Friday, December 4, 2009

Selingan

Esok aku balik Malaysia. Jadi ini kali terakhir aku mengepos entri dari luar Malaysia. Wah!

Kawan-kawan sekampus sekarang sibuk memeriksa keputusan SPM mereka, eh keputusan semester lepas mereka. Aku buat dono je. Sebab semester lepas aku tak bayar yuran dan ada 2 saman aku belum bayar. Saman trafik kampus.

Satu sebab lawan arus. Satu lagi sebab parkir di kawasan larangan. Pakgad yang saman aku tu tak tau kot aku ada blog. Kalau dia tau mesti dia tak berani nak saman punya. Aku pun tak tau kenapa dia tak berani. Aku rasa je.

Dah. Esok dah nak balik Malaysia. Aku rasa canggung pula tak beli apa-apa. Aku rasa macam nak beli buah tangan untuk kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat. Tapi aku jalan-jalan tak jumpa yang berkenan di hati. Esok dah nak balik. Tak sempat lah. Aku bawa balik gambar dan kenangan cukup lah. Kongsi dengan mereka.

Oh ya, masih ada yang bertanya aku ke negara mana. Kalau diteliti gambar plat kereta yang aku pos di sebelah rumah yang ada bendera Malaysia tu, akan kelihatan tulisan jawi berbunyi Qatar.


Oh ya, dalam entri lepas aku ada cerita yang pusat membeli-belah di sini menghadkan kemasukan hanya kepada yang berkeluarga sahaja. Ini ada sedikit gambar. Ditulis ikut tulisan rumi. Dibaca dengan bacaan yang cukup harakat.

Mereka berbual dalam bahasa Melayu. . Yang aku sempat dengar diorang cakap diorang sepupu, jadi ahli keluarga la. Yang lain aku tak dengar sangat. Lorat mereka terlampau pekat. Lorat mereka ni selalu kedengaran di KL sewaktu cuti hari raya.

5 comments:

in☂an Jun$u said...

wahhh..MM nak balik Mesia..

>.< can't wait!

tipu jer..wakakak!

needa zainuddin said...

ko g qatar ke?? kalo tau awal2 bley kim kuih ckt mntak tolong bagi kt abg ak kat sana. hee...=p

Raihan Mahmood said...

ceh..rugi x baca blog ni awal2..lau x bole mtk buah tgn.haha

Matematis Muda said...

mergas,
buwek~ hehe

needa,
sori la..masa pergi kalau nak kirim brg dgn aku mmg x dpt a..aku pnya barang da lebih muatan da masa pergi huhu

miSyuE's,
takpe, untuk kau special. tak yah mintak pun dapat hehe

Raihan Mahmood said...

yeaay!! aku tunggu ( tegas)