Tuesday, April 5, 2011

Sajak Matematik

Atau mungkin puisi matematis.

Tempohari ada Malam Pra-Graduasi untuk bakal-bakal matematis seangkatan denganku. Pelajar perempuan request persembahan dari pelajar lelaki. Jadi, aku dengan sukarelanya menawarkan diri untuk mendeklmasikan sajak ini.

Sajak ni aku tulis satu malam tu. Lepas mabuk tengok Black Swan, aku dapat ilham. Buat background cerita, motif dan sebagainya. Lantas, aku karang.


Bukan Salah Punca Kuasa
oleh: Matematis Muda

Aku rasa diri ini seperti
Punca Kuasa Tiga yang tersembunyi
duduk sendiri tanpa bunyi

Tiga yang asalnya tiada salah silap
mengapa perlu disorok dari dilihat
di sebalik simbol punca kuasa yang penuh muslihat

Kalaulah aku Sembilan
yang bisa menewaskan muslihat durjana ini
dengan hanya arithmatik yang mudah penuh seni

Tetapi aku sedar, aku hanyalah Tiga
yang tewas dengan Punca Kuasa
yang akhirnya hanya menjadi 1.73

Dengan kondisi begini
pastinya sinaran bulan tak mampu kulihat
kerna aku hanyalah nombor bukan nisbah

Satu hari aku berjumpa
satu lagi Punca Kuasa Tiga
sendirian seperti aku juga

Kuhampiri dia dengan penuh tekad
dengan persetujuan bersama kami bersatu
menjadi satu hasil gandaan yang baru

Umpama hayunan kayu sakti
simbol punca kuasa tiada lagi
memberikanku kelegaan yang tak terperi

Kini aku ialah Tiga
tiada lagi Punca Kuasa
aku kini Nombor Nyata



Karya asal; David Feinberg

************************

Boleh tangkap ke maksud sajak ni? Aku rasa macam in a way orang macam boleh tangkap tapi macam tak berapa boleh tangkap sangat maksud dia. Eh, macam pening je.

Takpe, huraian dia akan diberikan dalam entri akan datang.

Mungkin boleh minta orang macam Ainunlmuaiyanah atau budak-nerd-bajet-fabeles untuk komen sepatah dua kata. Hihi.

9 comments:

Matematis Tua said...

umpama hayunan kayu sakti wow

bawangmerah said...

ini jenius!
walaupun pening nak tangkap maksud dia hahaha

Anonymous said...

sebijik mcm poem dalam harold and kumar, 'square root of three'.

http://www.herecomesthescience.com/2008/04/26/square-root-of-three/

alif zai mim ra said...

aku baca dah. best! dalam sungguh maksudnya. 'aku kini Nombor Nyata'.. pergh!

kinawa said...

bloody.bollocks.bugger.

Matematis Muda said...

Tua,
hehe

bawang,
tak berapa sangat (rujuk komen anonymous di bawah)

anonymous,
you got me. tapi aku tak pernah tau itu karya siapa dan sajak tu sebenarnya dari mana. next entry aku elaborate. thanx.

alif,
dalam kan?

kinawa,
blimey!

ainunl.muaiyanah said...

MM, serius aku pelik, apahal ramai orang (tak la ramai sangat sebenarnya) pergi blog aku dari blog kau. Aku syak ini mesti ada apa-apa ni :)

BTW, sebab kau kata terilham dari black swan, maka aku katakan sajak ini boleh tahan dari seorang genius matematik (ke matematis) :)

alif zai mim ra said...

dude, dalam-ness! :P

Matematis Muda said...

ainunl,
Kau nak cakap blog aku tak ramai orang datang la kan haha boleh tahan is good enough for me hehe

alif,
you seem very excited. hehe