Sebab tahun ini tahun aku. Tahun Harimau. Aum! Haha.
+++++++++++++++++++
Semalam, aku dikecewakan oleh penjual tiket bas ekspres dengan berita tiket habis. Hampir menangis aku dibuatnya.
Setelah beberapa ketika bertafakur secara tersungkur, aku buat keputusan untuk berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Maka, aku pun bersiap siap dengan beg pakaian, kasut dan senapang. Bertolaklah aku.
Baru dua tiga meter berjalan. Tiba tiba ada kereta berhenti sebelah aku. Kereta mewah. Proton Saga kalau aku tak silap. Tapi namanya tidak melambangkan warnanya. Oh, ada. Mungkin ini warna buah saga yang dah buruk. Tak kisahlah warnanya. Tapi keretanya memang mewah. Proton Saga kot!
Cermin bahagian penumpang dibuka.
Eh, macam kenal. Bisik hati aku.
"Nak balik KL ke? Jom la sekali." pelawa si pemandu. Di tempat duduk penumpang ada orang. Muka lebih kurang je. Tapi tak pakai tudung.
Aa, ingat dah. Ini kawan pemblog ni. Dammit nama dia. Baik hati sungguh pemblog sorang ni, mahu tumpangkan aku dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Jauh tu.
Selepas mengucapkan terima kasih, aku meletakkan punggung aku di tempat duduk belakang. Penat berjalan sejauh tiga puluh satu meter hilang sedikit. Aku lihat di kerusi sebelah, ada beg kecil. Aku teliti sungguh sungguh. Lantas dapat jawapan. Itu beg kamera refleks lensa tunggal dijital.
"Dammit, dulu aku ada cakap nak angkat satu DSLR kan? Aku rasa kena pospon dulu la hajat aku tu. Aku nak kumpul duit beli kereta dulu. Macam kau la. Dah ada kereta baru beli DSLR."
Dammit senyum malu malu.
Aku menggenggam tangan penuh azam di tempat duduk belakang. Senapangku kemas terikat di pinggangku.
6 comments:
aaa...ni entri mengucapkan sekalung terima kasih pada dammit ye
tak..ni entri mengarut..xtau nak buat apa kat umah ni hehe
i love u.ihiks
cais..punya la aku percaya ko jalan kaki dari kuantan. Gilo!
anoy,
i love u too. but who the hell are u. gay? hehe
hasbi,
takkan itu pun kao percaya hehe
hahahaha. puji dammit mcm ade pape je? ;p
Post a Comment