Friday, July 15, 2011

jodoh yg dipilih oleh parents. apa pandangan anda? setuju atau tidak?

Aku rasa, selagi mana parents tu memilih berdasarkan 4 perkara yang Nabi dah ajar tu; agama, rupa, harta, keturunan. And both sides tak membantah, it's ok.
Somehow, dua dua pun kena memahami, parents and anak2. Yang nak kahwin, anak2. Yang memberi restu, ibubapa. As long as tiada paksaan, aku rasa go on lah. Sebab, bila dipaksa tu yang akan ada efek.
Tapi, ada je kawan aku yang dikahwinkan secara paksa oleh family dia, in the end hidup bahagia dah beranak satu dah pun. Cuma, tak semua macam tu lah.
Pasal pilihan anak tak mendapat persetujuan ibubapa, itu cerita lain. Haha

Tanya jangan tak tanya

Tuesday, July 12, 2011

If you have more tahi hidung when you stay at a certain country compared to when you stay at another, does that mean the air is polluted there??

!?!?!?!??!!? Apa jadah ko dok kira taik idung hahaha btw, my answer would be it may be that, or other factors. For example, kesihatan maybe? Entah. Gila susah do soalan kau nih!!! hahahaa

Tanya jangan tak tanya

Monday, July 11, 2011

If you are searching for a document in your laptop using the search menu, will it come up in the search result if the said document in the recycle bin?

I guess you'll know when you try it. Sometimes, you can actually learn things through experience and mistakes. Tak semestinya kena tanya. Benda macam ni pun nak tanya ke? Hah? Aduuuu, ini lah orang melayu. Semua nak kena suap. Semua nak tanya orang. Hish.

Erm. Weh, ko dah tau jawapan dia belum? Keluar ke tak? Aku pun tak pernah try hahahaha

Tanya jangan tak tanya

Sunday, July 10, 2011

there's new social network called "Google Plus". are you going to sign up for it? and do you think it's going to beat facebook down?

I tried to sign up last thursday, but it says I have to be invited first. I doubt they'll going to beat fb, but I think they'll not go down that fast.

Tanya jangan tak tanya

Saturday, July 9, 2011

Berita Jam 6

Hari ini dalam sejarah. Dulu time duduk kampung dengan arwah atuk, waktu pukul 6 ni, adalah waktu jangan-mimpi-kau-dapat-tengok-tv.

Ini waktu Atuk layan tv. Arwah Atuk adalah sangat disiplin. Aku frust gak, kenapa atribiut Atuk yang ini, tak turun kat aku. Oh, abaikan. Aku bukan nak cerita pasal Atuk.

Cuma, aku terfikir. Mungkin 20 tahun akan datang. Hari ini, tarikh ini, akan dianggap sebagai hari bersejarah. Mungkin. jadi, aku rasa, as part of the history in the making, aku pun buat benda ini.

Tada! Haha.

Padahal bukannya pasal sejarah sangat pun. Sebab bosan duduk rumah takleh gi bandar. Jadi, terhasillah benda alah ini. Aku pun tak tau apa yang best pasal gambar ni. Macam tak best pun. Jadi, aku letaklah watermark aku dekat tempat yg mudah dipadam andai gambar ini mahu diguna oleh pihak ketiga.

Kot ada yang nak tambah apa2 ke. Lantak depa lah. Aku cuma harap semoga semuanya berakhir dengan baik untuk agama Islam.



Selingan.

Kawan aku buat majlis kahwin hari ni. Tema kuning ala-ala gold. Tak ramai orang datang. Dia kata, "Aku tak kisah pun korang nak bersih kan apa apa pun. Tapi buat hari lain tak boleh ke? Aku nak kahwin la hari ni."

Aku cadang. Lain kali. Kalau ada mana mana orang nak buat apa apa perhimpunan. Buat hari minggu. Bukan hujung minggu. Jadi, orang lagi seronok dapat cuti sebab kerajaan akan isytihar darurat. Muahaha. Tak kacau majlis orang lain time hujung minggu.

Tak bernas pun. Bwek!

Wednesday, July 6, 2011

What do you think cameras in the future will be and how will they look like? (Question from Canon FB page)

What do you think cameras in the future will be and how will they look like? (Question from Canon FB page)

Answer here

Sunday, June 12, 2011

Monday, June 6, 2011

Pemenangnya!

Pemenang bagi pertandingan ini ialah












Jeng jeng jeng

Aku tak boleh decide! Hahaha. Terlampau banyak idea idea yang berlian! Eh, brilliant! Justeru, bagaimana harus ku pilih.

Baiklah.

Ini adalah antara keputusan paling sukar yang pernah aku buat dalam hidup aku.

Lebih sukar dari sewaktu nak buat keputusan nak ambil Add-Math atau tidak sewaktu SPM.

Lebih sukar dari nak isi borang UPU.

Lebih sukar dari nak tembak jawapan objektif tanpa bawa dadu.

Lebih sukar dari nak buat keputusan nak kahwin ke tak. Eh, sukar ke?

Ok, sukar. Memang sukar nak putuskan pemenangnya.

Sekarang baru aku faham perasaan Joe Flizzow dan siapa ntah nama minah sorang lagi yang jadi juri dalam Showdown tu. Fuh, Joe, sekarang gua paham situasi lu setiap minggu. Haha.

Baiklah, sukar atau sukar, kita tetap kena buat keputusan juga. Ini lah yang dinamakan kehidupan. Jadi, dengan penuh kesukarannya, aku telah membuat keputusan yang sukar. Pemenang bagi pertandingan kedua yang diadakan di CDR ialah;
*drumrolls*



Ops jap jap, kita umumkan finalis dulu lah.
*kontrol nada*
Calon calon nya ialah; ft dengan chiko & choki; syasya dengan dino & donut; 'kawan rehe. haha' dengan brain& pinky.

Dan pemenangnya ialah; ft dan 'kawan rehe. haha'!
*clap clap clap clap*

Ya tahniah tahniah tahniah. Jadi, untuk urusan hadiah. Hmm bagaimana ni? Dua dua takde akaun untuk mengesahkan kemenangan lantas menuntut hadiah. Macam mana aku nak hubungi? Aduh. Begini, dalam tempoh 3 hari (maksud sebelum jam 2359 hari rabu ini) kamu berdua kena email aku di matematismuda(at)gmail(dot)com ye. Kalau tak email gak, aku tukar pemenang. Ngeh ngeh ngeh.


\break\


Fuh, akhirnya habis isu pertandingan ni. Lepas ni boleh kembali apdet macam biasa. Aku tengah plan nak try ribiu buku. Bajet nak try buat macam budak-perasan-hermione ni. Kita cuba lah ye hehe. Bak kata pepatah tu; "I'll try anything once," Hehe.

Thursday, June 2, 2011

Benda Yang Sentiasa Meningkat Naik

Bukan perut lah!

Bukan! Berat badan pun bukan. Hish. Pemikiran negatif sungguh kamu ni haha. Aku bercakap pasal umur lah. Haha. Bunyi sirius ek? Macam Sirius Black gitu. Haha. Erm, cerita ni masa aku memandu dengan seorang kawan lama. Takde lah lama sangat. Busuk busuk pun 5 tahun gak aku kenal dia.

Waktu dalam kereta tu. Aku perasan dia duk tengok aku bawak kereta. Kemudian dia tengok depan, tengok aku balik. Bersilih ganti antara depan dan aku sebanyak dua kali. Aku tanya dia.

"Ko pahal? Hensem sangat ke aku dah potong rambut ni?"

Oh ya, aku tak bagitau dalam blog pun aku dah potong rambut eyk? Aku telah berjaya mencipta rekod peribadi, tak potong rambut selama 6 bulan ++. Muahaha. Fine, tak lama sangat pun. Tapi untuk seorang yang berambut semak seperti aku, tak potong 3 bulan pun dah serabut weh. Muahaha.

Ok, sambung.

Aku tanya gitu sambil tengok kat dia sekejap. Dia tak hensem sangat pun nak tengok lama lama. Tapi kalau dia hensem pun aku tak tengok lama lama. Tengah drive kot.

"Kau dah berubah doh," dia jawap lepas 2.762 saat senyap. Jawapan tersebut disertakan dengan senyuman minta penampar.

"Huh?" Aku jawap style macho gila babengs. Boleh bayangkan? Macho gila kan?

"Aku ingat dulu kau drive laju. Pantang orang cucuk, terus angin." Dia berikan hujah hujah dia. Aku lega. Takut juga kalau dia dok perati aku camtu tadi sebab aku hensem. Huu.

"Ini aku tengok kau dari tadi, maintain 70 80 je bawak. Kau dah berubah betul eyk." Dia sambung.

"Hehe," aku tergelak kecil. Tak sempat aku nak respon, dia dah sambung.

"Ko dah tua doh!" pantas tuduhan melulu ditujukan kepadaku.

"Siyot!" Dia gelak besar.

"Aku bawak camni sebab minyak mahal lah! Dah lah menganggur takde duit sekarang! Ini dengar dengar rege minyak nak naik lagi bulan depan. Mampos." Aku berikan hujah pembelaan atas tuduhan melampaunya tadi.

"A'a minyak nak naik lagi kan," Hujah pembelaan ku berkesan. Jenius!



Oh ya, intro aku tadi silap sikit. Kita bukan nak bercerita pasal umur la. Ini pasal satu lagi benda yang selalu meningkat naik; harga minyak.



notakaki: Entri ni aku taip bulan lepas. Harga minyak tak jadi naik. Aku tulis entri ini, sebab banyak orang gugel 'Harga Minyak Naik Bulan Depan' datang ke entri aku yang lepas.

notapertandingan: Aku dah ada senarai pendek finalis. Isnin depan insya-Allah aku umumkan. Wei korang nak hadiah apa?!?!?! Aku takde idea lagi ni!