Wednesday, December 30, 2009

Rentetan Entri

yang ini.

Memang aku rasa entri ni boleh menang anugerah entri paling tahi sepanjang kewujudan CDR. Tapi lantaklah.

Kali ini, aku nak cerita pasal satu trend zaman sekarang dan perihal hukum-menghukum. Take note.

Secara tiba-tiba ramai yang suka ambil gambar. Aku bukan nak mengutuk mereka yang minat benda ini. Aku yakin minat mengambil gambar - baik gambar sendiri atau gambar lain - telah lama wujud dalam diri masing-masing. Ada yang suka mengambil gambar ada yang suka diambil gambar. Tak kisahlah.

Kebelakangan ini, semakin ramai manusia yang memiliki kamera refleks lensa tunggal dijital (DSLR). Sehingga aku merasa tidak layak untuk mengambil gambar jika di tanganku cuma ada kamera kompak dijital. Apa yang lebih menyakitkan hati, ialah jika yang berkamera sedemikian cuma sekadar bergaya dan suka-suka sahaja. Ambil gambar tanpa nafsu. Tiada passion.

Sebelum ke Qatar tempoh hari, aku telah memastikan aku bersedia dengan kamera yang seronok untuk menangkap sedikit momento sepanjang di sana. Aku mengambil keputusan untuk sekadar beli kamera bukan DSLR. Aku bertekad cuma akan memiliki kamera tersebut hanya bila aku mampu. Dalam erti kata lain, tunggu kerja dulu la.

Lagi pun kalau aku berDSLR, semestinya kurang selesa untuk menangkap gambar sambil memandu. Haha.

Oh, berbalik kepada motif asal entri ini.

Di Qatar, aku lepak dengan Markov. Dia pun ada kamera dijital. Lumix, model apa entah. Dia pun berminat dengan DSLR. Tapi bukan secara sirius la. Takde pun tak apa.

Cuma, sewaktu kami berbual. Bila dia bertanya tentang selain dari zoom dan gambar yang mantab, apa lagi kelebihan DSLR.

Aku katakan kepadanya ada satu perbezaan yang besar. Kalau kau ambil gambar di kawasan orang ramai, dengan kamera kompak dijital sahaja. Orang akan pandang remeh kat kau. Lebih teruk lagi, jika kau ambil gambar perempuan, orang akan cop kau stalker. Cuba, kalau kau pegang DSLR. Kalau perempuan nampak kau nak ambil gambar dia, dia dengan sukarelanya akan bagi pose terbaik untuk kau. Kan?

Markov angguk-angguk. Kemudian berkata,
"Aku nak angkat DSLR satu la,"

6 comments:

Anonymous said...

eh betul la. Aku penah nak amik gamba pompuan guna compact camera tp dia x mau sbb ingat utk koleksi peribadi kot. Aku bukan pervert ok lah!

Tp bila org laen yg guna dslr amik, suke je die! aku benci die!!

tusky said...

trend baru..
lagipun DSLR kind of 'affordable' skarang ni... so, sume eager nak angkat satu.

kuroneko said...

Ceis, baru aku perasaan manusia mmg camtu..tapi aku masih x layak dan xmampu nak guna DSLR. Kompak aku tetap dihati.

Shana said...

Sokong! Yang lagi tak puas hati tu, mentaliti org yg bw DSLR ni. Mentang2 kamera mahal, budget semua gmbr yg diamek cun2 belaka. Dhla takde perspective, tak tau nk placing object kat mana, senget benget plak tu. Gah!!

GigiWangi said...

Weyh betul!. Kamera aku kompak biasa je. Kekadang tuh, nak amik gambar pun naik segan. Yalahh, semua orang dah pakai DSLR. Bukan main berlagak lagi. Tak suka!

Matematis Muda said...

shamel,
err siapa 'dia' tu? hehe

tusky,
yupp trend..ada orang takut digelar tak ap-tu-det kalau tak ikut trend kan

kuroneko,
sama. belum mampu utk memiliki satu

shana,
haha sabar-sabar, bawak bertenang. itu kamera dia hehe

lobak,
memang segan kan..