Sunday, March 1, 2009

Apa Khabar

Ya rakan-rakan
apa khabar?

Apa khabar kalian
dan semangat boikot kalian
pastinya bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam

Apa khabar juga do'a-do'a kalian?
harap-harap semua dah hafal lah do'a qunut nazilah kan
boleh dibaca setiap waktu dan ketika

Apa kes aku tanya khabar
macam ustat kat ekin.fm
eh silap
ikim.fm lah

Bukan apa
hidup bermasyarakat ni
kenalah saling ingat mengingati

Lagipun
aku cuma nak pesan
kempen "Do'a, Derma, Boikot!!!" ini
bukan hanya relevan di waktu perang memuncak sahaja

Usah hiraukan apa orang lain cakap
ini saudara kita
yang dibunuh ditindas itu saudara kita

Kalau orang lain cakap
"boikot ni hangat-hangat tahi ayam je,"

Itu lebih baik dari tahi yang tak hangat!

Kalau orang lain cakap
"boikot-boikot ni bukan ada efek sangat kat yahudi kapir tu semua, menyusahkan kita adalah. Barang itu takleh beli, barang ini boikot, itulah, inilah,"

Tanya dia kembali
"Apakah dengan tidak berbuat apa-apa itu membantu? Apakah dengan tidak memboikot itu akan memberi efek kepada yahudi kafir la'natullah itu?"

Aku tanak tiru ayat siapa-siapa
tapi kalian fikir lah sendiri

Dan dalam berfikir tu
jangan terlampau berdalih dengan aqal lemah kita ini sahaja
fikir dengan berlandaskan iman dan taqwa

Dah

Apa kes aku merapu balik semua benda-benda ni?

Pertama
sebab aku nak mengingatkan balik kita
tentang perlunya kempen ini diteruskan
matlamat kita ialah memberi pengajaran yang sewajarnya

Kedua
sebab aku kena tag (rujuk entri ini)
dan sengaja aku lengahkan menjawapnya
kerana sebab pertama (rujuk perenggan atas)

Waktu tengah hangat dibincangkan
tak perlu lah aku turut sama kecoh
dah reda sikit
aku ingatkan balik

Kan?

Sebelum aku menjawap tag itu
mari aku kongsi dengan kalian entri ini (klik!)
dan tulisan oleh fynn jamal
dalam entri ini (mesti klik!)

Dan juga dua entri ini
entri satu
entri dua

Jadi
mari kita mulakan menjawap tag


The rules as follows:
a) List down 5 of the products that you are boycotting b) List down 5 of the products that you will try your best to boycott c) List another 5 of the products that you find it's hard to boycott

Oh ya
aku rasa macam susah lah nak buat tag ini
jadi
aku lakukan modifikasi sedikitlah

a) boycott
1- Coke
2- Starbucks
3- Nescafe n Milo
4- Nokia
5- Mc' Donalds
6- Aiskrim Nestle
7- Carrefour

b) alternatif untuk a)
1- Pepsi or tak payah langsung
2- Old Town White Coffe lagi 'slumber' kot
3- Oligo cafe, oligo coco, vico, ovaltine, dan lain-lain lagi
4- Bersepah lagi brand lain, tapi kalau dah sedia ada tu tak perlu lah baling ke dinding dan beli baru.
5- Otai berger? Berger Ramlee? Apa tak cukup 'kick' ke?
6- Aiskrim Wall's
7- JayaJusco, Giant, Pasar Mini

c) susah
1- Disney & 20th Fox
2- Intel
3- Barangan Nestle yang lain
4- ada lagi kot. entah aku dah ngantuk. nanti ingat aku apdet.

Aku rujuk di laman ini

5 orang aku nak tag
macam biasa aku tanak tag rakan sekampus
jadi manusia yang bertuah adalah
1- Farah Waheeda
2- Sabrie Salleh
3- Edwan Shaharir
4- Nur Aainaa Jamil
5- Nene Matahari
terpulang kepada kalian bagaimana kalian mahu melaksanakannya

Oh ya
kata-kata akhir mungkin

Andai kalian tidak memboikot
bagi aku
itu suka hati kalianlah

TETAPI

Janganlah diperlekehkan usaha orang lain!

Aku suka pendapat Edwan tentang pengguna FB yang mengutuk pengguna FS
ia benar
kau taklah hebat mana pun bila ada akaun FB
tapi kau akan kelihatan super-tak-hebat bila mengutuk orang yang masih dengan FS

Dah

12 comments:

Unknown said...

khabar baik!

terima kaseh kerana mengingatkan :)

As said...

wah best..tak pernah orang tanya khabar direct camnih ;)

erm..bukan old town white cofffe tak halal dah skang??

Anonymous said...

ak tau ape pengganti plg besh utk coke..!!!

SLURPEE..!!!

hirup smpai BRAIN FREEZE..!!!

to as...
Mee yg x halal tue dh x dijual lg kat Old Town...
br je pegi OT Kuantan 2 minggu lps...
tgk menu, menu mee nissin (tah cmne eja tah) dh x available lg...

Anonymous said...

Akak ada both Facebook and Friendster and both are important for me.
Takyah la nak kutuk-mengutuk.
Bukannya dpt apa faedah pun.
Lagi ketara cam org bodoh ada la.
Baik diam aje sudah.
Kan?

As said...

owh ye eh tezuka??
best sbb im addicted to old town white coffe tau..!

Tak salah as ade satu bahan tu lupa nyanyuk dah yang dguna buh dlm sume masakan depa, tu yang tak halal..

takpe pasni nak recheck...tq!

Master J said...

saya sihat alhamdulillah...hehe..

bgus2 ingatkan time skrg yg org sure dh lupa dh..hehe..

erm..old town 2 halal ke?nk elakkan boikot jgn plak mkn yg xhalal..diorg 2 dh disahkan halal ke..diorg sndiri kata diorg halal?kene tgk gak 2..

Akmal Azeman said...

owh. kat umah aku agk maseh mmboikot la gak..adek bongsu aku plg kuat iman, smua org ikot die. mcD tu mknn feveret dier, dier suke sgt beli hepi meal. pastu disney pon die bsungguh2 boikot, sampai channel disney pon tak bkk. bln ni ade disney on ice, aritu stp kali lalu kat iklan board yg gedabak kat tepi jln, mesti dier tgk ngn 'longing eyes' pastu dok bg2 hint kat aku yg die nk aku g ngn die. tp skrg da tak, sbb die boikot. br je 9thn, iman lg kuat dr aku. haihh!

btw. hati2 ngn aiskrem wall's. Mostly tak halal, check dulu ingredient die. try la King's, malaysian made n halal. d taste pon not bad. :)

err..old town aku tak sure lah. huhu

3p4h said...

Alkisahnya begini. Kalian pernah tgk kemalangan jln raya? Pasti pernah dan pasti kalian akn berkelakuan seperti ini (majoriti la) -->

"Membawa kenderaan dgn perlahan utk melihat kemalangan tu, kemudian timbul kesedaran supaya berhati-hati semasa memandu. Beberapa minit selepas melepasi kawasan kemalangan tadi, kalian terus memecut kereta seperti tiada apa2 yang berlaku."

Faham x analogi ni?

Inilah hakikat yg blaku.

Nani said...

wow,bertuahnyee
rase nk wat kenduri..haha

kalau xde due2 fs dan fb mcm mane?lagi hebat kn..huhu

eh,ak still boikot tau
*bangge

bawangmerah said...

*masih lagi boikot mcD*
(pencapaian paling mantap dalam hidop aku).
kawan2 aku ada sorang dua dah kecundang sbb tergugat ngan harga yang sgt2 rendah.

Matematis Muda said...

szakif,
thanx

as,
bukan tak halal dah la
diorang dulu belum dapat sijil halal lagi
lepas tu
kalau tak silap
tengah tahun lepas diorang baru apply
insyALLAH halal la kot
tapi tak sure gak sebenarnya dah dapat belum logo halal tu

tezuka,
siyot! gi OT tak ajak!!!

knowlee,
yuppp

jj,
ye betul
kena tengok

kema,
aiskrim wall's tak halal?!?!
ini 1st time dengar ni
huhu
baru 2 hari lepas melantak aiskrim
huhu

epah,
yuppp

nene,
buat lah pesta buih sekali
hehe
kalau takde dua2 tu memang hebat gile ah
haha

bawang,
yuppp
memang menggugat huhu

s a L o m a said...

dah lama tak makan mcD ni..ishhh..