Saturday, March 28, 2009

013 ke 012

Apecer earth hour kl?

Aku mesej jiran-rumah-sebelah
lebih kurang pukul 11 dah masa tu

Seketika kemudian
lagu Rainbow in the dark dendangan Dio
berkumandang di henfonku

Butang 'Read' kutekan

Apa cer? Aku tgk terang je area umah aku . Tp aku mmg tutup lampu a, kat wayang. Haha. Sana pecer?

Na'aram
memang aku tak reply dah a mesej dia lepas tu



notakaki: Tulisan senget di atas adalah dari perbualan secara SPR (sistem pesanan ringkas). Tidak sesuai digunakan untuk penulisan formal dan tidak enak dibaca di blog. Sekian.

cuba klik sini

Oh Siriyes, Entri Ini Sangat Menyentuh Kalbuku

Sangat amat sekali!

Entri ini!

Mesti baca!

Klik di sini->(klik saya!)
bukan di sini!

Oh
aku sangatlah memahami perasaan tersebut
betapa kecewa hati ini
mengenangkan perasaan
yang selalu goyah

Goyang

Tidak kukuh
tidak utuh

Terkadang cuba mencari
helah'hujah' atau pendapat dari bijak pandai
atau mana-mana ustaz
yang lebih open-minded sikit
agar dapat dipuaskan
keinginan di kalbu

Err

Bila aku baca 'kalbuku'
aku teringat buku

Kalbu-buku
buku-kalbu

Aih
exam weh!

Friday, March 27, 2009

Aku Buat Panggilan Telefon Sebentar Tadi

dan member aku tu
habiskan perbualan kami dengan

"Wei, papehal facebook a. Takyah a susah-susah kol,"

Wednesday, March 25, 2009

Notte Sento

http://www.youtube.com/watch?v=NsAhqEDFhb4


Dulu
aku ada post
video yang lebih kurang
dengan yang ini
dalam entri ini

Baiklah
berbalik kepada video ini

Ia adalah sebuah filem pendek
mengisahkan tentang
seorang gadis yang terlepas tren
dari Rom ke Milan
dan terpaksa menunggu
tren seterusnya keesokan pagi

Cerita bertambah sentimental
dan manis-manis romantis
apabila gadis tersebut bertemu dengan seorang mat rempit

Filem pendek ini
terhasil menggunakan lebih dari 4500 keping gambar
dengan lebih kurang 7-12 gambar sesaat

Kamera yang digunakan pula
ialah Canon EOS 30D

Memberikan anda perasaan
seperti membaca komik bergerak

Memang semat!

Gambar-gambar yang diambil juga sangat cantik
ditambah pula dengan
aweq yang sememangnya cun melecun baek punya

Haha

Selamat menonton

Info diambil dari
http://www.ilovecut.com/works/102

Tuesday, March 24, 2009

Siapa Kata MM Dah Takde Idea Nak Berblog

Dia salah!

Aku bukan takde idea
cuma
taktau nak tulis apa je

Monday, March 16, 2009

Tiga Campo Enam Campo Lima

Hah?

Apa tu?

Oh
three plus six plus five
sama dengan equals to
365

Yeeha

Dah genap setahun umur CDR

Kemungkinan besar
kekerapan aku apdet CDR
akan lebih kurang
dua bulan lepas

Bukan aku takde idea
bukan aku takde masa
tapi sengaja
aku suka-suka

Tihihi

Saturday, March 14, 2009

Pesanan Buat Adik-Adik Pemblog

Kantoi SPM bukanlah the end of the world



Perjalanan hidup ini masih jauh

Apa yang kamu perlu
untuk berjaya
dalam hidup
cuma dua perkara

Passion
dan disiplin



Dan ini pesanan untuk membuat pilihan UPU
korang boleh letak 8 pilihan
jadi
cuba tunjukkan kepada orang yang menilai borang tu
apa sebenarnya keinginan kamu

Kalau nak masuk U tertentu
buh lapan-lapan U tu

Kalau nak kursus tertentu
letak lapan-lapan tu
kursus tu atau yang lebih kurang dengan nya

Ia bukan sekadar isi borang



notakaki: Aku cakap memang lebat. Kelas dah dua minggu ponteng. Dasar Jenius malas! Memang sesuai dibuat suami. Emm yummy!

Wednesday, March 11, 2009

Boleh Tak Apdet Macam Ni?

As for everything else, so for a mathematical theory: beauty can be perceived but
not explained.
-Arthur Cayley (Presidential address to the British Association
for the Advancement of Science, 1883)

The mathematician’s patterns, like the painter’s or the poet’s, must be beautiful;
the ideas, like the colors or the words, must fit together in a harmonious way.
Beauty is the first test: there is no permanent place in this world for ugly mathematics.
-G. H. Hardy (A Mathematician’s Apology, 1941)

Mathematics possesses not only truth, but supreme beauty - a beauty cold and
austere, like that of sculpture.
-Bertrand Russell (Mysticism and Logic, 1918)



Baiklah
kesimpulannya
aku nak minta maaf
sebab
aku mungkin takkan apdet
dalam masa terdekat

Ada orang tu merajuuuk



notatakberkaitan: Keputusan SPM esok!!!

Saturday, March 7, 2009

Ampun

Tiada apdet lagi

bakal berlepas ke Melaka



Babai~~

Thursday, March 5, 2009

Dude, Bahasa SMS Adalah Untuk Digunakan Semasa Ber'SMS'

bukan dalam percakapan harian!



Makan malam
kami keluar dua kereta

Kereta yang aku naiki
sampai terlebih dahulu
di tempat yang telah disepakati

Beberapa minit kemudian
kereta kedua sampai

Aku yang sememangnya cekap dalam pengiraan (baca:Jenius)
serta merta dapat mengesan kekurangan penumpang

Lantas soalan diajukan
"Ponn, mana Que? Tadi dia cakap nak ikut gak,"

"Otidabeliu. Dia naik motor,"
jawapnya sambil ambil tempat duduk

Aku terus pelik

"Aik, apesal dia takmo datang sini?"

""Datanglah. Otidabeliu, on the way!"

"Dabeliu ti eff! Aku ingat Old Town White Coffee!"


Cerita Lain

Sedang duduk-duduk
lepak-lepak di kedai maplay

Tiba-tiba
Lelaki Punk (bukan punk rockers) bangun

Aku angkat kening
tanda "pehal?"

"Gitigi,"

"Gitigi?!"
dahi berkerut

"Sepupu aku suruh ambil dia kat LRT jap,"

"Owh, gitigi! Aroti efel!"

"Hah?!"

Ha sekarang giliran dahi dia pulak berkerut seribu