Baru-baru ini ulangtahun hari lahir Bapak. Sebagai meraikannya, aku lepak sorang sorang dekat Secret Recipe bertemankan kek Black Forest Cheese dan Appletiser selama sejam lebih.
Ya, sorang sorang. Aku rasa sangat kool bila lepak sorang sorang. Tak tahu kenapa.
Rasa macam kool gileR! (R besar)
Oh ya, aku harap aku dapat bagi hadiah paling bes kat Bapak dengan Emak tahun ini. Hadiahnya biarlah rahsia. Ewah. Haha.
Bila kawan kawan aku di universiti kahwin sebelum ini, aku rasa biasa biasa sahaja. Klasmet kahwin pun aku tak rasa apa apa sangat. Mungkin terasa sedikit sahaja. Sikit. Mungkin.
Akan datang, rakan rakan sepermainan aku sewaktu kecil pula akan melangsungkan perkahwinan. Secara rasminya, perasaan aku tidak keruan. Jujur.
Tak. Bukan. Aku tak jeles. Sungguh.
Ah pedulikan lah. Selamat tahun baru.
5 comments:
straight to the point boleh tak? jgn berbelit2. haha
elelelele...cakap je la jeles. hahaha. nak kinayah2 pulak.
dammit,
belitan padu maut hehe
bawang,
tak bukan jeles..tapi rasa weird..
wah lama tak dengar perkataan kinayah tu, slalu dengar nyah je haha
oit...g kenduri ridwan ke? tau kn bru2 ni hazirah latif kawen...
xtau lagi..macam tak je..sbb blk melaka ada mesyuarat keluarga..hazirah latif yg mana eyh?hehe
Post a Comment