Ini waktu Atuk layan tv. Arwah Atuk adalah sangat disiplin. Aku frust gak, kenapa atribiut Atuk yang ini, tak turun kat aku. Oh, abaikan. Aku bukan nak cerita pasal Atuk.
Cuma, aku terfikir. Mungkin 20 tahun akan datang. Hari ini, tarikh ini, akan dianggap sebagai hari bersejarah. Mungkin. jadi, aku rasa, as part of the history in the making, aku pun buat benda ini.
Padahal bukannya pasal sejarah sangat pun. Sebab bosan duduk rumah takleh gi bandar. Jadi, terhasillah benda alah ini. Aku pun tak tau apa yang best pasal gambar ni. Macam tak best pun. Jadi, aku letaklah watermark aku dekat tempat yg mudah dipadam andai gambar ini mahu diguna oleh pihak ketiga.
Kot ada yang nak tambah apa2 ke. Lantak depa lah. Aku cuma harap semoga semuanya berakhir dengan baik untuk agama Islam.
Selingan.
Kawan aku buat majlis kahwin hari ni. Tema kuning ala-ala gold. Tak ramai orang datang. Dia kata, "Aku tak kisah pun korang nak bersih kan apa apa pun. Tapi buat hari lain tak boleh ke? Aku nak kahwin la hari ni."
Aku cadang. Lain kali. Kalau ada mana mana orang nak buat apa apa perhimpunan. Buat hari minggu. Bukan hujung minggu. Jadi, orang lagi seronok dapat cuti sebab kerajaan akan isytihar darurat. Muahaha. Tak kacau majlis orang lain time hujung minggu.
Tak bernas pun. Bwek!
3 comments:
Memang tak bernas pun.tapi cara ko ckp 'bwek!' tuh mcm comey. Ha ha Ha.
Balik kerja, aku dok umah je. sambil pakai jersey Chelsea warna kuning ;)
Selamat~
Oh dude, xsgka ko punye intro ni dkt nak sama ngan aku punya..haha..hari ni pastilah menjadi sejarah..
Kuey san,
Oi! aku tak comel ok. Kacak! hahaha
kuroneko,
wow! ada jodoh! hahha
Post a Comment