Tuesday, February 9, 2010

Buruk Sangka

Awal minggu lepas, tangan aku tergeliat atau terseliuh atau apa apa yang semaksud dengannya akibat jatuh dari main bola. Sakit di siku dan di pergelangan tangan. Doktor suruh aku pakai anduh. Aku pakai.

Apasal aku cerita pasal tangan aku sakit a?

Alamak, spoil betul bila hilang punca di pertengahan cerita. Oh ya, dah ingat.

Aku beritahu doktor, malam tu mahu pergi berurut. Bolehkah.

Doktor tak bagi. Kata doktor, kamu terseliuh bahagian sendi, bukan muscle atau urat, jadi tak boleh urut. Kalau silap urut takut dislocate terus. Aku senyum mengangguk.

Dalam hati, aku dah agak jawapan tu. Bagi aku, kebanyakan doktor takkan bersetuju dengan perubatan secara urutan tradisional. Dalam kepala, aku menuduh doktor doktor begini pasti berfikir yang juruurut juruurut kampung mana belajar anatomi atau fisioloji. (Ada kena mengena tak dua sabjek yang aku sebut ni? aku main agak je haha)

Esok malam, aku lepak dengan member selepas berdiskusi matapelajaran Ergodic Theory. Salah satu dari dua sabjek paling bes sepanjang aku belajar Sains Matematik. Ergodic dan History of Math.

Oh ya, pekena teh tarik di lewat malam memang pergi. Sambung cerita.

Tanganku beranduh. Jadi waktu bayar, ada pakcik tanya perihal tanganku. Aku cerita begitu begini. Pakcik tanya, tak berurut? Dia mahu cadangkan satu tempat urut bagus. Aku kata sendi, tak leh urut. Pakcik tu kata, oh sendi. Sendi memang tak boleh urut.

Aku diam.

Betul lah kata doktor semalam.



notakaki: Dalam erti kata lain, sebenarnya aku nak cakap aku tak apdet sebab sakit tangan. Tak bes nak menaip. Amacam? Kukuh tak alasan? Hehe.

6 comments:

Huzai Mansor said...

chit! ok lah tu, at least kau ada update jugak en.

Get well soon lah ya! hahaha

Master J said...

aku xsuka doctor gak..g clinik sbb selsema biasa je...dpt trus 5 ubat dia bg T.T mls.....

Anonymous said...

History of Math? tp k0 tido je dlm kelas hr tu (^.-)

Anonymous said...

klinik selalu base on profit, aku lebih suka gi spital.

dr hospital best!

QeMz said...

darus bias gler. haha

Matematis Muda said...

huzai,
haha ok pe apdet ko ni hehe
at least lg ok pada aku a hehe

master j,
siapa suruh pergi kalau tak suka haha

anoy,
aku suka belajar aku suka tidur..jadi bila belajar benda yg aku suka, aku tidur a haha

darus,
hmmm mungkin..

qemz,
no komen hehe