Ceritanya bermula begini. Cewah. (Aik, kenapa kena ada ayat ini? Abaikan.)
Ada satu malam, aku baru lepas tonton Black Swan. Dang! Cerita tersebut begitu menangkap sampai aku tak boleh tidur lepas tu. Aku rasa sungguh terkena. Aku rasa sangat saiko, deep, dark dan pelbagai lagi perasaan yang sukar ditafsirkan. Rasa macam suka gila gaya penceritaan cerita tu.
Oleh yang demikian, lepas menonton tu, waktu di pembaringan dalam percubaan untuk tidur tu, aku cakap lah dalam hati, ini tengah tengah (bajet) deep ni kalau aku tulis puisi mesti tip top. Jadi aku bangkit dan mula mengarang. Aku sandarkan puisi aku kepada cerita Black Swan. Part aku paling suka dalam cerita tu ialah part halusinasi. Bagaimana Nina menikam Lily tetapi hakikatnya dia menikam diri sendiri. O yeah, ding dong ekstasi! (Aku pun tak faham apakah ekspresi ini. Abaikan.)
Aku simpulkan mesejnya ialah kalau nak berubah, semuanya bergantung pada diri sendiri juga. Perlu bersatu dengan diri sendiri, seperti mana Nina yang dibayangi Lily akhirnya menikam Lily dan fokus kepada diri sendiri. Fokus Nina mencapai tahap altimet apabila dia menghayati watak Black Swan sehingga terjelma menjadi Angsa sewaktu pementasan. Dang, saiko giler part ni!
Justeru, sebagai seorang matematis, aku mahu pusi/sajak (aku konfius lagi sebenarnya beza puisi dengan sajak ni) aku tu ada unsur unsur matematik lah. Serta merta aku terbayang punca kuasa kerana sifatnya yang kalau di darab dengan punca kuasa juga akan jadi hilang punca kuasa. Aku terbayang puisi aku nanti akan jadi sangat dark dan puitis. Kononnya.
Tapi masalahnya bila tidak berjiwa seni ni, aku tak tahu macam mana nak mulakan puisi aku. Lalu, aku try come out dengan beberapa idea awal, seperti punca kuasa x, punca kuasa negatif satu, atau x sahaja.
Aku tulis basic storyline dia. Ideanya, aku satu nombor yang lemas dibawah punca kuasa. Aku nak gambarkan punca kuasa tu sebagai satu masalah. Satu penghalang kejayaan. Dalam kepala aku, watak ni hanya akan berjaya jika dia bersatu dengan diri sendiri untuk hilangkan masalah tu. Punca kuasa tu.
Once again, aku stuck bila kat tengah tengah puisi. Macam mana nak tunjukkan yang untuk berjaya, dia perlu bersatu dengan diri sendiri seperti mana Nina bersatu dengan wataknya. Macam mana nak tunjukkan atau munculkan watak 'Lily yang bakal ditikam', the other square root. Takkan tiba tiba je.
Yang aku ada cuma ending dia, 'mereka bersatu, lalu hilanglah simbol durjana, bebas merdekalah ia'.
Lantas, kawan karib lama, Maulana Haji Gugel datang. Aku gugel banyak benda; dari yang berbahasa melayu, sajak matematik, puisi matematik, sajak matematika, dsb, hinggalah ke yang berbahasa inggerish. Tiba tiba aku came across satu blog ni, aku terus terpegun seperti, "Fish! This is EXACTLY what I've been trying to write!"
Aku duk menghayati dan mengkagumi sajak tu, last last aku terus give up dan translate then edit sikit untuk sesuaikan jadi macam cerita yang aku nak. Bingo! NatashaHudson satu! Haha. Yeah, lets do the NatashaHudson.
Bagiamanapun, terima kasih kepada Anonymous dalam komen di entri lepas.
Sejujurnya, aku tidak jujur. Mujur Tuhan sayang sama aku, lantas diutuskan Anonymous untuk menunjukkan memberi peringatan.
To be honest, I am totally guilty for plagiarism. But the whole idea of the puisi is totally from me. Aku memang bersalah la bab translasi tu. Tapi, aku terlampau berkerja keras untuk hasilkan puisi tu sehingga rasa macam aku sendiri yang hasilkannya. Bila siap and baca balik, it feels like original because memang dari awal itu yang aku nak hasilkan. Lantas aku terlupa langsung yang aku cuma translate hasil orang sahaja. And jujur aku katakan waktu tu, aku memang tak tahu itu puisi David Feinberg sebab blogger tu pun jenis tak bagi kredit.
Alah, padahal boleh je kalau aku gugel balik sajak tu. Tindakan semudah itu pun tak terfikir. Jenius konon. Bongoks gak la, haha. Mungkin kerana terlampau teruja+eksaited+kagum+(ah banyaklah alasan kau MM oi) jadi terlupa. Hehe.
Baiklah, mari aku kongsi sikit apa yang aku sangat suka dengan puisi itu. Perkara paling utama ialah, ia tepat sekali mengatakan apa yang aku cuba katakan. I can totally relate the poem to what I've imagined. Through my perception. Pertama, dia gambarkan watak utamanya tertekan dengan perkataan lonely di 'lonely number three'. Kemudian dia gambarkan punca kuasa tu sebagai masalah dengan mengaitkannya sebagai irrational number. Ini memang aku tak terfikir langsung. Malah punca kuasa menghalang 3 dari kejayaan digambarkan dengan frasa 'I'll never see the sun'. Mantap! Saya mesti pilih! Hehe.
Tapi, ada juga part yang dalam puisi ni yang aku tak puas hati seperti macam mana nak diketemukan dengan satu lagi punca kuasa. Aku punya 'Lily untuk ditikam'.
Puisi dia pun tiba tiba je terjumpa, 'When hark! What is this I see,'. Aku punya pula aku dapat waktu duk try masukkan sajak ni dengan gitar, tiba tiba keluar, 'Satu hari aku berjumpa, cek mek molek jual bunga,' dan aku tukar kepada 'satu lagi punca kuasa tiga'.
Walau apapun, itu semua tidak boleh dijadikan penyebab untuk aku dibenarkan memplagiat hasil orang. Aku boleh cakap yang idea asalnya dari aku, tapi aku tetap bersalah sebab guna bait bait ayat dia.
Justeru itu, kawan kawan semua. Hentikan budaya plagiat. Sekian, pesanan khidmat masyarakat di CDR.
4 comments:
panjang la plak. malas nk bc. huu~ tp aku suka explanation sajak ko dlm post yg sblm ni. semoga menjadi seorang penyajak matematik. hee. (ntah ada ntah x term penyajak matematik)
This post has been removed by the author.
Why? WHy? WHY?
Salam n hi MM,
ada tak komen lucah berbahasa Jepun yang diterima untuk Sajak Matematik anda itu?
Kekekeee~
Walaupun panjang dan walaupun aku baca agak terlewat sikit (tapi tetap baca kan?? ;p ), penerangan ko mmg best. Kalah menteri!
Beza antara puisi dengan sajak pun tak tahu ke? Jenius hapekejadahnya kalau mcam tuh??
Muahahahahaha :D
Post a Comment