Friday, April 29, 2011

Sempena Pesta Buku

PBAKL 2011

Aku dah pergi. Komen? Macam biasa. Sesak. Linguaphone boleh menyebabkan orang mencarut. Dan macam biasa, akan ada jurujual yang tanya soalan seperti; "Abang, abang dah ada anak belum?". Dabeliutieff? Nampak tua sangat ke aku ni? Hehe.



Ya, aku tahu mereka bukan nak kata aku tau, mereka cuma mahu jual buku. Aku saje nak drama. Haiya.

Jadi, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 ini, mari aku kongsi satu video. Dan sebagaimana yang kalian dah tahu, aku memang peminat video stop motion. Dan video ni aku dah peram dari hujung tahun lepas. Belek belek draft lama. Jumpa. Post.

Mantab kan? Eleanor Stewart ni aku rasa memang berbakat dan kebanyakan hasil seni nya menggunakan kertas. Seni keratan kertas nya ini sedikit sebanyak menyerupai hasil karya Peter Callesen. Mengagumkan. Semuanya hanya menggunakan kertas dan gam sahaja! Adalah wow!



notakaki: Sebenarnya, aku nak pos video yang ini. Tapi aku rasa, ramai dah tengok kot. Jadi, aku kongsi yang ini aja.

notaohlupanakcakap: Siti Simba dah beranak!!!

Tuesday, April 19, 2011

Binatang

Dulu waktu kecik, kucing aku nama Nala. Asyik beranak-pinak je, Emak suruh buang kat Pasar Keramat.

Ini, Siti Simba. Aku nak bagi nama Simba, tapi sebab dia betina, tambah Siti kat depan. Lagipun baru lah sama shortform dengan tuan dia; SS. Muahaha.

Oh ya, aku tengah berdebar-debar sekarang. Sebab Siti Simba tengah mengandung. Saspen+eksaited plak rasanya. Macam bini aku plak yang mengandung haha.

Monday, April 11, 2011

Sekolah Agama (episod 1)

Baru-baru ini, aku mewakili kampus untuk ke pertandingan futsal di kampus utama. Kalah di peringkat suku akhir dengan pasukan yang kemudiannya menjadi juara.

Cerita sikit, kami kalah 1-2 dengan gol kedua dijaringkan sejurus sebelum wisel penamat. Di peringkat separuh akhir, pasukan yang menang dengan kami itu menang 5-0. Dan dengan jaringan yang sama, mereka menang di perlawanan akhir. Shilakak betul. Patut kitorang jumpa kat final kan? Hehe. Rezeki masing-masing.

Apapun, aku bukan nak cerita pengalaman bermain futsal pada kejohanan tersebut. Tetapi aku nak cerita tentang perbualan aku dengan seorang kawan yang aku terjumpa semasa kejohanan itu. Kawan lama. Kawan zaman 90-an dahulu.

Dah nama pun kawan lama, bila berjumpa pastinya perbualan berkitar tentang perkembangan masing-masing dan juga kawan-kawan lain. Sebut nama, "Oh, dia dah fly dah. Pergi negara itu ambil jurusan itu." Sebut nama lain, "Eh dia ada dengan aku dekat Kuantan ambil jurusan itu-ini."

Yang mengecewakan aku ialah respon dia bila dapat tahu ada di antara kawan kami yang melanjutkan pelajaran ke bidang agama. Lebih kurang katanya, "Ya Allah, apa bengap gila diorang ni ha? Nak cakap bodoh, time belajar dulu dapat nombor tinggi pada aku. Tak paham betul aku."

Aku tanya "Apsal lak?"

"Takde la. Si Aizat tu pandai gila kan?" dia petik nama kawan kami yang melanjutkan pelajaran di Madinah dalam jurusan Quran dan Sunnah.

Aku angguk mengiyakan.

"Apesal tak ameq course bagus-bagus sikit. Awak tu pandai. Kalau aku cakap genius pun tak salah aku rasa. Nak pergi belah-belah timur tengah tu aku tak kisah sangat. Tapi rugi la, otak pandai ameq course biasa-biasa je. Bukannya takde medic ke engineering ke kat timur tengah nu." panjang lebar dia berleter.

Aku diam.



bersambung...

Thursday, April 7, 2011

CDR Special: The Making of Sajak Bukan Salah Punca Kuasa

Ceritanya bermula begini. Cewah. (Aik, kenapa kena ada ayat ini? Abaikan.)

Ada satu malam, aku baru lepas tonton Black Swan. Dang! Cerita tersebut begitu menangkap sampai aku tak boleh tidur lepas tu. Aku rasa sungguh terkena. Aku rasa sangat saiko, deep, dark dan pelbagai lagi perasaan yang sukar ditafsirkan. Rasa macam suka gila gaya penceritaan cerita tu.

Oleh yang demikian, lepas menonton tu, waktu di pembaringan dalam percubaan untuk tidur tu, aku cakap lah dalam hati, ini tengah tengah (bajet) deep ni kalau aku tulis puisi mesti tip top. Jadi aku bangkit dan mula mengarang. Aku sandarkan puisi aku kepada cerita Black Swan. Part aku paling suka dalam cerita tu ialah part halusinasi. Bagaimana Nina menikam Lily tetapi hakikatnya dia menikam diri sendiri. O yeah, ding dong ekstasi! (Aku pun tak faham apakah ekspresi ini. Abaikan.)

Aku simpulkan mesejnya ialah kalau nak berubah, semuanya bergantung pada diri sendiri juga. Perlu bersatu dengan diri sendiri, seperti mana Nina yang dibayangi Lily akhirnya menikam Lily dan fokus kepada diri sendiri. Fokus Nina mencapai tahap altimet apabila dia menghayati watak Black Swan sehingga terjelma menjadi Angsa sewaktu pementasan. Dang, saiko giler part ni!

Justeru, sebagai seorang matematis, aku mahu pusi/sajak (aku konfius lagi sebenarnya beza puisi dengan sajak ni) aku tu ada unsur unsur matematik lah. Serta merta aku terbayang punca kuasa kerana sifatnya yang kalau di darab dengan punca kuasa juga akan jadi hilang punca kuasa. Aku terbayang puisi aku nanti akan jadi sangat dark dan puitis. Kononnya.

Tapi masalahnya bila tidak berjiwa seni ni, aku tak tahu macam mana nak mulakan puisi aku. Lalu, aku try come out dengan beberapa idea awal, seperti punca kuasa x, punca kuasa negatif satu, atau x sahaja.

Aku tulis basic storyline dia. Ideanya, aku satu nombor yang lemas dibawah punca kuasa. Aku nak gambarkan punca kuasa tu sebagai satu masalah. Satu penghalang kejayaan. Dalam kepala aku, watak ni hanya akan berjaya jika dia bersatu dengan diri sendiri untuk hilangkan masalah tu. Punca kuasa tu.

Once again, aku stuck bila kat tengah tengah puisi. Macam mana nak tunjukkan yang untuk berjaya, dia perlu bersatu dengan diri sendiri seperti mana Nina bersatu dengan wataknya. Macam mana nak tunjukkan atau munculkan watak 'Lily yang bakal ditikam', the other square root. Takkan tiba tiba je.

Yang aku ada cuma ending dia, 'mereka bersatu, lalu hilanglah simbol durjana, bebas merdekalah ia'.

Lantas, kawan karib lama, Maulana Haji Gugel datang. Aku gugel banyak benda; dari yang berbahasa melayu, sajak matematik, puisi matematik, sajak matematika, dsb, hinggalah ke yang berbahasa inggerish. Tiba tiba aku came across satu blog ni, aku terus terpegun seperti, "Fish! This is EXACTLY what I've been trying to write!"

Aku duk menghayati dan mengkagumi sajak tu, last last aku terus give up dan translate then edit sikit untuk sesuaikan jadi macam cerita yang aku nak. Bingo! NatashaHudson satu! Haha. Yeah, lets do the NatashaHudson.

Bagiamanapun, terima kasih kepada Anonymous dalam komen di entri lepas.
Sejujurnya, aku tidak jujur. Mujur Tuhan sayang sama aku, lantas diutuskan Anonymous untuk menunjukkan memberi peringatan.

To be honest, I am totally guilty for plagiarism. But the whole idea of the puisi is totally from me. Aku memang bersalah la bab translasi tu. Tapi, aku terlampau berkerja keras untuk hasilkan puisi tu sehingga rasa macam aku sendiri yang hasilkannya. Bila siap and baca balik, it feels like original because memang dari awal itu yang aku nak hasilkan. Lantas aku terlupa langsung yang aku cuma translate hasil orang sahaja. And jujur aku katakan waktu tu, aku memang tak tahu itu puisi David Feinberg sebab blogger tu pun jenis tak bagi kredit.

Alah, padahal boleh je kalau aku gugel balik sajak tu. Tindakan semudah itu pun tak terfikir. Jenius konon. Bongoks gak la, haha. Mungkin kerana terlampau teruja+eksaited+kagum+(ah banyaklah alasan kau MM oi) jadi terlupa. Hehe.

Baiklah, mari aku kongsi sikit apa yang aku sangat suka dengan puisi itu. Perkara paling utama ialah, ia tepat sekali mengatakan apa yang aku cuba katakan. I can totally relate the poem to what I've imagined. Through my perception. Pertama, dia gambarkan watak utamanya tertekan dengan perkataan lonely di 'lonely number three'. Kemudian dia gambarkan punca kuasa tu sebagai masalah dengan mengaitkannya sebagai irrational number. Ini memang aku tak terfikir langsung. Malah punca kuasa menghalang 3 dari kejayaan digambarkan dengan frasa 'I'll never see the sun'. Mantap! Saya mesti pilih! Hehe.

Tapi, ada juga part yang dalam puisi ni yang aku tak puas hati seperti macam mana nak diketemukan dengan satu lagi punca kuasa. Aku punya 'Lily untuk ditikam'.

Puisi dia pun tiba tiba je terjumpa, 'When hark! What is this I see,'. Aku punya pula aku dapat waktu duk try masukkan sajak ni dengan gitar, tiba tiba keluar, 'Satu hari aku berjumpa, cek mek molek jual bunga,' dan aku tukar kepada 'satu lagi punca kuasa tiga'.

Walau apapun, itu semua tidak boleh dijadikan penyebab untuk aku dibenarkan memplagiat hasil orang. Aku boleh cakap yang idea asalnya dari aku, tapi aku tetap bersalah sebab guna bait bait ayat dia.

Justeru itu, kawan kawan semua. Hentikan budaya plagiat. Sekian, pesanan khidmat masyarakat di CDR.

Interpretasi Sajak


Aku rasa takde lah susah sangat nak faham kan? Kan? Hehe. Agak straight forward dia punya maksud tu. Takpe mari kita cerita.

Begini ceritanya. Watak utama dalam sajak ini ialah Tiga. Tiga digambarkan sebagai tertekan kerana dia dibelenggu Punca Kuasa. Punca Kuasa ialah gambaran kepada penghalang cita cita atau impian Tiga. Atau masalah hidup.

Masalah hidup juga dikaitkan kepada jenis nombor. Nombor bukan nisbah atau irrational number dianggap sebagai nombor yang tidak sempurna oleh Tiga. Sebab itu dia harap dia Sembilan. Sebab Sembilan boleh mengatasi masalah Punca Kuasa dengan mudah.

Kejayaan pula hidup pula dinisbahkan kepada 'melihat bulan'. Kejayaan atau cita cita hanya akan tercapai apabila dia berjaya menjadi Nombor Bulat atau Nombor Nyata (real number).

Cara untuk mencapai kejayaan dalam sajak ini ialah dengan muhasabah. Cermin diri. Melihat kembali kepada diri sendiri. Bersatu dengan diri sendiri untuk mencapai kejayaan. Jangan harap untuk jadi orang lain. Ini semua digambarkan dengan dia melihat satu lagi dirinya, satu lagi Punca Kuasa Tiga.

Akhirnya setelah bersatu dengan diri sendiri, cita cita Tiga untuk menjadi Nombor Nyata tercapai. Habis. Happy ending.

Haa. Mantap kan?

Aku rasa ini kali pertama aku tulis sajak dan aku berusaha gila babeng untuk hasilkannya. Jadi, aku sangat sangat eksaited atau kagum dengan diri sendiri. Ekstasi. Eureka. Hingga aku terlupa satu fakta yang diingatkan kembali oleh Anonymous dalam entri sebelum ini. Jadi petang ini, aku akan buat satu lagi entri; The making of: Bukan Salah Punca Kuasa.

Amacam? Gempak tak? Haha.

Tuesday, April 5, 2011

Sajak Matematik

Atau mungkin puisi matematis.

Tempohari ada Malam Pra-Graduasi untuk bakal-bakal matematis seangkatan denganku. Pelajar perempuan request persembahan dari pelajar lelaki. Jadi, aku dengan sukarelanya menawarkan diri untuk mendeklmasikan sajak ini.

Sajak ni aku tulis satu malam tu. Lepas mabuk tengok Black Swan, aku dapat ilham. Buat background cerita, motif dan sebagainya. Lantas, aku karang.


Bukan Salah Punca Kuasa
oleh: Matematis Muda

Aku rasa diri ini seperti
Punca Kuasa Tiga yang tersembunyi
duduk sendiri tanpa bunyi

Tiga yang asalnya tiada salah silap
mengapa perlu disorok dari dilihat
di sebalik simbol punca kuasa yang penuh muslihat

Kalaulah aku Sembilan
yang bisa menewaskan muslihat durjana ini
dengan hanya arithmatik yang mudah penuh seni

Tetapi aku sedar, aku hanyalah Tiga
yang tewas dengan Punca Kuasa
yang akhirnya hanya menjadi 1.73

Dengan kondisi begini
pastinya sinaran bulan tak mampu kulihat
kerna aku hanyalah nombor bukan nisbah

Satu hari aku berjumpa
satu lagi Punca Kuasa Tiga
sendirian seperti aku juga

Kuhampiri dia dengan penuh tekad
dengan persetujuan bersama kami bersatu
menjadi satu hasil gandaan yang baru

Umpama hayunan kayu sakti
simbol punca kuasa tiada lagi
memberikanku kelegaan yang tak terperi

Kini aku ialah Tiga
tiada lagi Punca Kuasa
aku kini Nombor Nyata



Karya asal; David Feinberg

************************

Boleh tangkap ke maksud sajak ni? Aku rasa macam in a way orang macam boleh tangkap tapi macam tak berapa boleh tangkap sangat maksud dia. Eh, macam pening je.

Takpe, huraian dia akan diberikan dalam entri akan datang.

Mungkin boleh minta orang macam Ainunlmuaiyanah atau budak-nerd-bajet-fabeles untuk komen sepatah dua kata. Hihi.

Sunday, April 3, 2011

Tadi Aku Gugel Maksud Matematis

Hasil carian membawa kepada tiada.

Aku cuba pula di Wiki.

Juga tiada.

Lantas, aku taip sendiri di Wiki. Muahaha.




Awal awal tu aku mengarut dulu. Begini.
Klik untuk paparan lebih jelas.

Haha. Haruslah mencapub kan. Haha.

Ok dah. Sesi takde kerja dah tamat.



*apdet April 4, 2011*
Tadi aku baru nak cek balik, dia tulis gini dah;
Laman ini telah dihapuskan. Log penghapusan bagi laman ini dilampirkan di bawah untuk rujukan.
Tak pasal pasal dah kena padam. Dengki betul lah diorang ni kan hahaahah