Monday, April 11, 2011

Sekolah Agama (episod 1)

Baru-baru ini, aku mewakili kampus untuk ke pertandingan futsal di kampus utama. Kalah di peringkat suku akhir dengan pasukan yang kemudiannya menjadi juara.

Cerita sikit, kami kalah 1-2 dengan gol kedua dijaringkan sejurus sebelum wisel penamat. Di peringkat separuh akhir, pasukan yang menang dengan kami itu menang 5-0. Dan dengan jaringan yang sama, mereka menang di perlawanan akhir. Shilakak betul. Patut kitorang jumpa kat final kan? Hehe. Rezeki masing-masing.

Apapun, aku bukan nak cerita pengalaman bermain futsal pada kejohanan tersebut. Tetapi aku nak cerita tentang perbualan aku dengan seorang kawan yang aku terjumpa semasa kejohanan itu. Kawan lama. Kawan zaman 90-an dahulu.

Dah nama pun kawan lama, bila berjumpa pastinya perbualan berkitar tentang perkembangan masing-masing dan juga kawan-kawan lain. Sebut nama, "Oh, dia dah fly dah. Pergi negara itu ambil jurusan itu." Sebut nama lain, "Eh dia ada dengan aku dekat Kuantan ambil jurusan itu-ini."

Yang mengecewakan aku ialah respon dia bila dapat tahu ada di antara kawan kami yang melanjutkan pelajaran ke bidang agama. Lebih kurang katanya, "Ya Allah, apa bengap gila diorang ni ha? Nak cakap bodoh, time belajar dulu dapat nombor tinggi pada aku. Tak paham betul aku."

Aku tanya "Apsal lak?"

"Takde la. Si Aizat tu pandai gila kan?" dia petik nama kawan kami yang melanjutkan pelajaran di Madinah dalam jurusan Quran dan Sunnah.

Aku angguk mengiyakan.

"Apesal tak ameq course bagus-bagus sikit. Awak tu pandai. Kalau aku cakap genius pun tak salah aku rasa. Nak pergi belah-belah timur tengah tu aku tak kisah sangat. Tapi rugi la, otak pandai ameq course biasa-biasa je. Bukannya takde medic ke engineering ke kat timur tengah nu." panjang lebar dia berleter.

Aku diam.



bersambung...

2 comments:

suehanna said...

cikgu english aku masa sekolah rendah dulu bawak cili merah dlm pencil box dia. hahahaha, saja nak btau :P

Matematis Tua said...

budak sekolah agama bila bercakap tentang budak sekolah agama.

bersambung...