. Entahlah.

Aku tengok jam, pukul 3.05. Setengah jam sudah berlalu.

Ada lagi 27 soalan objektif, 2 soalan esei, 2 soalan Permasalahan Kes.

Aku pun membahagikan masa, 3.30 aku sambung jawap soalan objektif. Pukul 4 nanti jawap soalan esei. Pukul 4.45 jawap Permasalahan Kes.

Lantas aku silangkan tangan, tongkatkan dagu ke dada, sandarkan belakang pada kerusi, lelapkan mata. Tidur. Aku kata dalam hati, pukul 3.30 karang aku sambung.



Baiklah. Cuba teka apa yang berlaku selepas itu.

Wednesday, March 24, 2010

Teka-teki

Asyik bagi teka teki je. Nampak sangat takde idea nak apdet. Haha.

Trivia ini aku dapat idea dari kawan aku. Dia balik balik je, dia tanya

Musim bila tandas berbau kopi?



Jawapan kepada trivia ini juga bertindak sebagai jawapan kepada kekurangan apdet dariku. Mohon maaf atas segala kekurangan, ewah.

Thursday, March 18, 2010

Hujung Minggu Lepas Sepupu Aku Kahwin

Aku kecewa.

Bukan kecewa sebab tak dapat kahwin dengan sepupu aku! Astaga, korang ni. Aku kecewa sebab sewaktu dalam bas nak balik rumah dari kampus, aku sangat teruja nak ambil gambar perkahwinan pertama dengan kamera baru aku.

Malangnya, bila sampai rumah, aku nak kosongkan memori kamera aku, bateri takde. Dah la aku tak bawak balik pengejas.

Aku kecewa.

Baiklah, sebenarnya aku nak cerita ini kali pertama aku terlibat dengan perkahwinan berkonsep moden. Yakni, majlis dibuat di dewan atau hotel atau yang sewaktu dengannya. Dan dengan jurumasak yang dibayar. Caterer.

Sesungguhnya, ia adalah sangat tidak seronok. Maksud aku sebagai seorang jurudotdotdot*(rujuk notakaki). Bayangkanlah, selalunya akan ada tugasan tugasan seperti angkat lauk, jaga air, basuh pinggan, kerja itu, kerja ini.

Tetapi semua tugasan tugasan tersebut sudah diambil oleh katerer. Habis sepupu sepapat ramai ramai ni nak buat apa? Mati kutu kami dibuatnya.

Memandangkan majlis diadakan di dewan di tingkat 6 Bangunan Lembaga Jurukur & Tanah, aku jadi penyambut tetamu di lif. Dan beberapa sepupu yang masih belum hafal sifir 12 ditugaskan duduk dalam lif tekan butang 'open'.

Sangat memenatkan. Tak. Tipu je. Tak penat langsung dan membosankan.

Aku rasa perkahwinan cara tradisional lebih seronok dan meriah. Dengan segala macam kerja kerja secara gotong royong samada sesama ahli keluarga mahupun dengan jiran tetangga.

Wah, meriah sekali.


Ini gambar gambar pertengahan tahun lepas. Sepupu aku yang lain kahwin. Gambar aku ambil dengan kamera K770i.

Arwah Sony Ericson K770i dulu banyak berjasa kat aku. Sekarang, henfon pun pinjam orang punya.

Oh ya, ini gambar febret aku.
Kampung habis!



notakaki: Jurudotdotdot tu aku tak ingat gelaran betul dia. Gelaran untuk orang orang yang bagi telur, isi air, basuh pinggan dan sebagainya ni. Orang Kelantan panggil jungkako kot. Yang pasti, aku tak ingat apa terma standard dia. Dayang? Duyung? Apa entah.

Monday, March 15, 2010

Pengalaman MM Naik Bas Ekspres

Kuala Lumpur - Kuantan. Cuti Maulud Nabi. Bas bertolak dari KL jam 2130.

Selepas berhenti beberapa puluh minit di Hentian Rehat Temerloh, bas pun nak sambung balik perjalanan. Seperti biasa pemandu bas akan cek penumpang cukup ke tak dulu.

Naik sahaja bas, pemandu pun berdiri tengok ke tempat penumpang. Panjangkan leher sikit. Dan kata,

"Satu, dua, tiga, empat," berhenti sekejap. Panjangkan sikit tengkuk. "Lima! Ok, semua ada. Jom,"

Dan kami pun menyambung perjalanan dengan damai.

Thursday, March 11, 2010

Nota Untuk Beckham

Kepulangan anda sangat kami nantikan. Semoga berbahgia di galaksi. Kalau kau main kat piala dunia aku sokong england. Kalau tak, aku sokong italy dengan sepanyol je.



Dammit, gua tak sabar nak tengok gambar Syaitan Bertiga gua ni hahaha.

Monday, March 8, 2010

Untuk Mengisi Masa Lapang Anda Sempena MM Tak Dapat Apdet Blog Selalu

Aku curi dari fesbuk siapa entah. Aku tak kenal. Dia kedekut gila tanak bagi jawapan. Tapi aku tak kedekut. Bukan sahaja tak kedekut, malah pemurah, baik hati, lemah lembut, sopan santun, tertib ternih dan sebagainyalah.

Baiklah, jawapan dia aku bagi lepas ada orang jawap. Ini dia teka tekinya. Terimalah.

Cuba selesaikan teka-teki berikut berikut menggunakan apa sahaja kaedah yang anda fikirkan terbaik.

1. Terdapat lima rumah dengan warna yang berlainan.
2. Dalam setiap rumah, terdapat seorang penghuni yang berasal dari negeri yang berlainan dengan penghuni lain.
3. Kelima-lima penghuni ini, gemarkan minuman, menghisap rokok dan membela haiwan peliharaan yang berbeza.
4. Tiada satu pun antara kelima-lima penghuni ini, membela haiwan, menghisap rokok dan minum minuman yang sama.
5. Pembayangnya adalah

A: Lelaki dari England tinggal di rumah berwarna merah.
B: Lelaki dari Sweden membela anjing.
C: Lelaki dari Denmark minum teh.
D: Rumah hijau terletak di sebelah kiri rumah berwarna putih.
E: Pemilik rumah hijau minum kopi.
F: Lelaki yang menghisap rokok Pall Mall membela burung.
G: Pemilik rumah berwarna kuning menghisap Dunhill.
H: Pemilik rumah yang di tengah-tengah minum susu.
I: Lelaki dari Norway tinggal di rumah yang pertama.
J: Lelaki yang menghisap rokok Blend tinggal di sebelah lelaki yang memelihara kucing.
K: Lelaki yang memelihara kuda tinggal di sebelah lelaki yang menghisap rokok Dunhill.
L: Penghisap rokok Blue Master meminum beer.
M: Lelaki dari German menghisap rokok Prince.
N: Lelaki dari Norway tinggal di sebelah rumah berwarna biru.
O: Lelaki yang menghisap rokok Blend berjiran dengan lelaki yang gemar minum air kosong sahaja.

Soalannya: Siapa yang bela ikan?



Tips menjawap dari MM: Gantikan perkataan perkataan penting dengan perkataan inggerish. Contohnya red, blue, white, cat, dog, whadafish dan sebagainya.

notakaki: Aku rasa sangat jenius dapat come up with the tips. Sangat membantu, kan?

Tuesday, March 2, 2010

Ujian

Aku ambil dari Diloz. Kalau korang suka tengok gelagat budak, adalah wajib untuk tengok video ini.

Kurang ajar sungguh ujian sebegini. Haha. Ini ujian untuk budak budak Eropah, diorang bagi marshmallow. Kalau budak Melayu, aku tak pasti diorang bagi apa. Donat ke, cendol ke, ABC ke. Aku secara personal, ujian paling getir mungkin kalau dia letak cheese cake kot. Atau ayam goreng. Ya, ayam goreng! Haha.

Korang rasa apa yang paling menguji korang waktu kecil dulu?

Monday, March 1, 2010