"Lelaki, asal kahwin je nak ikut sunnah," kata perempuan.
"Hish, bukan kahwin je la. Makan pun," aku balas.
"Makan?" dia konfius.
"Yela. Kalau makanan dah ada, kena makan dulu baru solat," aku terangkan.
"Ah," dia membentak. "Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang ada ikut?"
"Hee,"
notakaki: Aku cuba cari balik tulisan aku pasal cintakan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Tulisan yang aku muatkan dalam buletin Persatuan Pelajar Asasi Sains tiga tahun lepas. Tak jumpa.
notatapakkaki: Sebenarnya dari pukul 11 lagi aku duk menulis entri maulidurrasul. Kesudahannya aku tak publish pun. Panjang gila. Dan aku rasa macam berat sangat tulisan tu untuk CDR. Entahlah.
notaapalagikauni: Nah, buat renungan bersama. Entri panjang yang aku tak jadi publish tu pasal hadith ini lah. Klik sini.
Saturday, February 27, 2010
Thursday, February 25, 2010
Lagi Sekali
Hari tu aku keluar jalan jalan di kotaraya. Sambil bertekad nak ambil gambar bertemakan 1Malaysia.
Feveret aku dua gambar terakhir ni. Aku ambil dekat stesen KTM Komuter. Tak ingat stesen mana.
Gambar mula mula tu ada tiga tiga kaum utama dalam konteks 1Malaysia. Tiga tiga tengah tunggu tren. Sorang membaca, sorang bercakap dalam telefon, sorang lagi berfikir (atau lebih tepat berangan ngahaha). Beberapa minit kemudian, tiba tiba semua kaum ada geng kecuali seorang.
Aku dapati ia sangat kelakar. Mahaha.
Sunday, February 21, 2010
Taktau Tajuk
Gambar pertama tiada kena mengena dengan elemen kimia.
+++++++++++++++++
Ini adalah kali pertama aku ke Kompleks Pertama. Adalah sangat horni sekali melihat begitu banyak sekali kedai peralatan sukan.
+++++++++++++++++
Ingatlah pesanan ibu.
+++++++++++++++++
Gambar terakhir diambil di sebuah kedai baju T bertulisan. Kakak jaga kedai tersebut bilang, "Hah, ambil gambar kena bayar 5 ringgit,"
Aku tangkap satu keping. Kurang jelas. Sekali lagi.
"..kalau ambil gambar akak, 10 ringgit. Sebab besar, banyak makan space. Hihihihi," akak tu gelak panjang. Aku gelak sedikit sambil berjalan masuk ke dalam kedai dan belek belek tulisan di baju T.
Thursday, February 18, 2010
Perhatian Kepada Semua Gamerz
"Wan, ko tanak tolak kat aku ke PS3 kao?" aku bertanya kepada Pengantin Lelaki seraya kami berjalan ke arah tempat parkir kereta.
"Hish, gila kao. Bini aku takde nanti aku nak main apa?" aku tersenyum mengerti dengan jawapan dia.
"Eleh, bini ada pun dok ngadap game gak," kedengaran suara lembut dari belakang aku. Aku tergelak kecil.
Ada siapa siapa terasa? Hehe.
notakaki: Bila la aku nak merasa main gitar hero 3 ni.

Tuesday, February 16, 2010
Pasangan Baru Berkahwin
"Bang, Mid Valley nak?"
"Mid Valley jom! Ada berani?"
"I berani je,"
"Abang pun berani,"
senyap.
"Err, aku tak berani," aku berkata perlahan.
Rasa serba salah yang amat. Keluar menumpang kereta pasangan pengantin baru pergi ke kenduri kahwin memang buat aku kekok.
Kekok gila.

Saturday, February 13, 2010
Kau Orang Jangan Macam Macam Dengan Aku
Sebab tahun ini tahun aku. Tahun Harimau. Aum! Haha.
+++++++++++++++++++
Semalam, aku dikecewakan oleh penjual tiket bas ekspres dengan berita tiket habis. Hampir menangis aku dibuatnya.
Setelah beberapa ketika bertafakur secara tersungkur, aku buat keputusan untuk berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Maka, aku pun bersiap siap dengan beg pakaian, kasut dan senapang. Bertolaklah aku.
Baru dua tiga meter berjalan. Tiba tiba ada kereta berhenti sebelah aku. Kereta mewah. Proton Saga kalau aku tak silap. Tapi namanya tidak melambangkan warnanya. Oh, ada. Mungkin ini warna buah saga yang dah buruk. Tak kisahlah warnanya. Tapi keretanya memang mewah. Proton Saga kot!
Cermin bahagian penumpang dibuka.
Eh, macam kenal. Bisik hati aku.
"Nak balik KL ke? Jom la sekali." pelawa si pemandu. Di tempat duduk penumpang ada orang. Muka lebih kurang je. Tapi tak pakai tudung.
Aa, ingat dah. Ini kawan pemblog ni. Dammit nama dia. Baik hati sungguh pemblog sorang ni, mahu tumpangkan aku dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Jauh tu.
Selepas mengucapkan terima kasih, aku meletakkan punggung aku di tempat duduk belakang. Penat berjalan sejauh tiga puluh satu meter hilang sedikit. Aku lihat di kerusi sebelah, ada beg kecil. Aku teliti sungguh sungguh. Lantas dapat jawapan. Itu beg kamera refleks lensa tunggal dijital.
"Dammit, dulu aku ada cakap nak angkat satu DSLR kan? Aku rasa kena pospon dulu la hajat aku tu. Aku nak kumpul duit beli kereta dulu. Macam kau la. Dah ada kereta baru beli DSLR."
Dammit senyum malu malu.
Aku menggenggam tangan penuh azam di tempat duduk belakang. Senapangku kemas terikat di pinggangku.

Thursday, February 11, 2010
Baru Baru Ini Dan Akan Datang
Kegiatan berblog sangat pasif sepanjang 2 minggu ini. Aku tak pasti mengapa. Mungkin sebahagian besar dari perhatian teralih ke musim peperiksaan pertengahan semester. Sebahagian besar lagi perhatian terjurus ke mana aku tak tahu. Mungkin ke arah jadual perkahwinan kawan-kawan terdekat. Mungkin. Ya, mungkin.
Baru-baru ini ulangtahun hari lahir Bapak. Sebagai meraikannya, aku lepak sorang sorang dekat Secret Recipe bertemankan kek Black Forest Cheese dan Appletiser selama sejam lebih.
Ya, sorang sorang. Aku rasa sangat kool bila lepak sorang sorang. Tak tahu kenapa.
Rasa macam kool gileR! (R besar)
Oh ya, aku harap aku dapat bagi hadiah paling bes kat Bapak dengan Emak tahun ini. Hadiahnya biarlah rahsia. Ewah. Haha.
Bila kawan kawan aku di universiti kahwin sebelum ini, aku rasa biasa biasa sahaja. Klasmet kahwin pun aku tak rasa apa apa sangat. Mungkin terasa sedikit sahaja. Sikit. Mungkin.
Akan datang, rakan rakan sepermainan aku sewaktu kecil pula akan melangsungkan perkahwinan. Secara rasminya, perasaan aku tidak keruan. Jujur.
Tak. Bukan. Aku tak jeles. Sungguh.
Ah pedulikan lah. Selamat tahun baru.
Tuesday, February 9, 2010
Buruk Sangka
Awal minggu lepas, tangan aku tergeliat atau terseliuh atau apa apa yang semaksud dengannya akibat jatuh dari main bola. Sakit di siku dan di pergelangan tangan. Doktor suruh aku pakai anduh. Aku pakai.
Apasal aku cerita pasal tangan aku sakit a?
Alamak, spoil betul bila hilang punca di pertengahan cerita. Oh ya, dah ingat.
Aku beritahu doktor, malam tu mahu pergi berurut. Bolehkah.
Doktor tak bagi. Kata doktor, kamu terseliuh bahagian sendi, bukan muscle atau urat, jadi tak boleh urut. Kalau silap urut takut dislocate terus. Aku senyum mengangguk.
Dalam hati, aku dah agak jawapan tu. Bagi aku, kebanyakan doktor takkan bersetuju dengan perubatan secara urutan tradisional. Dalam kepala, aku menuduh doktor doktor begini pasti berfikir yang juruurut juruurut kampung mana belajar anatomi atau fisioloji. (Ada kena mengena tak dua sabjek yang aku sebut ni? aku main agak je haha)
Esok malam, aku lepak dengan member selepas berdiskusi matapelajaran Ergodic Theory. Salah satu dari dua sabjek paling bes sepanjang aku belajar Sains Matematik. Ergodic dan History of Math.
Oh ya, pekena teh tarik di lewat malam memang pergi. Sambung cerita.
Tanganku beranduh. Jadi waktu bayar, ada pakcik tanya perihal tanganku. Aku cerita begitu begini. Pakcik tanya, tak berurut? Dia mahu cadangkan satu tempat urut bagus. Aku kata sendi, tak leh urut. Pakcik tu kata, oh sendi. Sendi memang tak boleh urut.
Aku diam.
Betul lah kata doktor semalam.
notakaki: Dalam erti kata lain, sebenarnya aku nak cakap aku tak apdet sebab sakit tangan. Tak bes nak menaip. Amacam? Kukuh tak alasan? Hehe.
Monday, February 8, 2010
Boleh Ke Macam Ni?
Aku lupa lah kata laluan akaun blogger aku. Ada siapa-siapa ingat tak? Aku nak apdet blog ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)