Thursday, April 7, 2011

Interpretasi Sajak


Aku rasa takde lah susah sangat nak faham kan? Kan? Hehe. Agak straight forward dia punya maksud tu. Takpe mari kita cerita.

Begini ceritanya. Watak utama dalam sajak ini ialah Tiga. Tiga digambarkan sebagai tertekan kerana dia dibelenggu Punca Kuasa. Punca Kuasa ialah gambaran kepada penghalang cita cita atau impian Tiga. Atau masalah hidup.

Masalah hidup juga dikaitkan kepada jenis nombor. Nombor bukan nisbah atau irrational number dianggap sebagai nombor yang tidak sempurna oleh Tiga. Sebab itu dia harap dia Sembilan. Sebab Sembilan boleh mengatasi masalah Punca Kuasa dengan mudah.

Kejayaan pula hidup pula dinisbahkan kepada 'melihat bulan'. Kejayaan atau cita cita hanya akan tercapai apabila dia berjaya menjadi Nombor Bulat atau Nombor Nyata (real number).

Cara untuk mencapai kejayaan dalam sajak ini ialah dengan muhasabah. Cermin diri. Melihat kembali kepada diri sendiri. Bersatu dengan diri sendiri untuk mencapai kejayaan. Jangan harap untuk jadi orang lain. Ini semua digambarkan dengan dia melihat satu lagi dirinya, satu lagi Punca Kuasa Tiga.

Akhirnya setelah bersatu dengan diri sendiri, cita cita Tiga untuk menjadi Nombor Nyata tercapai. Habis. Happy ending.

Haa. Mantap kan?

Aku rasa ini kali pertama aku tulis sajak dan aku berusaha gila babeng untuk hasilkannya. Jadi, aku sangat sangat eksaited atau kagum dengan diri sendiri. Ekstasi. Eureka. Hingga aku terlupa satu fakta yang diingatkan kembali oleh Anonymous dalam entri sebelum ini. Jadi petang ini, aku akan buat satu lagi entri; The making of: Bukan Salah Punca Kuasa.

Amacam? Gempak tak? Haha.

5 comments:

3p4h said...

Kau memang genius...

Kuey san said...

Yes. Jenius!

hanya yang jenius boleh bersajak seperti itu. Jenius. Haihh.

Eksaited ;p

Matematis Tua said...

Matematis Muda x Matematis Muda =
Matematis Muda / Matematis Muda =
Matematis Muda + Matematis Muda =
Matematis Muda - Matematis Muda =
Matematis Muda ^ Matematis Muda =

Matematis Muda said...

3p4h,
jenius. hehe

kuey-san,
tepat sekali! haha

Tua,
dang! siapa ni? aku harap bukan Bapak atau Pensyarah. huhu

syasya(^*^) said...

superb poem...like it!