Ya rakan-rakan
apa khabar?
Apa khabar kalian
dan semangat boikot kalian
pastinya bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam
Apa khabar juga do'a-do'a kalian?
harap-harap semua dah hafal
lah do'a qunut nazilah kan
boleh dibaca setiap waktu dan ketika
Apa kes aku tanya khabar
macam ustat kat ekin.fm
eh silap
ikim.fm
lahBukan apa
hidup bermasyarakat ni
kenalah saling ingat mengingati
Lagipun
aku cuma nak pesan
kempen "Do'a, Derma, Boikot!!!" ini
bukan hanya relevan di waktu perang memuncak sahaja
Usah hiraukan apa orang lain cakap
ini saudara kita
yang dibunuh ditindas itu saudara kita
Kalau orang lain cakap
"boikot ni hangat-hangat tahi ayam je,"
Itu lebih baik dari tahi yang tak hangat!
Kalau orang lain cakap
"boikot-boikot ni bukan ada efek sangat kat yahudi kapir tu semua, menyusahkan kita adalah. Barang itu takleh beli, barang ini boikot, itulah, inilah,"
Tanya dia kembali
"Apakah dengan tidak berbuat apa-apa itu membantu? Apakah dengan tidak memboikot itu akan memberi efek kepada yahudi kafir la'natullah itu?"
Aku tanak tiru ayat siapa-siapa
tapi kalian fikir lah sendiri
Dan dalam berfikir tu
jangan terlampau berdalih dengan aqal lemah kita ini sahaja
fikir dengan berlandaskan iman dan taqwa
Dah
Apa kes aku merapu balik semua benda-benda ni?
Pertama
sebab aku nak mengingatkan balik kita
tentang perlunya kempen ini diteruskan
matlamat kita ialah memberi pengajaran yang sewajarnya
Kedua
sebab aku kena tag (rujuk
entri ini)
dan sengaja aku lengahkan menjawapnya
kerana sebab pertama (rujuk perenggan atas)
Waktu tengah hangat dibincangkan
tak perlu lah aku turut sama kecoh
dah reda sikit
aku ingatkan balik
Kan?
Sebelum aku menjawap tag itu
mari aku kongsi dengan kalian
entri ini (
klik!)
dan tulisan oleh
fynn jamal
dalam
entri ini (mesti
klik!)
Dan juga dua entri ini
entri satuentri duaJadi
mari kita mulakan menjawap tag
The rules as follows:a) List down 5 of the products that you are boycotting b) List down 5 of the products that you will try your best to boycott c) List another 5 of the products that you find it's hard to boycottOh ya
aku rasa macam susah lah nak buat tag ini
jadi
aku lakukan modifikasi sedikitlah
a) boycott1- Coke
2- Starbucks
3- Nescafe n Milo
4- Nokia
5- Mc' Donalds
6- Aiskrim Nestle
7- Carrefour
b) alternatif untuk
a)1- Pepsi or tak payah langsung
2- Old Town White Coffe lagi '
slumber' kot
3- Oligo cafe, oligo coco, vico, ovaltine, dan lain-lain lagi
4- Bersepah lagi brand lain, tapi kalau dah sedia ada tu tak perlu lah baling ke dinding dan beli baru.
5- Otai berger? Berger Ramlee? Apa tak cukup
'kick' ke?
6- Aiskrim Wall's
7- JayaJusco, Giant, Pasar Mini
c) susah1- Disney & 20th Fox
2- Intel
3- Barangan Nestle yang lain
4- ada lagi kot. entah aku dah ngantuk. nanti ingat aku apdet.
Aku rujuk di
laman ini5 orang aku nak
tagmacam biasa aku tanak tag rakan sekampus
jadi manusia yang bertuah adalah
1- Farah Waheeda
2- Sabrie Salleh
3- Edwan Shaharir
4- Nur Aainaa Jamil
5- Nene Matahari
terpulang kepada kalian bagaimana kalian mahu melaksanakannya
Oh ya
kata-kata akhir mungkin
Andai kalian tidak memboikot
bagi aku
itu suka hati kalianlah
TETAPI
Janganlah diperlekehkan usaha orang lain!
Aku suka pendapat Edwan tentang pengguna FB yang mengutuk pengguna FS
ia benar
kau taklah hebat mana pun bila ada akaun FB
tapi kau akan kelihatan super-tak-hebat bila mengutuk orang yang masih dengan FS
Dah