Sunday, November 29, 2009

Raya Disirami Hujan Emas


Aku rasa macam tahi sahaja entri lepas.

Baiklah, mari cerita elok-elok pengalaman raya di sini. Tidak seperti raya korban orang melayu, di sini sambutannya sangat raya. Maksud aku, betul-betul seperti satu perayaan.

Pusat membeli-belah buat sale. Pokok tamar sepanjang jalan dihias dengan lampu. Sepanjang jalan juga ditanam dengan pokok bunga pelbagai warna. Merah, putih, kuning, merah jambu, ungu, biru, hijau, hitam, kelabu dan sebagainya.

Pusat tumpuan pelancong juga turut mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertunjukan pentas, pertunjukan bunga api di pantai, pertunjukan itu, pertunjukan ini. Pusat-pusat membeli-belah terkemuka pula menghadkan kemasukan hanya kepada yang berkeluarga sahaja. Yang bujang tak boleh masuk.

Nasib baik aku tengah jaga budak-budak ni. Jadi dapatlah aku merasa masuk satu shopping mall semalam.

Tapi nasib tak baik juga sebab tengah jaga budak-budak ni, aku tak dapat nak pergi tengok pertunjukan-pertunjukan di atas. Aku sekadar baca surat khabar arab je la pagi-pagi tengok gambar.

Nak ambil gambar sendiri tak dapat. Huhu.

Cuma satu benda yang aku sangat terkilan. Masjid di sini tak buat korban. Aku tanya orang tempatan kat mana ada buat qorban. Sekali dia jawab kot arab. Mana aku paham. Kalau dia jawab kot jawi tu tau lah jugak sikit-sikit.

Rilek je dia bawak macam tu kambing dia. Masa lampu hijau, menggelabah kambing tu sebab inersia. Habis gugur bulu kambing dia sikit-sikit.

Silap aku tak ikut kereta ni, tengok dia bawak pergi mana kambing ni kan?

8 comments:

in☂an Jun$u said...

teringat lak pilem ayat2 cinta..huhu..

Master J said...

korban x buat kt masjid eh??buat sndiri2 kat blakang umah kut..hehe..

Anonymous said...

serunuk!

aha, masa ni lah nak praktis arab kau dulu dulu...tapi bahasa pasar dia susah gak kan?

Izzati Mat said...

masjid disini pom xwak korban jugok.. wak sediri lah.

Unknown said...

Jom sertai komuniti paksi.net!

PERSAUDARAAN KOMUNITI SISWA

Dengan penampilan yang lebih anggun dan ceria

- artikel tarbiyah, cerpen dll
- muat turun ebook, mp3, buletin ar-risalah
- dengar radio online (IKIM dan Nasyid fm)
- forum
- submit link blog anda
- tonton koleksi video menarik
- dapatkan kartun, wallpapers dll
- hantar karya anda (kartun, wallpaper, artikel)
- tinggalkan testimoni anda

Jom bersama membina generasi baru. Semoga usaha ini barakah.

http://paksi.net

kinawa said...

ko tau tak. dorg korban dlm rumah kot. korban kambing wat nasi mandy. mana nak kongsi dah! hoh..

ehem. bismillah, saudara paksi ni siapa? saya menghargai usaha saudara membentuk komuniti utk manfaat ramai, tapi cara iklan ini sgtlah tidak sopan ya. minta lah izin dulu dari tuan blog.

ok dah, woi! kamera kau berfungsi tak?

Matematis Muda said...

mergas,
kenapa? aku tak pernah tengok cerita tu..

master j,
kot..

darus,
susah gak la..tapi salu kalau dia cakap arab aku balas kot melayu je hehe

wordsmith,
selama dok sini aku silap setting kamera aku ke 5mp je haha bengong nak mampos

in☂an Jun$u said...

takpela..abaikan